{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Maik terus bantu umat Islam

Posted: 05 Mar 2014 11:24 AM PST

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Rosli Mohamad (duduk depan, tiga dari kanan) memberi penerangan kepada penduduk kampung yang tergolong dalam kalangan penerima bantuan Maik di Kampung Cina, Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 5 Mac - Selepas 100 tahun ditubuhkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) terus mengorak langkah sebagai sebuah organisasi yang berkredibiliti untuk membantu rakyat di negeri ini.

Malah, Maik telah diiktiraf sebagai salah sebuah organisasi yang terbaik dalam menguruskan wang zakat dan harta baitulmal di negara ini.

Ini terbukti apabila kutipan zakat sepanjang 2013 mencatatkan jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah Maik iaitu sebanyak RM134 juta dengan sasaran RM150 juta pada tahun ini.

Sehingga 27 Februari lalu, organisasi tersebut berjaya mengumpulkan wang zakat sebanyak RM16,840,355 manakala lebih RM21 juta bantuan dan sumbangan telah diagihkan kepada golongan asnaf.

Kejayaan ini adalah hasil usaha dan idea daripada Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra selaku Yang Dipertua Maik dan pengurusan organisasi tersebut yang tidak putus-putus mencari kaedah untuk membantu rakyat.

Baginda juga tidak pernah duduk diam dan sentiasa berusaha untuk mendekati serta mendalami masalah golongan asnaf terutamanya dalam usaha membasmi miskin tegar.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra sangat prihatin dengan nasib rakyat dan sentiasa mencetuskan idea baharu untuk membangunkan golongan kurang bernasib baik terutamanya generasi kedua agar tidak terus terperangkap dalam kepompong kemiskinan.

Salah satu usaha yang dijalankan adalah jalinan kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuat kajian tentang kemiskinan di negeri ini bermula pada 2012.

Kajian yang bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Islam itu telah dimulakan dengan program perintis di Kampung Geting, Tumpat.

Ini khusus bagi mengenal pasti punca kemiskinan setempat dan mencari kaedah terbaik meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan terkini telah diperluaskan ke kawasan bandar pula.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin, pihaknya menyedari bahawa organisasi itu tidak boleh keseorangan dalam usahanya membangunkan rakyat dan memerlukan khidmat pakar serta profesional untuk memberi buah fikiran bagi melahirkan perancangan terbaik.

Kita ada peruntukan bantuan untuk diagih kepada rakyat, namun masih memerlukan khidmat nasihat golongan profesional supaya apa yang kita lakukan benar-benar mencapai sasaran dan bukan setakat menghulur sumbangan kewangan semata-mata.

Antara inisiatif adalah memberi bantuan dalam bentuk alat dan perkakas untuk menambah sumber pendapatan, contohnya mesin menguli adunan kuih dan motosikal agar asnaf mempunyai langkah yang lebih panjang untuk mencari rezeki," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia semasa Program Kajian Kemiskinan Bandar - Maik peringkat daerah Kota Bharu Siri 1 dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kota Bharu di sini baru-baru ini.

Rombongan lebih 20 orang dari Maik, PTJ Kota Bharu, UMK dan UiTM Dungun diketuai Penasihat Khas Yang Dipertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail itu telah melawat dua buah kampung di pinggir bandar ini iaitu Kampung Sungai Budor dan Kampung Cina bagi meninjau masalah yang dialami oleh lapan buah keluarga.

Sementara itu, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof. Madya Dr. Mohd. Rosli Mohamad berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemiskinan dan antara punca utamanya adalah taraf pendidikan yang rendah sehingga menyukarkan mereka mendapat pekerjaan yang baik.

Selain itu, katanya, kekurangan modal juga menjadi penghalang untuk fakir miskin keluar daripada kehidupan yang terhimpit, justeru jenis bantuan secara berfokus adalah lebih afdal untuk membantu mereka.

Ada antara asnaf yang kita dekati mempunyai kepandaian menjahit tetapi tidak mempunyai modal untuk membeli mesin jahit bagi mengembangkan lagi kemahiran mereka, jadi pihak Maik mungkin boleh membantu dari sudut ini.

Persoalan sikap juga satu perkara yang tidak boleh diketepikan apabila ada antara mereka lebih pasrah kepada keadaan dan kurang motivasi untuk berubah.

Jadi kunjungan dan lawatan sebegini sangat penting supaya boleh menjadi pencetus semangat untuk mereka," katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, kali ini asnaf mendengar nasihat secara langsung daripada Penasihat Khas Yang Dipertua Maik yang menegur agar mereka berusaha menjaga kebersihan rumah dan tidak membiarkan anak-anak bersikap malas serta mengabaikan pelajaran.

Katanya, nasihat begitu nampak remeh tetapi adalah realiti sebenar yang perlu diperjelaskan supaya mereka mengambil iktibar.

Selain kajian kemiskinan ini, Maik juga memulakan tahun baharu dengan meneruskan satu lagi program cetusan idea Tengku Mahkota Kelantan iaitu Program Mesra Maik 2014 di Taman Perbendaharaan Tengku Anis pada 22 Februari lalu yang disertai 150 asnaf termasuk anak-anak mereka.

Program yang kali ketiga diadakan itu dimulakan di Bachok dan Machang tahun lalu.

Ini bertujuan menjalinkan hubungan lebih erat antara tenaga Maik dengan golongan asnaf.

Sebanyak 100 pegawai dan kakitangan Maik juga turun padang dan bergaul mesra dengan asnaf dalam program sehari yang turut dipenuhi dengan acara senamrobik, ceramah dan aktiviti berkaitan ilmu keibubapaan, pendidikan dan kesihatan.

Golongan asnaf hargai sumbangan Maik

Posted: 05 Mar 2014 11:24 AM PST

MIMI MAZUIM

KOTA BHARU 5 Mac - Golongan asnaf amat menghargai perhatian yang diberikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) terhadap nasib mereka.

Namun, mereka bukanlah golongan yang berserah kepada nasib semata-mata tetapi mahu menggunakan tulang empat kerat dengan bantuan serta dorongan daripada pihak yang prihatin seperti Maik.

Ibu tunggal, Mimi Mazuim Abd. Rahim, 41, dari Kampung Sungai Budor, berkata, dia tidak menyangka nasibnya yang baru kehilangan suami Oktober tahun lalu akibat penyakit Hepatitis C mendapat maklum balas segera daripada Maik.

Katanya, bantuan yang dihulurkan itu mengurangkan kepayahannya memelihara lima anak termasuk seorang yang menghidap lelah.

Saya seorang suri rumah dan merasa beban sangat berat apabila suami sakit dan kemudian meninggal dunia. Saya hanya membuat kuih kecil-kecilan yang anak jual di sekolah.

Setakat ini, saya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya berharap permohonan untuk mendapat peralatan membuat kuih-muih serta dapur daripada Maik akan diluluskan selepas ini," katanya.

Mimi Mazuim ditemui semasa rombongan Program Kajian Kemiskinan Bandar - Maik peringkat daerah Kota Bharu Siri 1 berkunjung ke rumahnya, di sini baru-baru ini.

Seorang lagi ibu tunggal, Shamsiah Mohamed, 51, juga dari Kampung Sungai Budor, yang bekerja sebagai tukang sapu pula berharap mendapat bantuan motosikal roda tiga untuk memudahkannya mencari dan memungut barang lusuh.

Shamsiah yang turut menanggung dua anak lelaki kurang upaya mental berusia 20-an berkata, walaupun tinggal di rumah serba daif, dia masih mampu bertahan dan tetap mahu berusaha mencari pendapatan sendiri.

Tiga anak saya yang lain membantu saya berniaga air di stadium apabila ada program besar. Pada waktu lain, kami cari barang lusuh, jika ada motosikal roda tiga sudah tentu lebih mudah untuk kami cari makan," katanya.

Rohani Stapa, 46, pula memerlukan gerai bergerak, selain dapur untuk memudahkannya berniaga makanan, khususnya pisang goreng di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

PPPM edar risalah bantu pengguna

Posted: 05 Mar 2014 11:24 AM PST

KUALA TERENGGANU 5 Mac - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Cawangan Terengganu mengedarkan kira-kira 3,000 risalah mengenai kos sara hidup di beberapa kawasan tumpuan awam di negeri ini semalam.

Risalah yang dikeluarkan dengan kerjasama Kementerin Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu adalah untuk menyedar dan membantu pengguna agar mengamalkan pendekatan berbelanja secara berhemah.

Setiausaha PPPM cawangan itu, Muhammad Saufi Khalid berkata, langkah itu diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai supaya lebih berhemah ketika berbelanja dalam semua aspek dan mengelak pembaziran.

Pembaziran termasuk bekalan air dan elektrik menyebabkan pengguna terpaksa membayar kos yang tidak sepatutnya," katanya ketika ditemui bersama 10 jawatankuasa PPPM cawangan Terengganu mengedarkan risalah itu di Perhentian Bas Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, persatuan juga sedang mengatur aktiviti lain bagi mempelbagaikan pendekatan dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna termasuk Seminar Kepenggunaan pada Arpil nanti.

Sementara itu seorang pengguna, Siti Ratilah Deraman, 27, menyambut baik langkah PPPM cawangan Terengganu mengedarkan risalah mengenai menangani kos sara hidup kepada orang ramai.

Dengan cara itu sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pengguna untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani isu berkenaan," katanya yang menetap di Cendering.

Sementara itu Nik Endut, 66, mengakui kos sara hidup meningkat kini setelah kerajaan mengurangkan beberapa subsisi seperti petrol, gula dan elektrik tetapi ia tidak menjejaskan kehidupan sekiranya setiap perbelanjaan dirancang.

Bagaimanapun katanya, dalam mengatasi masalah itu orang ramai perlu berjimat cermat dan tidak berbelanja sesuka hati termasuk barangan yang tidak begitu perlu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat