Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Hishammuddin bidas sikap AirAsia Posted: Hishammuddin bidas sikap AirAsia Oleh NURUL ANUAR KARI
SEPANG – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kerana mempersoalkan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sedangkan 57 konsultan telah melihat kepada aspek tersebut sebelum ini. Beliau berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menilai tahap keselamatan KLIA2, malah Kabinet sudah membuat keputusan membentuk pasukan bebas dan berkecuali untuk penilaian lapangan terbang baharu itu. "Kerajaan tidak akan kompromi dalam isu keselamatan. Jika tidak selamat, saya tidak akan bawa isteri datang melawat lapangan terbang ini apatah lagi lebih 3,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga terlibat sama sebagai sukarelawan hari ini (semalam). "AirAsia boleh buat keputusan sendiri kerana akhirnya orang ramai yang akan menilai keputusan mereka itu, tugas saya adalah memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat di klia2," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Keajaiban bayi dikandung terselamat Posted: Keajaiban bayi dikandung terselamatOleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM, IKHWAN IDERIS, KEADAAN bas Ekspres Transnasional yang terbalik sehingga mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, Bentong, Pahang semalam. BENTONG - Bagaikan satu keajaiban bagi ibu muda, Nor Zamera Abdul Manap, 24, apabila kandungannya yang berusia empat bulan terselamat walaupun selepas dia tercampak dari tempat duduknya setelah bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 12.30 pagi itu, bas Ekspres Transnasional berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membawa seramai 68 penumpang termasuk pemandu. Nor Zamera merupakan salah seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga penumpang bas tersebut iaitu pasangan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang merupakan warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26, serta Suhaisam Che Abdulla, 33. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: PM ziarah Haron DinNAJIB bertanyakan tentang kesihatan Haron (dua dari kiri) sambil disaksikan Huda (kiri) dan Amin Ariff di IJN, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini. Najib yang tiba pada pukul 1.30 petang, meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya, Dr. Huda dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin. Turut serta pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |