Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Perlawanan bola sepak persahabatan PDRM, TLDM
- 65 pasukan berentap rebut Piala Presiden AUCMS
- Ayam Brand hargai golongan kurang bernasib baik
Perlawanan bola sepak persahabatan PDRM, TLDM Posted: Perlawanan bola sepak persahabatan PDRM, TLDM
ERAT. Hubungan akrab antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus terjalin melalui perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan baru-baru ini. Program yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Pangkalan TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu merupakan salah satu aktiviti di Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam mengukuhkan lagi silaturrahim, kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pasukan keselamatan itu. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh PDRM dengan jaringan 3-1 selepas menewaskan pasukan Mawilla 2 (Markas Wilayah Laut 2). | |
65 pasukan berentap rebut Piala Presiden AUCMS Posted: 65 pasukan berentap rebut Piala Presiden AUCMSSEBAHAGIAN daripada peserta bergambar sebelum memulakan pertandingan pada Kejohanan Badminton Piala Presiden AUCMS di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. BERENTAP. Sebanyak 65 pasukan menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) 2014 yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Pengarah Pusat Sukan AUCMS, Nurul Akmal Azizan, sebanyak tiga kategori dipertandingan pada kejohanan itu iaitu beregu lelaki yang disertai oleh 26 pasukan, beregu wanita sebanyak 16 pasukan dan beregu campuran pula 23 pasukan. | |
Ayam Brand hargai golongan kurang bernasib baik Posted: Ayam Brand hargai golongan kurang bernasib baikMARIE MAGALI (barisan belakang lima dari kanan) bergambar dengan sebahagian daripada 100 murid dari lima buah rumah kebajikan di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. RAI. Lebih 100 murid dari lima buah rumah kebajikan di negeri Kedah dan Perlis diraikan pada kempen Masyarakat Penyayang oleh syarikat pengeluar makanan dalam tin, Ayam Brand baru-baru ini. Kempen bertemakan Diet Sihat Untuk Kreativiti 2014 itu disertai Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Setar, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis serta Pertubuhan Amanah Masyarakat dan Mendidik Anak-anak Yatim Daerah Baling. Tidak ketinggalan Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda. Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand Marie- Magali Falcoz, kempen yang telah diadakan sejak tujuh tahun lalu itu bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |