{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Emma antara produk, lakonan dan lelaki

Posted:

Emma antara produk, lakonan dan lelaki

Emma antara produk, lakonan dan lelaki

EMMA MAEMBONG mengakui ada terfikir untuk bergerak sendiri dalam menguruskan karier seninya.


POPULARITI bukan tiket untuk seseorang artis besar kepala atau lebih tepat cerewet. Adakalanya, kedudukan itu membuatkan barometer individu berkenaan cepat berubah.

Mengakui hipotesis bahawa nilai populariti mempengaruhi nilai tawaran sama ada berlakon mahupun dilantik menjadi duta sesebuah produk, jelas Emma, dia bagaimanapun lebih melihat daripada perspektif hubungan jangka panjang.

"Perlu untuk selektif dalam beberapa hal, contohnya berlakon dan tawaran menjadi duta produk tapi saya lebih melihat kepada hubungan antara saya dan pihak yang menawarkan.

"Kalau kita senang bekerjasama maka tiada masalah bagi saya. Bukan bermakna saya cerewet tapi saya perlu fikir hubungan untuk bekerja dalam jangka masa panjang.

"Menyentuh soal bayaran untuk sesebuah produk pula, saya tidak kisah jika nilainya tidak sebenar mana," ujarnya yang ditemui usai majlis pelancaran dan pelantikan duta baharu produk kecantikan tambahan Maixara di Mega View, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lelaki dan Zizan

Emma menjelaskan, prinsip yang sama dipegangnya dalam urusan menilai lelaki yang boleh mendampinginya. Bukan sembarangan!

"Saya bukan orang yang memilih untuk berkawan tapi soal hati saya perlu fikir panjang. Adakah dia boleh membahagiakan saya, pandaikah dia mengambil hati saya dan paling penting adakah dia boleh cocok dengan keluarga saya?

"Menerima saya adalah menerima pakej yang datang bersama. Saya punyai keluarga yang besar dan tanggungjawab yang selari dengan saiz keluarga saya, maka konsep menerima dan memahami sangat penting," tambahnya.

Emma mengakui, jejaka yang paling rapat dengannya kini iaitu Zizan Razak merupakan lelaki yang paling senang mengisi ruang hatinya berbanding kenalan sebelum ini.

"Dia merupakan lelaki pertama yang saya bawa berjumpa dengan ayah saya, itu maknanya kami bukan main-main.

"Lucunya pada kali pertama mereka bertemu, ayah saya langsung tidak mengenali siapa itu Zizan Razak. Dia terkejut apabila setiap kali keluar makan bersama akan ada peminat yang datang mahu bergambar bersamanya.

"Sampailah dia merisik kawan-kawan rapatnya dan akhirnya mengetahui bahawa Zizan seorang artis sebenarnya," kata Emma yang tidak pernah menerima bantahan daripada bapanya sepanjang perkenalan dengan Zizan.


NOR AINNA (kanan) dan Azman bersama Emma pada sidang akhbar pengumuman Emma sebagai duta Maixara di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Mengaku

Keterbukaan Emma dan Zizan meluahkan rasa cinta dan sayang di laman sosial Instagram masing-masing bagai mengiyakan perhubungan lebih sekadar kawan yang wujud antara mereka berdua.

Kata Emma, dia dan Zizan kini berada dalam fasa selesa dan mengenali satu sama lain tapi masih memerlukan sedikit masa untuk ke peringkat selanjutnya.

"Bukan tidak yakin tapi saya perlukan masa, tanyalah sesiapa pun pasti jawapannya sama. Untuk menerima seseorang hadir dalam hidup itu perlu mengenali hati budinya.

"Saya tiada niat mahu sembunyikan hubungan kami selama ini. Bukan tidak mahu mengaku tapi risau kalau terlalu terbuka berkongsi kisah cinta akhirnya tidak jadi apa-apa," katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 27 Mac lalu.

Tiada pegang-pegang

Baik Emma mahupun Zizan masing-masing tidak menetapkan sebarang matlamat untuk melanjutkan hubungan ke fasa perkahwinan.

"Kami tidak pernah pun duduk berbincang secara serius mengenai perkara itu (berkahwin). Sejujurnya saya mahu mengenalinya terlebih dahulu.

"Memang Zizan pernah maklumkan dia mahu menamatkan zaman bujangnya tahun ini tapi itu sebelum kami mengenali satu sama lain.

"Maka, orang melihat rancangan itu adalah rancangan kami berdua," jelasnya.

Selektif Emma merangkumi proses fotografi. Pemilik nama penuh Che Fatimah Rohani Ismail itu menegaskan, dia enggan lagi bergambar mesra dengan mana-mana lelaki.

"Tak perlu pun untuk berpelukan dengan lelaki kalau mahu merakamkan gambar yang menarik. Duduk bersebelahan pun tiada salahnya.

"Saya menghormati keluarga saya dan tidak mahu orang menyalah anggap. Ayah pun melarang keras kami adik-beradik perempuan untuk bergambar mesra dengan lelaki," katanya yang akan cuba mengelak berlakon adegan romantis selepas ini.

Keluar Wirefame?

Sementara itu, sebelum ini pernah timbul desas-desus bahawa Emma bakal meninggalkan syarikat pengurusan yang mengendalikan kariernya sepanjang bergelar artis, WireFame Entertainment Sdn. Bhd.

Mengulas mengenai khabar itu kata Emma, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyatakan hasrat untuk keluar daripada pengurusan itu.

"Saya masih lagi bersama WireFame dan tidak pernah pula saya cakap saya mahu keluar walaupun kontrak saya dengan syarikat itu sudah hampir tamat.

"Cuma memandangkan usia saya dalam industri semakin matang, saya ada terfikir untuk bergerak sendiri. Tiada sesiapa pun yang memaksa atau menghalang," jelasnya.

Emma turut menegaskan, dia tidak pernah terlintas untuk keluar daripada WireFame dan menyertai syarikat pengurusan yang dikendalikan oleh Dafi Ismail Sabri, Laugh Out Loud.

BMB 2 tiada peserta wanita

Posted:

BMB 2 tiada peserta wanita

BMB 2 tiada peserta wanita

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

BARISAN 12 peserta bersama sifu masing-masing yang akan bersaing dalam BMB 2 untuk merebut gelaran juara.


PROGRAM realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim kedua terbitan TV3 yang akan membuka tirainya hari ini menampilkan sedikit kelainan berbanding dengan saingan musim terdahulu.

Jika dalam saingan yang pertama dahulu, program tersebut pernah menampilkan sebuah kumpulan wanita sebagai peserta dan melantik Raja Azura sebagai tenaga pengajar atau sifu, kali ini semua peserta didominasi oleh lelaki.

Penerbit Eksekutif BMB 2, Muhamad Sufian Isa berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan tidak ramai wanita yang mendaftar sebagai peserta sepanjang uji bakat dilakukan di enam buah lokasi sebelum.

"Sebenarnya ada wanita yang datang menghadiri uji bakat tetapi jumlahnya tidaklah terlalu ramai. Selain itu, mereka juga tidak memenuhi kriteria yang diinginkan untuk dipilih sebagai peserta.

"Berkenaan dengan tiada sifu wanita pula, kami berasakan enam sifu lelaki yang telah dipilih ini merupakan antara terbaik dan yakin dengan kemampuan mereka untuk membimbing para peserta," ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran BMB 2 di SACC Mall, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Antara barisan sifu yang dikekalkan untuk musim terbaharu program tersebut ialah Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki dan Faizal Ismail manakala tiga lagi sifu iaitu Ebby Yus, Adlin Aman Ramlie dan Saiful Apek baru kali pertama diberi tanggungjawab membimbing peserta.

Selain itu, seramai 12 peserta telah dipilih untuk bersaing dalam BMB 2 menerusi pemilihan yang dibuat di enam buah lokasi seperti Sarawak, Kedah, Perak, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Barisan peserta yang terpilih pula seperti kumpulan Ooooo dan Mmmmm (Afdlin Shauki), Sumbu dan PK (Ebby Yus), Tokan dan GBOB (Faizal Ismail), Ehah dan Taktih (Harun Salim Bachik), Lampu dan 2AZ (Saiful Apek) serta Kepoh dan Jebat (Adlin Aman Ramlie).

Berkenaan dengan pemilihan peserta yang dilihat rata-ratanya berpengalaman menjadi peserta dalam sebuah pertandingan komedi di sebuah stesen televisyen, Suffian menjelaskan, ia sepatutnya tidak perlu menjadi pertikaian kerana penyertaan BMB 2 terbuka kepada semua orang.

Ujarnya, apa yang menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai peserta ialah berdasarkan kepada kreativiti dan persembahan yang ditampilkan semasa sesi uji bakat tanpa mengambil kira pengalaman yang dimiliki.

"Tidak dinafikan ada peserta yang pernah menyertai program lain dan tidak berjaya, lalu memilih untuk menyertai BMB 2 pula. Jadi, kami merasakan mereka ini berhak diberi peluang menampilkan bakat komedi yang dimiliki," ujarnya.

Profesional

Selain memperkenalkan barisan peserta dan sifu, majlis tersebut turut memperkenalkan tiga orang barisan juri yang akan mengadili persembahan peserta setiap minggu iaitu Fauziah Ahmad Daud, A. R. Badul dan Ahmad Idham.

Sedikit mengejutkan tentang pemilihan A. R. Badul sebagai juri memandangkan hubungan adik-beradik yang terjalin antara dia dengan salah seorang sifu iaitu Adlin Aman Ramlie.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Adlin ketika ditemui menjelaskan, dia tidak berasa risau sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan tentang situasi berkenaan.

"Rasanya soal hubungan tidak perlu dibangkitkan kerana kami melakukan kerja secara profesional. Apabila bermulanya saingan nanti saya yakin penilaian yang diberikan sama rata dengan peserta lain.

"Jadi, tidak perlulah perkara ini dibangkitkan atau diperbesarkan kerana dalam sesebuah pertandingan sebegini, profesionalisme paling menjadi keutamaan dan tidak akan ada sebarang sikap berat sebelah," tegasnya.

BMB 2 akan ditayangkan secara langsung dua kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Ahad pukul 9 malam sepanjang bulan April. Bagi bulan Mei, ia akan disiarkan setiap hari Ahad.

Kredibiliti juri cemari YMAS 2014

Posted:

Kredibiliti juri cemari YMAS 2014

Kredibiliti juri cemari YMAS 2014

Oleh NIZHA PERIASWAMY


KREDIBILITI tiga orang juri (dari kiri) Deen, Gayathri dan Jeeva pada final YMAS 2014 dipertikaikan umum.


JIKA sebelum ini ramai yang meminati rancangan realiti televisyen seni tari Yutha Medai, namun pada tahun ini, program yang dikenali sebagai Yutha Medai All Stars 2014 (YMAS 2014) itu bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif yang tidak diduga daripada penonton.

Acara final YMAS 2014 yang berlangsung di Studio KRU, Cyberjaya baru-baru ini ternyata lebih istimewa dan mempunyai tarikan tersendiri.

Memenuhi syarat pertandingan iaitu peserta setiap kumpulan perlu terdiri daripada dua orang dengan sekurang- kurangnya seorang selebriti Tamil tempatan dan seorang penari.

Bagaimanapun, kebanyakan peserta memilih untuk bergabung dengan jantina yang sama. Ini menyebabkan peserta program tersebut lebih banyak disertai pasangan sesama lelaki berbanding pasangan lelaki dan wanita.

Namun, pasangan lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dari segi persembahan dan ia digunakan dengan baik sekali oleh juara YMAS 2014 pasangan pelakon Tamil, Agotharan atau Ago dan penari klasikal, Kavitha Shanmugam.


PASANGAN Ago dan Kavitha (kiri) berdepan dengan saingan sengit daripada Denes dan Danish pada pusingan Battle final YMAS 2014.


Persoalan yang timbul berkisar tentang adakah perjalanan YMAS 2014 benar-benar telus dan memuaskan penon- ton?

Sepanjang persembahan, Ago dan Kavitha mempamerkan gerak tarian yang sangat mengujakan. Terpilih sebagai penari terbaik untuk beberapa episod sejak program itu bermula pada 25 Januari lalu, YMAS 2014 menampil- kan 11 pasangan dan penyingkiran berlaku pada setiap episod.

Ago telah menggunakan bakat lako- nannya dengan baik setiap kali melakukan ekspresi untuk setiap karak- ter tariannya terutama pelawak legenda, Charlie Chaplin.

Sebagai juara YMAS 2014, Ago serta Kavitha masing-masing memenangi sebuah kereta Vios dan mereka juga berkongsi hadiah wang tunai bernilai RM30,000 selain beberapa hadiah tambahan lain.

Namun buat pertama kali, program tersebut dicemari pelbagai kontroversi yang mungkin memberi impak besar kepada masa depannya.

Episod finalnya yang dibahagikan kepada beberapa peringkat penyingkiran telah memperlihatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan audiens apabila pasangan tarian yang dipercayai hebat tersungkur di peringkat awal.

Dalam keadaan ini, ramai yang mula mempersoalkan tentang ketelusan dan kemampuan tiga orang juri program itu yang terdiri daripada Deen, Gayathri dan Jeeva.

Muncul banyak komen-komen tidak puas hati terutama menerusi laman sosial Facebook. Antara komen itu adalah tentang ketidakcekapan juri membuat keputusan memilih calon pemenang, juri yang langsung tidak memberi perhatian kepada tarian tetapi sibuk berbual dengan dua juri yang lain dan keputusan sudah dirancang lebih awal.

Menambahkan perisa negatif terhadap YMAS 2014 adalah dari segi kredibiliti pengacara program. YMAS 2014 dihoskan dengan profesional oleh hos dari Malaysia, Magendran Raman dan pengacara terkenal dari Singapura, Vishnu.

Skil Nityaswari (tengah) sebagai salah seorang hos final YMAS 2014 dipersoalkan ramai.


Namun, kehadiran seorang lagi peng- acara, Nithyaswari sebaliknya gagal membantu kerana dia jelas sekali hanya berpandu kepada skrip, sehingga pada slot tertentu ketika Magendran dan Vishnu tampil berjenaka, Nithyaswari sebaliknya kelihatan tidak tentu arah.

Nithyaswari yang kelihatan anggun dalam persalinan merah juga turut diherdik oleh penonton sebagai hanya berdiri tanpa banyak bercakap. Jika bercakap sekalipun, dia hanya 'membaca' skrip tanpa lenggok bahasa badan seorang pengacara.

Kemuncak elemen negatif yang dilihat dalam YMAS 2014 ialah peringkat penentuan antara johan dan naib johan program tersebut.

Saingan Ago dan Kavita ialah pasangan Denes Kumar dan Danish Supramaniam dan mereka perlu bersaing hebat dalam pusingan battle sebelum layak dinobatkan sebagai juara.

Di atas pentas, kedua-dua pasangan masing-masing diberikan lagu untuk menari mengikut giliran. Persaingan pada pusingan battle dimulakan oleh pasangan Ago dan Kavitha manakala pasangan DD pula bertindak 'menonton bersama' sambil melakukan 'ejekan gerak badan' di suatu sudut di atas pentas yang sama tetapi memberi ruang buat Ago dan Kavitha beraksi.

Malangnya, keadaan menjadi kelam-kabut sewaktu tiba giliran pasangan DD membuat aksi tarian.

Pentas menjadi kelam-kabut apabila Ago dan Kavitha turut berlumba mencuri tumpuan – bukan sekadar melakukan ejekan gerakan badan terhadap pasangan DD tetapi mereka melakukan aksi tari dengan menggunakan seluruh pentas YMAS 2014.

Kesudahannya, satu pentas dihidangkan dengan dua jenis tarian yang berbeza menyebabkan audiens dan juri hilang fokus terhadap persembahan pasangan DD akibat 'gangguan tidak beretika' Ago dan Kavitha itu.

Dalam pusingan yang sama, pasangan DD turut hilang kawalan apabila Denes bertindak menendang Ago kerana tidak memberi ruang buat dirinya dan Danish membuat aksi tarian.

Akibatnya, YMAS 2014 yang sepatutnya menjadi antara program yang cuba mencungkit bakat tarian dalam kalangan selebriti dan penari Tamil tempatan, sebaliknya bertukar menjadi satu persembahan yang rendah dari segi moral apabila memperlihatkan taktik kotor antara dua kumpulan yang bersaing untuk merebut juara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat