{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


para peneroka <b>felda kemahang</b> 1 dan 2 elok cari <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 05 Apr 2014 11:30 PM PDT



Dah elok-elok dari miskin papa kedana makan nasi pun, lebih garam dari nasi masa di kampung, kemudian diberi peluang menyertai tanah FELDA sebagai peneroka dan memiliki kebun serta tanah sendiri, kemudian menjadi senang dan boleh termuntah melihat nasi bercampur garam, akhirnya sekarang, hutang yang diharap dapat terhapus, bertompok dan bertambah.

Itulah nasib para peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 yang berharap persekongkolan mereka dengan Pakatan Rakyat terutama sekali Mazlan Aliman dari ANAK dan peguam-peguamnya, dapat menjadikan mereka sebagai pemilik tanah secara percuma dan mereka menjadi tuan besar yang perlu dibayar kerana mengambil mereka sebagai peneroka FELDA.

Sementara itu, nasib buruk peneroka FELDA Kemahang 3 yang tamak kerana ditipu peguam dan Mazlan Aliman telah didedahkan DI SINI.

Dari awal kes lagi, niat jahat Mazlan Aliman yang menjadi agen kepada peguam-peguam yang cuba mencari komisyen besar, sudah dapat dilihat. Apabila keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Jun 2011 dikeluarkan, para peneroka tersebut, bukan sahaja melopong sebaliknya mereka berhutang pula kepada peguam-peguam yang dibawa oleh Mazlan Aliman. Dan sekarang, hutang mereka bertambah lagi... dengan FELDA pula.

Itulah akibatnya mendengar janji dari Pakatan Rakyat. Itulah padahnya apabila TIDAK BERSYUKUR dengan apa yang ada dan sentiasa PERASAN kononnya mereka dizalimi dan dianiayai walaupun dari asal lagi, mereka datang ke tanah-tanah rancangan dengan sehelai sepinggang sebelum dapat berumah besar dan hidup selesa!!!

Kita tengok nanti, adakah para peguam itu dan Mazlan Aliman akan memulangkan wang yang telah mereka cukai daripada kebodohan para peneroka terbabit atau para peneroka itu sendiri yang terpaksa menanggung beban kesan daripada sikap tamak mereka?

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat