Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Ocean Shield kesan dua isyarat Posted: Ocean Shield kesan dua isyarat
PERTH - Sebuah kapal Australia yang melakukan pencarian pesawat Malaysia yang hilang di selatan Lautan Hindi mengesan dua kali isyarat denyut pada malam Ahad lalu, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini pada malam Ahad lalu. Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, isyarat pertama yang dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield merekodkan isyarat selama dua jam dan 20 minit dan isyarat kedua selama 13 minit. "Dipercayai isyarat itu datang dari dua sumber iaitu perakam data pesawat serta perakam suara kokpit dan ia adalah petunjuk yang memberi harapan baharu," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Penyakit jantung pembunuh utama Posted: Penyakit jantung pembunuh utamaOleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
KUALA LUMPUR - Pekerja yang obses bekerja lebih masa sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta wajar berhati-hati kerana mereka dikenal pasti sebagai golongan paling mudah terdedah kepada penyakit jantung yang membawa maut. Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana di Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, mereka yang bekerja lebih masa berdepan tekanan dan berakhir dengan stres yang mengganggu sistem peredaran darah ke jantung. Beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih buruk apabila stres menyebabkan seseorang tidak mengambil peduli jenis makanan yang diambil. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Projek kereta api laju siap 2020 Posted: Projek kereta api laju siap 2020Oleh SUHANA MD. YUSOP PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura optimis pembinaan sistem kereta api laju Malaysia-Singapura (HSR) akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun sasaran untuk menyiapkan HSR merupakan sesuatu yang mencabar tetapi jadual projek itu tidak akan diubah pada masa ini. Beliau berkata, kedua-dua negara menyokong kuat pelaksanaan projek itu dan kumpulan kerja HSR digesa bekerja keras untuk memenuhi sasaran jadual pembinaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |