{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


UMT bantu golongan nelayan

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utuusan.com.my

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Johor untuk membangunkan komuniti nelayan di Mersing di bawah projek Transformasi Komuniti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, bagi tujuan itu lebih ramai penyelidik khususnya dari universiti berkenaan akan terlibat menjayakan projek berkenaan.

Sebagai permulaan katanya, projek itu akan melibatkan penyertaan kira-kira 200 orang nelayan di kawasan berkenaan dan mereka bakal dibimbing secara profesional dalam usaha melahirkan usahawan berjaya dalam bidang berkaitan.

Menurut beliau, sekiranya berjalan lancar, projek berkenaan dijangka mula dilaksanakan pertengahan tahun ini.

"Pada masa ini, pelaksanaan projek ini sudah sampai peringkat akhir perbincangan dalam usaha untuk kita dapatkan laporan lebih terperinci termasuk keperluan kewangan," katanya.

Ibrahim menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Transformasi Universiti-Komuniti (UCTC) dan Projek Transformasi Komuniti ECER di kampus UMT di Gong Badak dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pendidikan, Salehudin Md. Dahlan; Timbalan Naib Canselor UMT (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd. Effendy Abdul Wahid dan Pengarah Pusat Jaringan Penyelidikan ECER di UMT, Prof. Madya Dr. Nur Azura Sanusi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ibrahim berkata, sebagai sebuah universiti yang terletak di pesisiran pantai di samping bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber akuatik, tanggungjawab membangunkan masyarakat nelayan menjadi satu satu agenda penting UMT.

"Ketika ini, nelayan masih dilihat sebagai komuniti berpendapatan rendah dan kerjayanya kurang diminati khususnya kalangan generasi muda," katanya.

Justeru katanya, UMT sedang mencari kaedah serta modul bagi tujuan transformasi komuniti nelayan bagi memastikan golongan itu mampu berdikari dan berjaya.

Dalam pada itu Nur Azura berkata, sebanyak 200 orang nelayan dari Mersing akan menyertai projek berkenaan dalam usaha mendalami bidang kelautan secara komersial demi masa depan mereka yang lebih cerah.

"Kesemua nelayan ini juga akan dihantar ke Jepun untuk mendalami ilmu dalam bidang kelautan," katanya sambil menambah, Mersing dipilih untuk projek itu berdasarkan minat yang ditawarkan kerajaan negeri berkenaan sebelum ini.

Kolej Teknologi Darulnaim anjur seminar Ulum Hadis

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Sebahagian peserta Seminar Pengaplikasian Ulum Hadis Dalam Masyarakat Muslim (Saham) 2014 di Dewan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 11 Mac - Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) buat julung kali menganjurkan Seminar Pengaplikasian `Ulum Hadis Dalam Masyarakat Muslim (Saham) 2014 di dewan kolej itu di sini baru-baru ini.

Lebih 200 peserta terdiri daripada orang awam dan mahasiswa hadir pada seminar sehari yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Ilmuwan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Unit Diploma KUIS-KTD itu.

Menurut Ketua Eksekutif KTD, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program itu sebagai usaha menyemarakkan budaya ilmu.

"Perkara penting dalam kehidupan sebagai Muslim hari ini adalah kekuatan iman dan akidah yang hanya dapat diraih jika kita merujuk kepada sumber paling utama iaitu al-Quran dan Hadis.

"Realiti yang sedang kita alami adalah perbezaan pandangan dalam perkara sekecil-kecilnya sehingga yang melibatkan akidah hanya kerana satu sebab iaitu masyarakat Islam meninggalkan petunjuk dari dua sumber utama ini dalam menjalani dan menangani permasalahan kehidupan seharian.

"Sebab itu wujud gurauan yang acap kali kita dengar iaitu jika berkumpul orang Cina dalam jumlah yang ramai mereka bermain mahjong, jika berkumpul orang India mereka menari, orang Melayu bila berhimpun mereka kenduri tetapi orang Islam bila ramai mereka bertelagah dan berkelahi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup seminar Saham 2014 di Dewan Kolej KTD di sini baru-baru ini.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan pada seminar itu iaitu `Kepentingan Ulum Hadis Dalam Kehidupan - Teori dan Pelaksanaan dan `Hadis Palsu - Satu Pengenalan.

Seminar itu diakhiri dengan sesi forum `Benarkah Sunnah Dipinggirkan? oleh dua ahli akademik iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Muhideen Abdul Rahman dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Dr. Nik Yusri Musa dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sementara itu pengarah program, Mohd. Khairol Mokhtar berkata, pihaknya berharap inisiatif penganjuran seminar itu dapat membantu sebahagian masyarakat dalam menghadapi masalah penyebaran hadis tanpa usul periksa yang kerap berlaku sekarang terutama dalam media sosial.

"Peserta didedahkan dengan kaedah yang perlu diketahui dalam pengambilan sesuatu hadis serta maklumat tentang kesan dan bahaya penyebaran hadis palsu yang berlaku pada sejarah generasi terdahulu sehingga sekarang," katanya.

D’Banquers UiTM Kelantan pilih Kampung Kalai sebagai keluarga angkat

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Dr. Hilmi Ab. Rahman bersama pelajar UiTM yang menyertai program pada Majlis penutupan Operasi Khidmat Masyarakat DBanquers 'Bersatu, Beramal, Berbakti Bersamamu' di Jeli, baru-baru ini.

KOTA BHARU 11 Mac - Sebanyak 40 mahasiswa daripada Persatuan DBanquers, Diploma Pengurusan Bank, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan menjayakan program khidmat masyarakat yang diadakan di Kampung Kalai, Jeli baru-baru ini.

Rektor UiTM Kelantan, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu melibatkan penduduk kampung tersebut sebagai keluarga angkat kepada para pelajar.

"Operasi khidmat masyarakat ini bertujuan menanam semangat kekeluargaan dalam diri mahasiswa serta memupuk nilai murni seperti berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

"Para peserta bukan sahaja melapangkan masa untuk bergotong-royong bagi mengindahkan lagi kawasan kampung itu tetapi turut dibawa melawat ke lombong emas yang terletak berhampiran dengan kampung ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Operasi Khidmat Masyarakat DBanquers `Bersatu, Beramal, Berbakti Bersamamu itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Jeli, Che Zahari Mahmood.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKKP) Kalai, Baharuddin Daud dan Penasihat Persatuan DBanquers, Nurul Syaqirah Zulqernain.

Sepanjang program itu, mahasiswa tersebut turut mengadakan program pertandingan mewarna dan motivasi `Bersama Menggapai Bintang yang melibatkan murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kalai.

Hilmi berkata, program itu juga dapat melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik, sahsiah terpuji dan kepimpinan yang berkualiti.

"Program yang dianjurkan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk merapatkan hubungan antara golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan masyarakat setempat.

"Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif serta matlamat yang telah disasarkan oleh pihak UiTM," katanya.

Beliau berharap ini boleh meningkatkan jati diri mahasiswa di samping dapat mendekatkan lagi UiTM cawangan Kelantan dengan masyarakat setempat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat