Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Petunjuk baharu lokasi MH370
PERTH - Misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak 8 Mac lalu mendapat petunjuk baharu apabila sebuah kapal China dan Australia mengesan isyarat dipercayai dari kotak hitam pesawat MH370. Sebuah kapal China, Haixun 01 mengesan isyarat elektronik tersebut yang dipanggil ping di 25 darjah latitud selatan dan 101 latitud timur di selatan Lautan Hindi. Isyarat itu dikesan pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan tengah hari kelmarin. Sebuah pesawat China turut mengesan beberapa objek putih di satu lokasi kira-kira 90 kilometer dari isyarat dikesan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
37.5 kHz frekuensi untuk kotak hitam Posted: 37.5 kHz frekuensi untuk kotak hitamKUALA LUMPUR - Isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat di perairan selatan Lautan Hindi mungkin menjadi petunjuk terbesar kepada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana ia merupakan frekuensi untuk sebuah kotak hitam pesawat. Pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa dan Penyelidikan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad berkata, isyarat detik frekuensi itu turut meningkatkan peluang penemuan kotak hitam milik pesawat Boeing 777-200 MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tikam mati ibu, remaja direman Posted: Tikam mati ibu, remaja diremanOleh MULLER ASEN MIRI – Seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh ibunya dengan menikam dan mengelar wanita itu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut yang berlaku di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini kelmarin. Perintah tahanan reman sehingga 13 April ke atas remaja itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |