{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


395 kes denggi di Terengganu

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

DR. Anwa Sulaiman (kanan) menyampaikan cenderamata kepada kakitangan Hospital ketika Program Perhimpunan Penyayang dan Jasamu Dikenang Peringkat Daerah Besut di Hospital Besut, Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

BESUT 7 Mac - Jumlah kes denggi di Kuala Terengganu mencatat peningkatan luar biasa dengan mencecah 3,650 peratus iaitu 150 kes dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini sehingga semalam berbanding hanya empat kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata,daripada jumlah itu, 137 kes demam denggi manakala 13 kes lagi demam denggi berdarah manakala Besut pula meningkat 400 peratus, melibatkan 14 kes berbanding empat kes dalam tempoh serupa.

Beliau memberitahu, ia diikuti daerah Setiu dengan peningkatan 100 peratus, Dungun (16.7 peratus) dan Marang (14.3 peratus) sementara Hulu Terengganu dan Kemaman mencatatkan penurunan kes, masing-masing 20.0 peratus dan 12.5 peratus.

"Terdapat peningkatan kes denggi yang ketara dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini di negeri ini, sehingga 5 Mac (semalam), keseluruhan sebanyak 198 kes dilaporkan berbanding hanya 40 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 395.0 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perhimpunan Penyayang dan Jasamu Dikenang Peringkat Daerah Besut di Hospital Besut di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Dr. Mohd. Jusoh dan Pengarah Kesihatan Daerah Besut, Dr. Azmaliza Abd. Rahman.

Dr. Anwa bagaimanapun berkata, sejak dua tahun lalu sehingga sekarang, tiada kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau seterusnya mengulas lanjut, di sebalik peningkatan kes, wujud trend penurunan kes pada minggu lalu terutama melibatkan daerah Hulu Terengganu dan Kemaman.

"Kita percaya trend penurunan kes ini berdasarkan kerjasama banyak pihak khususnya penduduk yang menjayakan kempen gotong-royong membersih persekitaran rumah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakan berterusan dilakukan dalam usaha memerangi denggi termasuk melancarkan program bulanan Ayuh Gempur Aedes peringkat negeri selain Ops Gempur Aedes di seluruh negeri ini.

Beliau turut menarik perhatian, sehingga kini, pihaknya telah memeriksa sebanyak 42,913 premis dan daripada jumlah itu, 150 premis didapati positif mempunyai tempat pembiakan aedes.

"Semua 150 premis itu telah dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.

"Sebanyak 977 notis atau amaran pembersihan dikeluarkan terhadap premis yang ada bekas potensi membiak aedes," tambahnya.

Pinjaman rumah dinaikkan kepada RM20,000

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

MUHAMMAD Pehimi Yusof (tengah) meraikan para pelatih pada Majlis Graduasi dan penyampaian sijil tamat latihan pelatih jahitan SLDN Khas Sesi 2013, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 7 Mac - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan menaikkan jumlah maksimum pinjaman di bawah Program Jaya Diri (PJD) daripada RM10,000 kepada RM20,000 mulai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada golongan yang layak mendapat pinjaman bagi memenuhi keperluan sebenar.

Beliau berkata, sejak PJD dimulakan pada 1995, seramai 15,929 peserta telah terlibat dengan jumlah pinjaman bernilai RM47.4 juta.

"Sepanjang tahun lalu sahaja seramai 900 peserta telah mendapat pinjaman yang berjumlah RM5.4 juta antara RM3,000 hingga RM10,000 tanpa dikenakan faedah, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pelatih Jahitan SLDN Khas Sesi 2013 , Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 135 peserta dari seluruh negeri menerima sijil masing-masing. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Program YPKT, Ramlah Idris dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur, Wan Fadhilah Wan Dagang.

Beliau berkata, melalui program itu YPKT memfokuskan golongan mudah miskin, ibu tunggal serta belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan seperti makanan, kosmetik dan perkhidmatan.

Mengenai program jahitan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) beliau berkata, ia dibiayai oleh Kerajaan Pusat melalui JPK yang menyediakan elaun kepada pelatih dan tenaga pengajar.

"Bagi program tersebut sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk membiayai 135 peserta menyertai latihan jahitan selama sepuluh bulan di akademi jahitan yang diluluskan di setiap kawasan Parlimen.

"Pada tahun ini, seramai 40 peserta akan menjalani latihan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM250,000," ujar beliau.

Kelantan perlu contohi Projek Pertanian Sukhirin

Posted: 07 Mar 2014 10:44 AM PST

SUKHIRIN (Selatan Thailand) 7 Mac - Projek Pertanian Diraja Sukhirin yang terletak di Bukit Kampung Jadih di sini merupakan model terbaik yang boleh dicontohi kerajaan bagi membangunkan sektor pertanian di Kelantan.

Ketua Jajahan Jeli, Manan Ali berkata, para petani di wilayah selatan Thailand memang terkenal dengan kemampuan mereka mengeluarkan hasil pertanian, terutama padi yang bermutu tinggi.

"Sehubungan itu, kita berhasrat menjalinkan hubungan baik dengan pihak berkuasa di sini bagi membolehkan pertukaran maklumat serta teknologi pertanian dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 16 peserta terdiri daripada kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli serta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri melawat projek tersebut di sini semalam.

Rombongan tersebut disambut Gabenor Narathiwat, Nattapong Srichana serta Ketua Pembangunan Masyarakat Sukhirin, Muhamad Bugree Lebahangus.

Manan dalam pada itu memberitahu, lawatan kali ini amat bermakna kerana pihaknya dapat melihat dengan lebih dekat kegiatan pertanian terutama penanaman padi yang menjadi sumber pendapatan utama para petani di wilayah ini.

"Lawatan ini juga berjaya mengeratkan silaturahim antara kedua-dua belah pihak bagi membolehkan kita merintis lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Nattapong berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Kelantan yang disifatkan beliau sebagai tepat pada masanya.

"Kami berbesar hati menerima kehadiran rombongan dari Kelantan dan bersedia memberi tunjuk ajar sebagaimana diminta.

"Selain memberi manfaat kepada sektor pertanian Kelantan, lawatan ini boleh digunakan untuk mempromosi wilayah Narathiwat terutama daerah Sukhirin kepada penduduk di Malaysia," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat