{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Jawatankuasa khas tarik pelabur

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

AZRAN Deraman (berbaju hitam) memberi penerangan kepada orang ramai pada Sesi Taklimat dan Pendaftaran Atas Talian Saham Khas Bumiputera MITI di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/Rosmizna Resdi

KOTA BHARU 24 Mac - Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) cawangan Kelantan bagi merangka strategi menarik kemasukan lebih banyak pelabur asing ke negeri ini.

Pengarahnya, Azran Deraman berkata, jawatankuasa khas tersebut menggabungkan pihak kementerian dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta wakil kerajaan Pas Kelantan iaitu Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

"Jawatankuasa khas untuk mengenal pasti bidang pelaburan yang boleh pelabur luar terokai di kelantan ini merupakan saranan Datuk Seri Mustapha Mohamed sendiri dan setakat ini, kita telah tiga kali bermesyuarat.

"Kita juga menerima respons amat baik daripada UPEN, malah mereka telah pun membentangkan apa bidang yang menjadi fokus kepada kerajaan negeri untuk kita bantu selaraskan di peringkat Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Sesi Taklimat dan Pendaftaran Dalam Talian (Online) Saham Khas Bumiputera Untuk Individu dan Syarikat anjuran MITI Kelantan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azran berkata, antara strategi yang berjaya dirangka jawatankuasa khas tersebut adalah menarik minat Dewan Perniagaan Korea untuk melawat Kelantan dan menerokai potensi ruang pelaburan di negeri ini pada Mei depan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, Saham Khas Bumiputera terutama bagi kategori individu mendapat sambutan menggalakkan di Kelantan apabila lebih 3,000 orang membuat permohonan sepanjang tahun lalu.

Malah katanya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Seksyen Saham Khas Bumiputera MITI, Kelantan merupakan antara negeri yang menerima permohonan tertinggi setiap kali tawaran baharu saham dikeluarkan.

"Sesi taklimat dan pendaftaran dalam talian Saham Khas Bumiputera MITI ini bertujuan menyalurkan maklumat terbaharu mengenai tata cara atau prosedur membuat permohonan," katanya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama MITI untuk mengadakan program seumpama itu dengan caj tertentu kerana pihaknya tidak pernah mengenakan sebarang bayaran.

Pelajar perlu guna kemahiran berfikiran aras tinggi

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

KOTA BHARU 24 Mac - Kualiti pendidikan di negara ini boleh dipertingkatkan sekiranya warga pendidik mengubah pendekatan mengajar masing-masing dengan menggalakkan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi.

Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad (Sime Darby), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin berkata, kemahiran itu memerlukan pelajar menganalisis, menilai, menjana idea, mengenal pasti pilihan serta merancang sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, kemahiran tersebut turut dikenali sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

"Bagi mengubah cara pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah atau konsep.

"Malah kaedah ini akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti selain menyeronokkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan sempena Majlis Syarahan Perdana Teach Nothing But Thinking di Dewan Terbuka Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Pengerusi Majlis Profesor Negara Chapter UMK, Prof. Ibrahim Che Omar.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Zahid berkata, penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi secara tidak langsung menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan bagi membantu negara melahirkan modal insan berkualiti.

"Transformasi ini mengajak warga pendidik berganding bahu mengubah dan menukarkan sistem atau cara berfikir dalam kalangan pelajar yang dahulunya berbentuk reaktif kepada sikap yang lebih proaktif," katanya.

Janji Melayu perlu dikikis, tidak lagi relevan

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Istilah 'janji Melayu' yang lazimnya dipertuturkan dalam kalangan masyarakat khususnya Melayu perlu dihentikan kerana ia tidak lagi relevan selain boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kaum itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berpendapat, istilah itu sewajarnya digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai bagi mengikis tanggapan seolah-olah bangsa Melayu sukar menepati janji.

"Saya rasa cukup terkilan dengan apa yang difahami dengan istilah 'janji Melayu' ini. Ia seolah-olah menyamakan orang Melayu sebagai bangsa yang sinonim dengan sikap tidak menepati janji.

"Bagi saya, pandangan atau label negatif seperti ini tidak wajar ditujukan kepada orang Melayu apatah lagi beragama Islam," katanya di sini.

Beliau seterusnya mengajak masyarakat Melayu untuk bersedia mendepani pelbagai cabaran ke arah mengubah ciri-ciri serta identiti bangsa kepada sesuatu yang lebih positif.

Malah, jelas Mohd. Jidin, istilah sedemikian perlu diubah dan diganti kepada 'janji orang Islam' yang diajar agar sentiasa menepati waktu.

"Biarlah kecekalan dan sikap menghargai masa yang kita warisi daripada nenek moyang, dapat kita perturunkan kepada generasi akan datang dengan erti kata 'janji Melayu' sebagai 'janji orang Islam' yang sememangnya sentiasa tepati masa," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat khususnya bangsa Melayu agar sentiasa menghargai masa dalam kehidupan, bertepatan dengan pepatah orang terdahulu iaitu 'masa itu emas' atau 'masa itu nyawa'.

"Orang tua-tua kita dahulu sentiasa hormati masa dan penggunaan masa yang lazimnya diselarikan dengan suruhan agama seperti solat dalam waktu, tepati waktu bila berjanji dan sebagainya," tambahnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat