{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Cegah rabun peringkat awal

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh Rosalinda MD. said
utusanterengganu@utusan.com.my

Dr. Anwa Sulaiman (kiri) melihat seorang pesakit melakukan pemeriksaan mata selepas majlis Perasmian Klinik Katarak 1 Malaysia di Bukit Payong, Marang, Terengganu, semalam. - utusan/Shaifudin Mohd. Nor

MARANG 16 Mac - Rakyat negeri ini yang berusia 40 tahun ke atas diminta mengambil peluang tampil membuat saringan penglihatan bagi mencegah serta mengawal kebutaan yang boleh dielakkan terutama penyakit katarak, rabun penglihatan dan penyakit retina.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, kegagalan masyarakat untuk menjalani saringan yang ditetapkan pihak Jabatan Kesihatan menerusi klinik-klinik dan hospital di daerah ini secara tidak langsung menyebabkan inisiatif untuk mengurangkan masalah kebutaan dalam kalangan rakyat Terengganu tidak kesampaian.

Di Malaysia, katarak adalah penyebab utama buta iaitu sebanyak 39 peratus. Oleh itu, saya menyeru orang ramai agar tidak mengelak daripada menerima rawatan dan bersetuju dengan setiap rawatan yang dicadangkan.

Dengan adanya perkhidmatan perawatan katarak berkonsep baharu menggunakan bas iaitu Klinik Rawatan Katarak Bergerak 1Malaysia (KK1M) di beberapa daerah di Terengganu mulai 16 Februari lalu hingga 22 Mei ini diharap dapat dimanfaatkan semua lapisan masyarakat bagi mencegah dan mengawal penyakit itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Penyayang warga Klinik Kesihatan Bukit Payong di klinik itu di sini hari ini.

Perkhidmatan bas KK1M yang dilengkapi kelengkapan dan peralatan dewan bedah di 18 Klinik Kesihatan di daerah ini meliputi saringan dan pembedahan katarak, rabun penglihatan, glaukoma dan penyakit retina serta melakukan refraksi dan memberi preskripsi cermin mata.

Selepas Pahang, Kemaman menjadi destinasi pertama operasi KK1M di negeri ini iaitu pada 16 hingga 27 Februari lalu, Dungun (2-13 Mac), Marang (16-27 Mac), Hulu Terengganu (30 Mac-10 April), Kuala Terengganu (13-24 April), Setiu (27 April-8 Mei) dan Besut (11-22 Mei).

Menurut Dr. Anwa, saringan asas akan dijalankan terlebih dahulu dalam kalangan penduduk di setiap daerah bagi mengesan individu yang perlu menjalani saringan peringkat kedua KK1M.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan di daerah Kemaman baru-baru ini, didapati 17 pesakit perlu melakukan pembedahan katarak bagaimanapun 10 daripadanya tidak mahu meneruskan prosedur itu atas beberapa faktor termasuk masalah perubatan, tidak mahu dibedah dan pesakit gagal dihubungi.

Semasa saringan dijalankan, pegawai kita akan membuat penilaian sama ada pesakit layak untuk menerima bantuan daripada dana perubatan yang disediakan malah pembedahan juga boleh diberikan secara percuma selaras usaha mengurangkan masalah kebutaan dalam kalangan rakyat negeri ini," katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Anwa berkata, hasil penilaian di Kemaman mendapati seramai empat orang layak dan lulus penilaian untuk menerima bantuan berkenaan.

Kes penagihan dadah di Kelantan menurun

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

MACHANG 16 Mac - Sebanyak 1,111 kes penagih baharu dan berulang di negeri ini menerima khidmat bimbingan serta kaunseling daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sepanjang tahun lalu.

Pengarah AADK Kelantan, Tuan Ibrahim Abd. Ghani berkata, perkhidmatan yang diberikan oleh agensi tersebut adalah untuk membantu memulihkan golongan tersebut daripada gejala penagihan dadah.

Beliau berkata, secara umumnya, kes penagihan dadah di negeri ini mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, bagi kes Orang Kena Pengawasan (OKP) iaitu, penagih yang sedang diawasi sebelum dibebaskan daripada aktiviti pemulihan sehingga hari ini ialah seramai 2,882.

Ini menunjukkan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah membabitkan dadah dalam kalangan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan perubatan, rawatan dan pemulihan melalui Klinik Cure and Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH) mencapai matlamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Sambutan Hari Antidadah 2014 Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan Che Malek Bedut turut hadir.

Majlis yang bertemakan AADK Prihatin, Rakyat Sejahtera itu disertai hampir 1,000 masyarakat setempat termasuk pegawai serta kakitangan awam.

Ia diadakan mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah untuk jangka masa panjang.

Terdahulu, Ahmad Jazlan sewaktu menyampaikan ucapan berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang terlalu besar untuk membasmi musuh nombor satu negara itu.

Masalah ini perlu ditangani secara bersama agar kos untuk memulihkan dan mencegah daripada penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.

Wang ini boleh digunakan untuk tujuan yang lebih penting dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat," katanya.

Tambahnya, mengikut kajian mereka yang terlibat dengan dadah bermula sejak awal kanak-kanak dan punca utama adalah kecuaian ibu bapa yang tidak begitu prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka selain kepincangan dalam institusi keluarga itu sendiri.

MPV terbabas rempuh rumah

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

KOTA BHARU 16 Mac - Seorang pembuat sangkar burung tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang didengarnya sebenar berpunca daripada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan melanggar bahagian luar rumah kakaknya di Kampung Guchil Bayam di sini awal pagi ini.

Ibrahim Hamzah, 49, berkata, dia yang sedang membaiki sangkar burung terus meluru keluar untuk memeriksa kerana rumah kakaknya itu tidak berpenghuni semasa kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu.

Menurutnya, dia ternampak sebuah MPV telah merempuh kereta serta motosikal milik kakaknya yang diletakkan pada bahagian hadapan rumah tersebut.

Katanya lagi, rempuhan kuat itu telah mengakibatkan kenderaan tersebut tersangkut pada bahagian bumbung rumah setinggi kira-kira 10 meter.

Beberapa lelaki yang dipercayai rakan pemandu MPV telah datang memberi bantuan untuk menurunkan kereta tersebut.

Setelah kereta itu berjaya diturunkan, saya ternampak seorang lelaki yang berusia awal 20-an merangkak keluar dari kenderaan tersebut. Tetapi belum sempat saya menegur pemandu terbabit, dia telah melarikan diri," katanya.

Tambah Ibrahim, pemilik MPV tersebut ada menemuinya dan menyatakan kenderaan itu dipandu oleh anak saudaranya tanpa pengetahuannya.

Disebabkan rumah kakak saya yang dirempuh, jadi saya perlu menanti kepulangannya sebelum mengambil tindakan lanjut," tambahnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat