{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Karnival imbau nostalgia

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian daripada kereta klasik yang dipamerkan sewaktu Karnival Kenderaan Klasik Antarabangsa 2014 di Nathawi, Hatyai di Thailand, baru-baru ini. - UTUSAN/Hapizah Aziz

HATYAI 12 Mac - Penganjuran Karnival Kenderaan Klasik Antarabangsa 2014 mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat kereta klasik termasuk pengumpul-pengumpul dari Malaysia yang tidak mahu ketinggalan mempamerkan kenderaan masing-masing.

Kegilaan terhadap kenderaan antik membuatkan para peminat dari Wilayah Selatan Thailand, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis itu berkumpul Nathawi di sini baru-baru ini untuk berkongsi minat yang sama.

Volkswagen yang juga dikenali sebagai kereta rakyat di Jerman dan limousine antara koleksi peminat kenderaan klasik yang dipamerkan kepada orang ramai yang berkunjung ke karnival itu.

Selain itu, Mercedes Apollo Gold keluaran awal tahun 1940-an serta Mercedes 1111 bercirikan mata bulat kembar berlapis itu antara kenderaan antik yang berjaya mencuri perhatian para pengunjung kerana dikatakan hanya terdapat tiga buah sahaja kereta seumpama itu di negara Gajah Putih.

Antara lain, model Chevrolet keluaran terawal, Hilman, Moris Minor dan jip tentera yang diubah suai juga turut dipamerkan kepada khalayak ramai yang rata-rata adalah peminat kereta klasik di Thailand dan Malaysia.

Pengerusi penganjuran karnival terbabit, Nik Soh Dayah berkata, lebih 2,000 buah kereta dan motosikal berjaya dikumpulkan dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu.

Sebagai tuan rumah, kami sangat menghargai sokongan dan kerjasama daripada peminat-peminat kereta klasik terutama dari Malaysia yang mana mereka sanggup bersusah-payah untuk memandu kenderaan masing-masing ke sini untuk mengambil bahagian dalam karnival sebegini.

Ternyata penganjuran pada tahun ini berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 pengunjung dari sekitar Hatyai untuk menyaksikan kereta dan motosikal yang dipamerkan," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kesemua kereta klasik dalam pelbagai model dihimpunkan di kawasan padang sekolah itu untuk dipertonton kepada orang ramai bermula dari pukul 2 petang hingga 10 malam.

Turut menarik perhatian termasuk deretan hampir 2,000 motosikal berkuasa tinggi yang masih mengekalkan rekaan klasik, antaranya Harley Davidson, Triumph, Yamaha dan model British Small Army (BSA) yang berharga lebih RM200,000.

Selain pameran kenderaan klasik kata Nik Soh, sebuah konsert mini turut diadakan di pekarangan sekolah tersebut biarpun dikawal pihak tentera berikutan di tiga wilayah di negara ini sedang bergolak.

Kami menjemput sebuah kumpulan daripada Bangkok untuk membuat persembahan sepanjang acara sebagai hiburan kepada penduduk setempat sebagaimana yang dinikmati oleh penduduk di kawasan lain.

Malah karnival ini menjadi lebih meriah apabila ramai penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk berniaga dan sekali gus memberi pendapatan sampingan," katanya.

Sementara itu Presiden Kelab Pemilik dan Peminat Kereta Klasik Volkswagen Kelantan, Ahamad Jusoh berkata, pihaknya mendapat jemputan dari Kelab Nathawi itu untuk bersama-sama dalam karnival berkenaan.

Kami berkonvoi ke Nathawi melibatkan lebih 50 buah kereta kugho dan Volvo kepunyaan peminat di Kelantan.

Rombongan konvoi kereta klasik dari Kelantan mendapat kerjasama Polis Peronda Thailand yang mendahului rombongan dalam perjalanan hampir 200 kilometer," katanya.

Menurut Ahamad, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Polis Thailand mengiring konvoi itu sepanjang perjalanan dari Sungai Golok ke Nathawi mulai pukul 12 tengah hari hingga 4 petang itu.

Dalam perkembangan lain, dia berkata, sempena kejayaan menyertai karnival di Nathawi itu, Kelab Pemilik dan Peminat Kereta Klasik Volkswagen Kelantan akan mengadakan Jambori Kereta Klasik di Kota Bharu pada Mei ini.

Tambah Ahamad, jambori itu dijangka menghimpunkan lebih 500 kereta klasik yang diadakan bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dalam pada itu, pada majlis perasmian Karnival Kenderaan Klasik Antarabangsa 2014 itu, para pengunjung turut berpeluang menderma kepada tabung hospital gajah bagi membantu membiayai perbelanjaan haiwan terbabit.

Sumbangan yang diberikan itu adalah untuk membantu membiayai keperluan perubatan atau pemulihan sesetengah gajah yang dirawat di hospital terbabit sebelum dilepas kembali ke hutan.

RM27j majukan sawah Sg. Yong

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Oleh TOREK SULONG
pengarang@utusan.com.my

PASIR PUTEH 12 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan lebih RM27 juta untuk pembinaan infrastruktur pertanian di kawasan Sungai Yong di sini bagi meningkatkan hasil padi dengan bekalan air yang mencukupi.

Pengarah Projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, Nik Hamadi Nik Abdullah berkata, konsep yang menekankan proses kitar semula air dari kolam takungan banjir dikenal pasti mampu menangani krisis bekalan air terutama pada musim kemarau yang panjang.

Beliau berkata, menerusi peruntukan itu, ia akan membabitkan pembinaan rumah pam, sistem pengairan berpaip selain pembinaan jalan ladang dan menaik taraf sistem perparitan yang sedia ada.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kita akan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta daripada kerajaan untuk melengkapkan sistem bekalan paip air. Air akan dialirkan ke sawah dengan sistem jejari paip ke setiap relong sawah," katanya kepada kepada pemberita selepas melancarkan penuaian padi dua kali setahun di Bendang Gong Nangka di sini semalam.

Nik Hamadi berkata, sistem bekalan air ke sawah ini adalah yang pertama dilaksanakan di negara ini.

Ia telah dikenal pasti lebih berkesan digunakan terutama pada musim kemarau panjang selain menjimatkan bekalan air mengikut keperluan tanaman.

Pada masa ini, lebih 5 peratus sistem seumpama itu telah dilaksanakan di bendang Semerak, dekat sini yang bakal memberi kemudahan kepada lebih 500 petani yang mengusahakan kawasan sawah seluas 2,055 hektar tanaman padi dua kali setahun," katanya.

Alumni 4B Terengganu gembirakan keluarga miskin

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Mohd. Johari Awang (kanan) bersama peserta gotong-royong membaiki rumah sempena Program Cakna Prihatin di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Pertubuhan Alumni 4B Terengganu menggerakkan program Cakna Masyarakat dengan menyasarkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Dengan menarik penglibatan bersama generasi muda bagi menyemai keprihatinan mereka, program itu dimulakan melalui usaha bergotong-royong membaiki dan memperbesarkan kediaman seorang penduduk di Kampung Alor Binjai, Kubang Parit di sini kelmarin.

Usaha itu dijayakan dengan kerjasama para penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan penduduk setempat, melibatkan peruntukan sebanyak RM10,000.

Ia membawa kegembiraan Tengku Rohaya Tengku Embong, 47, yang kesihatannya terjejas akibat serangan angin ahmar bersama keluarga apabila bantuan itu membolehkan dia tinggal dalam keadaan lebih selesa bersama lima orang anak.

Timbalan Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Ir. Mohd. Johari Awang memberitahu, berdasarkan reaksi penerima, program sedemikian akan diteruskan sebagai suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat.

Jika tiada aral melintang, kita akan perluaskan program seperti ini yang digemblengkan hasil dana yang diterima daripada orang perseorangan dan sebagainya," katanya ketika ditemui semasa menjayakan program itu.

Yang turut hadir, Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Datuk Matulidi Jusoh serta Naib Pengerusi pertubuhan itu, Othman Endut.

Sementara itu, anak kepada Tengku Rohaya, Nurul Rasyidah Mat Alusaini, 18, mewakili ibunya berterima kasih di atas keprihatinan Alumni 4B Terengganu yang menyifatkan bantuan itu sebagai suatu yang amat bermakna.

Emakya tidak boleh bercakap banyak sejak diserang angin ahmar awal tahun ini. saya tahu dia sangat suka. Rumah agak sempit dan beberapa orang adik-beradik kini tinggal bersama nenek," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat