Kosmo Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Kesihatan |
Posted: Berselera makan ubat nyamuk
KANAK-KANAK menyukai makanan manis seperti kek, coklat ataupun aiskrim tetapi berbeza bagi Abdillah Syarif, 7, yang tidak berminat langsung menjamah makanan tersebut. Kanak-kanak dari daerah Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia itu sebaliknya lebih menggemari ubat nyamuk sebagai makanan hariannya. Menurut ibunya, Nurlina, Abdillah yang dipanggil Adit mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk lingkaran dalam masa sehari. Katanya, Adit makan ubat nyamuk sejak berumur lapan bulan lagi. "Ketika itu dia masih belum pandai berjalan dan hanya boleh merangkak. Dia mulai mendekati ubat nyamuk dan memakannya tanpa disedari sesiapa," ujarnya. Adit pula mengakui dia menggemari racun penghalau serangga itu kerana rasanya enak. "Saya sangat sukakan rasanya yang manis dan berlemak," ujarnya. Keganjilan tabiat pemakanan Adit sangat merunsingkan ibu bapanya. Nurlina memberitahu, dia telah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk Adit namun tidak berhasil malah ketagihan anaknya itu semakin menjadi-jadi. Malah, disebabkan selera pelik Adit itu, mereka terpaksa mengelak daripada menggunakan ubat nyamuk di rumah. Kunyah kaca Bagaimanapun, usaha itu turut menemui jalan buntu kerana Adit akan mendapatkan bekalan ubat nyamuk dari rumah jiran atau mencurinya dari kedai berhampiran. "Adit akan menjadi tidak selesa dan cepat marah jika sehari tidak makan ubat nyamuk. Dia akan makan secara senyap-senyap kerana takut kena marah dengan kami," ujar Nurlina. Wanita ini percaya selera ganjil anaknya itu mungkin dipengaruhi oleh tabiatnya sendiri yang gemar menghidu asap ubat nyamuk ketika mengandungkan Adit. Sementara itu, di Indiana, Amerika Syarikat (AS), seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Natalie Hayhurst menjadikan batu-bata sebagai makanan hariannya. Menurut ibunya, Collen, 34, Natalie juga menggemari mentol lampu, botol plastik, kayu dan tin minuman. Katanya, dia perlu memantau Natalie hampir setiap masa kerana bimbang anaknya itu akan memakan benda yang membahayakan nyawanya. "Pernah sekali saya menidurkan Natalie sebelum menyambung semula kerja di dapur. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba meluru ke arah saya dengan mulut berdarah. NATALIE menggemari batu-bata, mentol dan botol plastik. Pencernaan "Saya sangat terkejut kerana rupa-rupanya dia telah memakan kaca mentol lampu di bilik tidur," ceritanya. Akibat kejadian itu, Natalie terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mengeluarkan serpihan kaca berkenaan. Sejak itu, Natalie sentiasa diperhatikan Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew. Katanya, anak Natalie juga berselera makan batu-bata seolah-olah objek itu biskut cip coklat. Hal ini membingungkan ramai pakar perubatan. Ini kerana individu yang mempunyai tabiat pemakanan pelik itu tidak pula mengalami sebarang komplikasi kesihatan. Lebih mengelirukan, mereka juga tidak pernah sakit perut selain memiliki sistem pencernaan yang masih berfungsi dengan baik. Dalam kes Adit dan Natalie, pakar pediatrik di Jabatan Kesihatan Polewali Mandar, Dr. Harjo Boko, berpendapat, kanak-kanak itu berkemungkinan menghidap penyakit kelainan pola pemakanan yang dikenali sebagai Pica. Menurutnya, penyakit itu disebabkan oleh kekurangan zat besi dan anemia yang akan mencetuskan keinginan luar biasa. "Golongan ini perlu mendapatkan sokongan daripada masyarakat sekeliling bagi membantu mengurangkan keinginan terhadap 'makanan' tersebut," katanya. Sementara itu, pakar perubatan di Hospital San Francisco, AS, George Krucik berkata, pesakit Pica selalunya suka menjamah makanan yang tidak biasa dimakan manusia normal. Jelasnya, ia sering berlaku kepada kanak-kanak yang berusia satu tahun ke atas. "Pada usia ini, mereka cenderung memasukkan benda yang berada di sekeliling ke dalam mulut. "Ia akan menjadi normal dalam tempoh tertentu jika tidak dipantau atau dikawal ibu bapa," terangnya sambil menambah, belum ada rawatan khusus untuk penyakit ganjil itu buat masa ini. Pakar psikologi klinikal, Dr. Jordana Mansbacher pula menyifatkan amalan memakan batu atau tanah sebagai tidak sihat kerana ia berupaya mencetuskan jangkitan kuman. Katanya, batu juga boleh merosakkan tisu dalam badan sekali gus mengakibatkan pendarahan. | |
Orang bujang mudah jadi gemuk, terkena serangan jantung Posted: Orang bujang mudah jadi gemuk, terkena serangan jantungINDIVIDU yang masih belum berumah tangga dikatakan kurang bermotivasi untuk menjalani gaya hidup sihat. SELAIN memberi kebaikan dari segi psikologi, perkahwinan turut bermanfaat kepada kesihatan dengan menurunkan risiko serangan jantung. Satu penyelidikan membabitkan 3.5 juta orang dewasa di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang berkahwin mempunyai peluang sakit jantung lebih rendah dibandingkan dengan individu yang bercerai atau tiada pasangan hidup. "Risiko penyakit jantung dalam kalangan orang yang telah berkahwin adalah 5 peratus lebih rendah. "Mereka lebih bermotivasi untuk menjalani gaya hidup sihat berbanding individu yang masih belum mendirikan rumah tangga," kata ketua penyelidik, Carlos Alviar. Hasil kajian juga mendapati individu yang tidak mempunyai pasangan cenderung mengalami masalah obesiti dan menghidap penyakit lain seperti diabetes serta darah tinggi. "Kami turut mendapati jumlah perokok terbanyak terdiri daripada kolompok individu yang telah bercerai," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |