Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan
- Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21
- Pesawat MH192 mendarat cemas
Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan Posted: Derita 6.7 juta penduduk berlanjutanOleh NURUL ANUAR KARI, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, MOHD. HAFIZI AHMAD
KUALA LUMPUR - Episod catuan bekalan air di Lembah Klang yang kini berlarutan sehingga hari ke-55 ditempelak oleh pelbagai pihak kerana ia telah menyukarkan kehidupan orang ramai sekali gus mendedahkan kelemahan sistem pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, sebagai wilayah yang menjadi penggerak ekonomi dan mempunyai penduduk paling padat di negara ini, pengurusan air di Lembah Klang sepatutnya bebas daripada masalah tersebut. "Sangat memalukan apabila sebuah negeri maju di Malaysia tidak mampu mengurus sistem bekalan air dengan baik. "Sikap bodoh sombong pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah bekalan air ini pasti akan merencatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21 Posted: Kapal selam UUV paling sesuai ganti Bluefin-21Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR - Penggunaan kapal selam unmanned underwater vehicles (UUV) merupakan aset yang paling sesuai digunakan ketika ini untuk misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi kerana ia mampu menyelam sehingga 6,000 meter ke dasar lautan. Pakar sistem pesawat dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Dr. Mohd. Harridon Mohd. Suffian (gambar kecil) berkata, UUV yang biasanya digunakan untuk tujuan pemetaan dasar laut itu merupakan aset terbaik untuk menggantikan Bluefin-21 yang hanya boleh menyelam sehingga 4,000 meter. "Jika kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 yang digunakan sekarang masih belum berjaya mengesan serpihan pesawat MH370, teknologi sonar kapal selam tanpa manusia itu (UUV) mampu mengesan serpihan pesawat di kawasan lebih dalam. "Ada tempat yang dalam di Lautan Hindi mempunyai kawasan berlekuk dan bergunung yang menyukarkan pencarian yang dilakukan oleh Bluefin-21," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Bluefin-21 telah memulakan misi kelapannya kelmarin di kawasan pencarian, namun masih gagal mengesan serpihan pesawat selepas tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak 8 April. Mohd. Harridon yang berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal menambah, operasi pencarian menjadi lebih sukar walaupun menggunakan peralatan sonar di dasar Lautan Hindi disebabkan tiada serpihan pesawat ditemui. "Pesawat MH370 mungkin mendarat secara 'soft landing' dan tenggelam sebagai satu objek besar di dasar Lautan Hindi sehingga menyukarkan sonar mengesannya kerana ketidakupayaan peralatan itu hingga ke dasar berkenaan. "Dalam keadaan kesukaran pencarian di Lautan Hindi itu, tiada lagi alat lebih canggih kecuali sonar kapal selam yang boleh bergerak ke jauh dasar Lautan Hindi," jelasnya. | |
Posted: Pesawat MH192 mendarat cemasOleh MOHD. TURMADZI MADUN dan SUHANA MD. YUSOP PESAWAT MH192 yang menuju ke Bangalore terpaksa berpatah balik ke KLIA dan melakukan pendaratan cemas selepas satu tayarnya pecah semasa berlepas. Gambar kecil, tayar pesawat yang pecah. KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA semalam kerana salah satu tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pecah semasa kapal terbang itu berlepas. Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, kejadian tersebut dikesan pada pukul 10.25 malam iaitu 16 minit selepas pesawat itu berlepas. Berikutan itu, kata beliau, pesawat yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu diarahkan berpatah balik ke KLIA. Selepas berlegar-legar selama empat jam di udara, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas dengan selamat pada pukul 1.56 pagi. Khairunnisak memberitahu, semua penumpang dan anak kapal tidak cedera. Semasa kejadian, pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak bersama dengan pembantu juruterbang, Prakash Kumar. Semua penumpang kecuali tujuh orang kemudian berlepas dengan penerbangan lain ke Bangalore dari KLIA pada pukul 3.30 petang dan tiba di sana pada pukul 5 petang pada hari sama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |