{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lok heng - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lok heng - Google Blog Search


<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 12 Jan 2014 12:00 AM PST

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.

Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat



Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud

Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat

 Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat


Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik 


Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun



Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group'

 Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda

Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami


Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang.

 Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam.


Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda)



 Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah.


Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM.

 Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~


Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat