{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda Bukit Rokan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda Bukit Rokan - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda Bukit Rokan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2013 12:00 AM PST

Bukit Rokan, 20 Jan – Felda Bukit Rokan Barat yang dibuka pada tahun 1979 dan mula dibangunkan pada tahun 1981 oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) di keluasan 789.01 hektar telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.

Mula mengambil peneroka di tahun 1985, kini setelah 30 tahun berlalu dan melalui pelbagai rintangan mereka diberikan suratan hak milik tanah yang diusahakan sejak sekian lama.

"Di awal pembukaannya, ramai yang tidak tahan, tetapi syukur Alhamdulillah, sebilangan yang setia dan bersemangat untuk berjasa dan berbakti kepada tanah akhirnya kekal memajukan kawasan ini." ujar Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika lawatan kerjanya di Bahagian Jempol, menyempurnakan Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Peneroka Felda Bukit Rokan Barat, Gemencheh yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, petang tadi.

Seramai 193 orang peneroka menerima suratan tersebut yang diserahkan oleh Menteri Besar di Perkarangan Masjid Felda Bukit Rokan Barat.

Di dalam ucapan, beliau turut mengesa pengurusan Felda Bukit Rokan Barat agar menaiktaraf jalan raya yang telah rosak dan uzur serta membina gelanggang futsal bagi kegunaan belia Felda.

Sambung beliau, "walaupun peneroka di sini berada di dalam pengurusan Felda, namun mereka berada di dalam Negeri Sembilan dan adalah mustahil jika saya tidak memperdulikan kehidupan dan kesejahteraan di sini. Sebagai Menteri Besar, saya perlu memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa."

"Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikannya, maka Felda turut perlu menanggung segala kos yang dibelanjakan. Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menyalurkan banyak peruntukan di bawah skim Felda, mana mungkin kemudahan asas seperti ini lambat untuk diusahakan?" katanya lagi.

Beliau yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan menyerap budaya bekerja di dalam pentadbiran, menyeru agar semua sentiasa bekerja untuk kebaikan sendiri.

Beliau mengingatkan, "ketika negara kita di jajah kuasa asing, negara kita kaya dengan hasil bumi. Tetapi ketika itu kita dijajah dan hasil bumi kita telah di bawa keluar. Pemimpin kita ketika itu, memperjuangkan kemerdekaan dan setelah kemerdekaan, kita tidak menoleh ke belakang lagi dan berusaha mentadbir dan bebaskan diri daripada pemikiran penjajahan."

"Hasil bumi kita telah habis di bawa keluar oleh penjajah. Oleh itu, kita perlu berterima kasih kepada Tun Abdul Razak, kerana dapat melihat dan membuka tanah ini untuk diusahakan dan dimajukan oleh Dato' Seri Mohd Najib." kata beliau lagi.

Katanya, "buat apa kita berusaha penat lelah, kemudian kita mendengar dan percaya apa yang dibawa mereka. Beringatlah, Felda satu projek kerajaan yang amat berjaya. Biarlah mereka sahaja menjadi antah, kita yang beras perlu menjaga lopak kita."

Beliau yang turut menyambut baik projek pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda, bersetuju untuk pembinaan tersebut yang memberi kemudahan kepada generasi kedua yang telah membina keluarga dan tinggal di sini.

 Turut hadir, Dato' VS Mogan, ADUN Kawasan Jeram Padang, Dato' Zainab Nasir, ADUN Gemas dan Encik Mohd Zambro Zuhri, Ketua Peneroka Felda Bukit Rokan Barat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat