Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Tiada parti dapat undi majoriti Posted: 13 Apr 2014 03:27 PM PDT New Delhi: Lima pegawai pilihan raya dan dua pemandu bas terbunuh apabila sebutir periuk api meletup di bawah kenderaan mereka di daerah Bijapur lokasi undian bakal diadakan minggu depan, kata ketua pengarah polis, A N Upadhyay. |
Posted: 13 Apr 2014 03:25 PM PDT New Delhi: Lima pegawai pilihan raya dan dua pemandu bas terbunuh apabila sebutir periuk api meletup di bawah kenderaan mereka di daerah Bijapur lokasi undian bakal diadakan minggu depan, kata ketua pengarah polis, A N Upadhyay. Pemisah turut melepaskan tembakan ke arah bas selepas letupan itu. Lima orang turut cedera dalam serangan berkenaan dan dirawat di sebuah hospital, kata Upadhyay. Pemisah melarikan diri ke hutan berhampiran apabila pasukan separa tentera mula membalas tembakan. Pemisah yang dikatakan mendapat inspirasi dari pemimpin revolusi China, Mao Zedong berjuang sejak lebih tiga dekad untuk mendapatkan sumber semula jadi dan lebih banyak kerja bagi penduduk miskin. Mereka menyasarkan pegawai kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang dalam serangan sebelum hilang ke kawasan pedalaman dan miskin di hutan di tengah India. Walaupun mereka dikatakan ada di dua puluh daripada 28 negeri di India mereka amat aktif di kawasan kubu kuat di Chhattisgarh, Jharkhand, Bihar dan Bengal Barat. Beribu mati di kedua-dua pihak dalam konflik itu. Perdana Menteri Manmohan Singh menyifatkan mereka sebagai ancaman dalaman terbesar India tetapi tiada parti politik utama bercakap mengenai ancaman pemisah ketika kempen pilihan raya kali ini. Pilihan raya pelbagai fasa berjalan sejak lima minggu lalu dan berakhir pada 12 Mei di mana keputusan bagi dewan rendah parlimen membabitkan 543 kerusi akan diumumkan pada 16 Mei. Undian berlangsung kelmarin di negeri pantai barat Goa selain beberapa bahagian di Assam, Tripura dan Sikkim. Parti pembangkang Hindu utama, Bharatiya Janata mempunyai momentum kuat mengenai janji terhadap pertumbuhan ekonomi dan mengancam menumbangkan Parti Kongres selepas 10 tahun berkuasa. Kerajaan mengerah berpuluh ribu tentera dan polis mengawal pusat undian di kawasan yang dilanda keganasan. Tetapi pemisah meningkatkan serangan mereka selain meminta penduduk memboikot undian. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |