Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Kasih ibu yang bukan-bukan
- Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompak
- Pakai penutup muka dan hidung
Posted: Kasih ibu yang bukan-bukanOleh NOOR HASLIZA NUSI
BALIK PULAU – Tindakan berani seorang ibu membawa masuk heroin yang dibalut menggunakan tembakau menyerupai roti sardin gulung memakan diri apabila dia diberkas semasa menyerahkan bungkusan tersebut kepada anak lelakinya di galeri awam Mahkamah Majistret di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, wanita yang berusia 56 tahun itu ditahan polis pengiring sebaik melihat suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan memberi satu bungkusan beg plastik kepada anaknya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) di tangga galeri awam kamar mahkamah. Sebelum itu, anak lelaki wanita itu yang berumur 35 tahun baru dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas pertuduhan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Si ibu yang juga seorang suri rumah dikatakan datang ke mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes anaknya itu selain dipercayai mahu menyerahkan bekalan dadah kepada anaknya yang turut mempunyai beberapa pertuduhan lain berkaitan kes dadah. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, malangnya tindakan wanita itu disedari anggota polis selepas anak suspek itu cuba menyerahkan bungkusan yang diberi ibunya kepada seorang lagi OKT lain yang merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun. Menurut beliau, anggota polis pengiring OKT yang dibawa ke mahkamah pada hari tersebut, sebelum itu telah memberi arahan kepada semua OKT supaya tidak mengambil sebarang bungkusan daripada mana-mana pihak termasuk daripada ibu sendiri. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompak Posted: Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompakAFIZA menceritakan kepada Sulaiman mengenai kejadian rumahnya dipecah masuk di Sijangkang dekat Kuala Langat kelmarin. KUALA LANGAT - Seorang bakal pengantin perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan berputih mata apabila wang hantaran berjumlah RM12,000 dan seutas gelang emas yang mahu digunakan dalam upacara membatal air sembahyang dilarikan penjenayah. Turut lesap ialah barangan berharga lain milik ahli keluarga Afiza Johardi, 36, seperti wang tunai RM11,000, sembilan telefon bimbit dan sejumlah lagi barangan kemas yang dianggar bernilai RM30,000. Kejadian pada pukul 4 pagi kelmarin itu berlaku apabila rumah keluarga bakal pengantin di Batu 7, Sijangkang dekat sini dipecah masuk enam penyamun dipercayai rakyat Indonesia. Mengimbas kejadian tersebut, Afiza yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 April ini memberitahu, dia yang tidur di sebuah bilik di tingkat atas rumah kampung keluarganya dikejutkan seorang penjenayah yang memasuki rumahnya. "Sambil meletakkan pisau pemotong daging ke leher saya, lelaki itu meminta saya menunjukkan tempat menyimpan wang tunai dan barangan kemas jika tidak mahu diapa-apakan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pakai penutup muka dan hidungAWA (kiri) bersama anaknya memakai penutup muka dan hidung di rumah mereka di Kampung Bintang, Batu Pahat, Johor semalam. BATU PAHAT - Rata-rata penduduk Kampung Bintang di sini kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai penutup muka dan hidung sepanjang masa daripada dijangkiti Sindrom Koronavirus Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV). Bagaimanapun aktiviti harian di kampung itu yang mempunyai 1,000 penduduk tetap berjalan seperti biasa meskipun seorang jemaah umrah dari kampung itu maut akibat wabak tersebut pada Ahad lalu. Tinjauan Kosmo! juga mendapati penduduk mengunjungi pusat pemeriksaan khas yang dibuka sejak Isnin lalu di Kompleks Penghulu Mukim Peserai di sini untuk membuat pemeriksaan sebelum mereka menjalankan urusan harian. PENDUDUK memakai penutup muka dan hidung. Seorang warga emas, Awa Abdul Jamal, 74, berkata, mereka sekeluarga lebih banyak berada di dalam rumah selepas mengetahui kematian seorang jirannya, Kamaroz Zaman Jafri, 54, disebabkan jangkitan MERS-CoV. "Doktor mengesahkan saya tiada tanda-tanda penyakit tersebut tetapi saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu terdedah kepada udara luar," katanya ketika ditemui semalam. Awa yang turut menziarahi jenazah jirannya itu tidak menyangka wabak tersebut meragut nyawa penduduk kampung. Kamaroz Zaman meninggal dunia pada Ahad lalu selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini tidak lama selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat sindrom MERS-CoV menyebabkan pihak berkuasa memberikan pengawasan sepenuhnya terhadap penduduk kampung tersebut bagi mencegah penyakit itu daripada merebak. Sementara itu, adik ipar Kamaroz, Hayati Mohamad, 44, berkata, urusan harian tetap perlu dilakukan biarpun masih belum dapat menerima hakikat kematian abang iparnya itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |