{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Apa silapnya silibus kelas memandu?

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

MUNGKIN sudah tiba masanya silibus kelas memandu dikaji semula. - Gambar Hiasan

SABAN tahun kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya di media cetak mahupun media elektronik.

Malah, statistik kemalangan termasuk bilangan pengguna jalan raya yang terkorban semakin meningkat terutamanya menjelang musim perayaan.

Banyak kajian dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi mencari punca kemalangan dan ini sudah tentu melibatkan perbelanjaan yang besar.

Pelbagai jawapan dan rumusan yang disajikan kepada kita daripada kaji selidik itu. Ada yang menyalahkan pemandu, masalah jalan raya dan kenderaan sebagai faktor yang menyumbang kepada nahas jalan raya.

Tidak dinafikan rumusan tersebut ada kebenarannya setelah dilihat daripada keputusan kes di mahkamah. Namun, tidak pernah pun kedengaran hasil kaji selidik itu menyalahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terbabit secara langsung dalam mengeluarkan lesen memandu.

JPJ merupakan pihak yang menggariskan panduan atau silibus kepada setiap akademi atau sekolah memandu bagi permohonan lesen memandu.

Di sini, kita dapat lihat garis panduan atau silibus pembelajaran di sekolah memandu terlalu asas dan boleh diibaratkan seperti kata peribahasa sekadar melepaskan batuk di tangga'.

Dalam kursus memandu yang diamalkan sehingga sekarang, calon tidak dibenarkan memotong kenderaan lain semasa belajar atau menjalani ujian untuk lesen memandu.

Selain itu, calon tidak pernah diajar cara mengambil selekoh, memandu ketika hujan mahupun ketika jalan sesak, sedangkan itu adalah situasi sebenar yang perlu dilalui pemandu sama ada suka atau tidak.

Disebabkan calon-calon ujian memandu itu tidak dilatih dengan teknik-teknik itu, maka mereka tidak mempunyai kecekapan memandu apabila memperolehi lesen.

Mereka terpaksa mempelajari sendiri kemahiran tersebut dan sebelum menjadi pemandu yang cekap, mungkin mereka akan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Jadi, saya rasa eloklah sekiranya JPJ mengkaji semula silibus atau teknik-teknik pembelajaran bagi calon yang ingin memohon lesen memandu agar disesuaikan dengan keadaan semasa jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Sekurang-kurangnya, langkah ini dapat mengurangkan statistik kemalangan dan kematian di jalan raya yang berpunca daripada kelemahan pemandu kenderaan.

Perkhemahan dalam taman

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

ADA banyak cara boleh dilakukan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti sekolah anak masing-masing. Salah satu daripadanya adalah menghantar anak mereka menyertai program perkhemahan. Bagaimanapun kerana batasan masa, kewangan dan keselamatan, kadang-kadang menyebabkan hajat itu tidak kesampaian.

Bagi komuniti perumahan Saujana Utama 3 (SU3), Sungai Buloh, Selangor, mereka ada cara tersendiri bagi memastikan anak-anak di kawasan perumahan itu dapat mengikuti program perkhemahan walaupun cuti persekolahan baru-baru ini hanya seminggu.

Tanpa mengurangkan unsur-unsur berdikiri, cabaran, ilmu dan keseronokan, komuniti tersebut menganjurkan program perkhemahan di dalam taman itu baru-baru ini. Seramai 60 remaja dan kanak-kanak mengikuti program selama dua hari itu.

Penyelaras program, Mohd. Hanafi Hamzah, 32, berkata, matlamat utama program berkenaan adalah untuk mengisi masa cuti anak-anak penduduk di kawasan perumahan itu dengan aktiviti berfaedah.

"Lebih penting adalah kami mahu memberi peluang kepada remaja melalui suasana perkhemahan sebenar kerana peluang itu amat sukar diperoleh di sekolah kerana bilangan pelajar yang ramai.

"Dengan cara ini juga, kami boleh mengeratkan hubungan anak-anak dan sekali gus ibu bapa di kawasan ini," katanya kepada .com.

Beliau menambah, walaupun hanya diadakan di kawasan lapang di taman berkenaan, ia tidak sedikitpun mengurangkan keseronokan dan cabaran yang biasa ditempuhi dalam aktiviti perkhemahan.

Kelebihan kawasan perumahan berkenaan yang dikelilingi alam semula jadi seperti hutan dan ladang kelapa sawit memudahkan penganjur mempelbagaikan aktiviti.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ikhtiar hidup, merentas hutan dan persembahan kebudayaan.

"Kami juga menekankan pendidikan agama dengan memastikan semua peserta melaksanakan solat secara berjemaah dan mengadakan kuliah agama selepas solat," tambahnya.

Mohd. Hanafi berkata, program tersebut diharap dapat melatih serta menyemai nilai-nilai baik kehidupan dalam kalangan peserta.

Nilai-nilai baik seperti bekerjasama, hormat menghormati, bertanggungjawab dan tolong menolong sentiasa diutamakan sepanjang program perkhemahan itu berlangsung.

Program perkhemahan kali kedua diadakan itu mendapat sokongan syarikat pengeluar serta pengedar kelengkapan sukan dan aktiviti luar, Universal Fitness and Leisure (UFL) yang menaja khemah Coleman.

Sementara itu, Pengurus Besar Jualan dan Operasi UFL, Ahmad Termizi Mahmud berkata, syarikat itu sentiasa menyokong aktiviti sihat, apatah lagi jika ia melibatkan remaja yang merupakan aset negara di masa depan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat