{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ijok - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ijok - Google Blog Search


<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 07 Mar 2014 12:00 AM PST

SEBAHAGIAN daripada mahasiswa yang menyertai Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung di Felda Ijok, Selama, Perak baru-baru ini.

Seramai 57 pelajar Kursus Bakti Siswa (QKK 2101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung baru-baru ini di Felda Ijok, Selama, Perak.

Program usaha sama antara UPM dan KPDNKK untuk menjayakan pembangunan modal insan serta menghebahkan aspek pembangunan pengguna dan masyarakat kepada pelajar UPM dan penduduk kawasan Felda Ijok.

Ketua Peneroka Felda Ijok, Ramli Mahmud menyambut baik usaha murni yang diusahakan oleh pelajar UPM memilih Felda Ijok sebagai kampung perintis untuk program tersebut.

"Program ini secara tidak langsung telah mengetengahkan UPM dimata masyarakat desa dan telah memberikan impak yang positif kepada pelajar serta peluang kepada mereka untuk merasai corak kehidupan masyarakat desa jauh dari kepesatan pembangunan bandar,” katanya.

Beliau turut menyambut baik program sebegini dan menggalakkan dilakukan kerap ke kawasan luar bandar bagi mengisi masa belia di kampung berikutan daripada masalah sosial yang semakin terjadi akhir-akhir ini.

Turut hadir ke program ini sebagai tetamu kehormat dan perasmi program Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz.

Sementara itu Ketua program, Muhamad Hasyim Ibrahim berkata, fokus utama adalah untuk memberikan pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan hak sebagai pengguna kepada penduduk kampung.

"Peranan terhadap tanggungjawab dan hak harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendukung wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang,” katanya.

Salah seorang peserta, Nur Hidayati Jamil, 19, berkata program sebegini wajar diwajibkan kepada semua pelajar tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda agar pelajar dapat didedahkan dengan realiti kehidupan sebenar.

"Pada masa yang sama program ini mampu untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan lebih baik. Saya berharap program outreach sebegini berterusan bukan sahaja kepada kelompok warga tua dan dewasa sahaja, malah melibatkan semua peringkat umur dan bangsa,"katanya.

Program tiga hari dua malam ini dijalankan secara 'Keluarga Angkat" dimana seramai tiga hingga enam orang pelajar ditempatkan bersama sebuah keluarga yang sama.

Selain itu, program lain yang dijalankan iaitu program Cilik Yang Celik, Pengguna Bijak, Pengurusan Kewangan Keluarga (gores dan menang), Hak-Hak dan Tanggungjawab Pengguna dan Sukaneka.


Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat