Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- 12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest
- Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370
- Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong
12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest Posted: 12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest
KATHMANDU - Salji runtuh telah menyebabkan 12 pemandu arah Nepal maut di Gunung Everest dan empat lagi hilang semalam. Ketika kejadian, 12 pemandu arah itu mendaki gunung tersebut untuk memperbaiki tali yang digunakan para pendaki Everest pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Menurut seorang pegawai di Persatuan Mendaki Nepal, Ang Tshering, runtuhan itu berlaku di kawasan yang diberi nama jolokan sebagai padang bertih jagung dan terletak di bawah Kem 2. Kem 2 terletak pada kedudukan 6,400 meter (m). Runtuhan salji itu berlaku pada ketinggian 5,800m. Gunung tersebut terletak pada ketinggian 8,850m. Salah seorang pendaki yang terselamat, Dawa Tashi mengalami patah tulang dan dirawat di Hospital Grande di sini. - Agensi | |
Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370 Posted: Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370
PERTH - Sebuah kenderaan dalam air autonomi, Bluefin-21 telah menyelam pada kedalaman yang tidak pernah dilakukan sebelum ini di selatan Lautan Hindi untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang. Para penyelidik turut menggunakan Bluefin-21 untuk mencari sebarang petunjuk tentang kedudukan pesawat itu di kawasan pencarian pesawat tersebut semalam. Kenderaan tersebut menyelam buat kali kelima semalam untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu. Sebelum ini, kenderaan itu telah menyelam pada kedalaman lebih 4.5 kilometer (km) di dalam lautan tersebut. Kawasan pencarian itu terletak kira-kira 2,000km dari barat Perth, Australia. Seorang jurucakap Tentera Amerika Syarikat (AS), Leftenan Muda Grade Daniel S. Marciniak berkata dalam satu kenyataan, kenderaan itu pernah menyelam pada kedalaman 4,695 meter untuk mencari pesawat MH370 itu. "Menyelam pada kedalaman itu akan membawa beberapa risiko ke atas peralatan Bluefin-21 dan ia dipantau dengan teleiti oleh pihak Tentera Laut AS dan Phoenix International (pemilik Bluefin-21)," katanya. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac lalu semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun, pesawat itu dipercayai berpatah balik ke selatan Lautan Hindi. - Agensi | |
Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong Posted: Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong AFP WASHINGTON - Sebuah komputer riba yang pernah digunakan Bill Clinton pada tahun 1998 untuk menghantar e-mel Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama telah dijual dalam satu lelongan di online pada harga AS$60,667 (RM196,439). Pengumuman lelongan itu dibuat sebuah firma lelongan, RR Auction kelmarin. Namun, ia tidak mendedahkan nama pembeli komputer riba Toshiba Satellite. Komputer itu pada mulanya milik seorang doktor di White House, Robert Darling yang kemudian meminjamkannya kepada Clinton. Darling meminjamkan komputer itu kerana seorang angkasawan AS, John Gleen mahu menghantar e-mel kepada Clinton. Ketika itu Glenn berada di dalam kapal angkasa lepas, Discovery pada November 1998. Clinton pula berada di Arkansas untuk melawat rakan-rakannya semasa dia menerima e-mel tersebut. Dia merupakan bekas Presiden AS yang memerintah dari tahun 1993 hingga 2001. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |