Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Bluefin-21 kesan MH370 di dasar laut Posted: Bluefin-21 kesan MH370 di dasar laut
PERTH - Pasukan mencari telah menggunakan kenderaan dalam air automatik (AUV), Bluefin-21 semalam bagi meneruskan usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston (gambar kecil) berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas. "Walaupun tiada lagi isyarat dikesan, apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini semalam. "Analisis yang dibuat terhadap empat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akustik yang dikesan kapal Australia, Ocean Shield minggu lepas. Sehubungan itu, Houston berkata, para pakar memutuskan bahawa kapal Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) petang semalam dan menggantikannya dengan penggunaan dron Bluefin-21. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Siswazah baru bekerja pokaiOleh IKHWAN HAZWAH HAMIDUN dan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI PARA siswazah kini menuntut kadar gaji lebih tinggi bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Satu kajian oleh syarikat pengambilan pekerja dalam talian, JobStreet.com mendapati kebanyakan siswazah yang baru mendapat pekerjaan di Malaysia berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500. Menurut kajian yang melibatkan 2,062 responden itu, sebanyak 77 peratus daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan. Kajian turut menunjukkan sebanyak 63 peratus daripada mereka menjelaskan bahawa barangan keperluan yang dimaksudkan itu ialah pinjaman kereta dan pendidikan serta kos pengangkutan yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran. "Kira-kira RM1,500 daripada pendapatan bulanan mereka telah dibelanjakan ke atas keperluan tersebut dan untuk menjimatkan kos, separuh daripada mereka tinggal bersama ibu bapa, manakala 30 peratus lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20 peratus sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan. "Kajian itu juga mendapati 87 peratus daripada responden tidak memiliki pendapatan sampingan selain pendapatan bulanan mereka, dan disebabkan itu kebanyakan mereka meminta gaji yang tinggi sewaktu sesi temu duga," menurut kajian tersebut. Kajian ke atas responden yang terdiri daripada siswazah yang baru mendapat pekerjaan di seluruh negara itu dilakukan pada Mac lalu. Syarikat JobStreet.com menyediakan perkhidmatan pekerjaan dalam talian yang memaparkan lebih 150,000 iklan pekerjaan sebulan dan memiliki pangkalan data lebih 11 juta pencari kerja. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Hukuman baharu lebih berat ROHANI (depan tiga dari kanan) bergambar bersama para penerima Anugerah PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan diwarta dan dikuatkuasakan secepat mungkin selepas diluluskan oleh Parlimen Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan akta itu yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada pelaku jenayah terhadap kanak-kanak masih diteliti oleh Jabatan Peguam Negara. "Lebih 70 peratus dalam Akta Kanak-Kanak 2001 akan dipinda termasuk pelaksanaan hukuman yang lebih berat ke atas mereka yang melakukan jenayah ke atas kanak-kanak termasuk jenayah siber serta pornografi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini semalam. Pada majlis itu, seramai 609 pegawai dan kakitangan pelbagai agensi di bawah kementerian tersebut menerima anugerah berkenaan. Antara hukuman dalam Akta Kanak-kanak 2001 yang dilihat ringan dan perlu dipinda ialah hukuman penjara terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |