{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah dicabar

Posted:

Sultan Ahmad Shah dicabar

Sultan Ahmad Shah dicabar

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Hamidin (kanan) dan Datuk Seri Afandi Hamzah menjawab soalan wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


BUAT pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dicabar pada Mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 25 Mei depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan bahawa terdapat tiga calon yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Presiden yang masih disandang baginda.

"Saya ingin memaklumkan bahawa ada tiga nama telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Mesyuarat Kongres Ke-50.

"Selain jawatan Presiden, dua jawatan untuk Timbalan Presiden mendapat 10 pencalonan manakala empat jawatan bagi Naib Presiden (17 pencalonan).

"Sepuluh jawatan bagi pegawai lelaki Exco FAM mempunyai seramai 35 pencalonan termasuk 11 pencalonan bagi dua kerusi Exco FAM pegawai wanita," kata Hamidin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Presiden FAM bagi penggal 2010-2014 selepas baginda menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Kongres ke-47 lalu.

Tahun ini tampak sedikit kelainan kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan bakal bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Biarpun sebelum ini ada beberapa laporan mendedahkan bahawa Sultan Ahmad Shah seperti mahu melepaskan jawatan selaku Presiden FAM atas faktor masalah kesihatan, baginda tetap dicalonkan untuk bertanding.

Ahli-ahli gabungan FAM masih menaruh kepercayaan penuh kepada Sultan Ahmad Shah dalam usaha mempertahankan kerusi tertinggi FAM itu selama satu penggal lagi.

Apa yang pasti, ketiga-tiga calon ini memiliki karakter dan kelebihan tersendiri.

Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah dan Tunku Ismail merupakan individu-individu yang mementingkan semangat kesukanan dan cintakan bola sepak negara.

Begitupun, Tengku Abdullah dijangka hanya berminat untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden FAM jika benar ayahandanya, Sultan Ahmad Shah masih bertanding dalam Mesyuarat Kongres ke-50 bagi penggal 2014-2018.

Dalam perkembangan sama, Hamidin mengesahkan nama-nama calon akan diumumkan selewat-lewatnya pada akhir bulan ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa tarikh tutup pencalonan ditetapkan pada pukul 5.30 petang 24 Mac lalu.

"Bagaimanapun, pihak urus setia akan memaklumkan kepada semua calon sama ada mahu menerima atau menolak pencalonan tersebut.

"Nama-nama yang ingin bertanding akan diumumkan mengikut Statut FAM iaitu sebulan sebelum Mesyuarat Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei depan.

"Kami menjangkakan FAM akan mendapatkan pengesahan daripada calon-calon ini pada pertengahan atau akhir bulan ini," katanya.

Wan Zack tiada dalam senarai KAFA?

Posted:

Wan Zack tiada dalam senarai KAFA?

Wan Zack tiada dalam senarai KAFA?


DARI kiri: Brendan Gan, Wan Zack Haikal dan Fitri Omar diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan di Bangunan MARA, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.


KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk tidak mendaftarkan pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati bola sepak negara.

Kelibat Wan Zack Haikal menjadi perhatian selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa KAFA hanya mendaftarkan dua pemain tempatan iaitu Brendan Gan yang baru mendapat kerakyatan Malaysia manakala pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Fitri Omar pada musim kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya hanya menerima dua pendaftaran iaitu Brendan Gan dan Fitri.

Bagaimanapun, KAFA turut menggugurkan seorang lagi pemain tempatan iaitu Lim Choon Wee.

KAFA memperkenalkan ketiga-tiga pemain baharu tersebut di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada 24 Mac lalu.

Persatuan negeri yang sudah mempunyai 24 pemain sebelum mengugurkan Choon Wee mengakui bahawa mereka hanya perlu 'menyingkirkan' seorang pemain tempatan bagi mencukupkan kuota 26 pemain dalam sesebuah pasukan seperti mana yang disyaratkan oleh FAM.

Begitupun, KAFA masih belum mendaftarkan Wan Zack biarpun mereka telah menggugurkan Choon Wee dan tindakan itu menimbul rasa hairan dalam kalangan pemerhati bola sepak negara biarpun mereka telah berjaya mendapatkan khidmat pemain kelahiran Pahang itu daripada kelab Jepun, FC Ryukyu.

"Kami dimaklumkan bahawa Kelantan (KAFA) telah mengadakan perbincangan dengan tiga pemain itu iaitu Fitri, Brendan Gan dan Wan Zack. Cuma, sehingga saat ini (semalam), permohonan untuk mendaftarkan Wan Zack masih belum kami terima.

"Kami hanya mengesahkan pendaftaran Brendan Gan dan Fitri. Saya tidak pasti sama ada KAFA gagal mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) tetapi saya akan menyemak apa yang berlaku," kata Afandi selepas selesai Mesyuarat JKPT FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan sama, Afandi memberitahu, FAM telah menerima pendaftaran daripada pasukan-pasukan yang mempersiapkan skuad masing-masing dalam menghadapi Liga M musim ini selain Kelantan.

"Setakat hari ini (semalam) dari jumlah pasukan yang membuat pendaftaran pemain, beberapa pasukan telah melakukan pertukaran (pemain) yang mana Sarawak menukarkan dua pemain import mereka.

"Pasukan-pasukan Liga Premier (seperti) KL SPA, Felda United dan Sabah turut menukar pemain import.

"Begitu juga dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) dua pemain tempatan yang baharu, Sabah (satu pemain) dan DRB Hicom (satu pemain). Itulah pemain yang didaftarkan setakat hari ini (semalam)," ujarnya.

Sementara itu, Afandi turut mengumumkan jadual separuh akhir kedua Piala FA telah diubah bagi mengurangkan jadual ketat Liga M musim ini.

"Kami turut meneliti jadual pertandingan dan kami berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan jadual yang padat. Kami bersetuju untuk meminda jadual separuh akhir Piala FA.

"Aksi separuh akhir pertama tetap berjalan seperti yang dirancang pada 5 dan 6 Mei depan,

"Namun, untuk timbal balik kedua, ia diadakan pada 30 dan 31 Mei dan final Piala FA tahun ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jun depan," katanya.

Tarikh tutup pendaftaran pemain tempatan untuk musim kedua perpindahan adalah 22 April manakala bagi pemain asing 19 April ini.

Salibasic kembali perkuat Sarawak

Posted:

Salibasic kembali perkuat Sarawak

Salibasic kembali perkuat Sarawak

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SALIBASIC (kanan) disahkan hampir pulih seratus peratus selepas lebih dua bulan berehat kerana mengalami kecederaan lutut.


PRESTASI tidak menentu yang menyelubungi kem Sarawak dalam kempen Liga Super musim ini seperti sudah ada jalan penyelesaiannya.

Satu perkhabaran gembira buat skuad Bujang Senang apabila tonggak utama, Muamer Salibasic disahkan hampir seratus peratus pulih selepas lebih dua bulan berehat akibat kecederaan lutut.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts memberitahu, mereka dijangka akan menggunakan semula khidmat penyerang sensasi kelahiran Bosnia itu yang direhatkan pada pusingan kedua liga, 11 April ini.

Alberts berkata, Salibasic, 30, yang mengalami kecederaan serius di lutut kanannya pada aksi sulung musim ini ketika berhadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 18 Januari lalu sudah mendapat 'lampu hijau' daripada doktor yang merawatnya.

"Hasil laporan doktor, kecederaan Salibasic sudah berada pada tahap akhir untuk pulih sepenuhnya.

"Namun, kami tidak mahu terburu-buru menurunkannya dan dia dijangka diturunkan pada pusingan kedua liga nanti (11 April ini) ketika berhadapan Terengganu di gelanggang lawan," kata Alberts ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau juga optimis kehadiran semula tonggak utama yang membantu Sarawak menjuarai trofi Liga Premier tahun lalu itu bakal membentuk satu kombinasi ampuh di bahagian serangan skuad Bujang Senang bersama-sama dua lagi rakan baharunya iaitu Hassan Mohamad, 25, dan Ryan Griffiths, 32.

Meskipun timbul isu bahawa Salibasic bakal dilepaskan sebelum ini, Alberts menegaskan bahawa beliau seboleh-bolehnya mahu Salibasic kekal di Sarawak kerana pemain itu mempunyai karakter tersendiri.

Dalam perkembangan lain, Alberts menjelaskan, kekosongan di posisi pertahanan tengah akibat penggantungan satu perlawanan Gabor Gyepes dalam pertemuan dengan Terengganu malam esok bakal diisi oleh Mohd. Hairol Mokhtar.

"Gyepes tidak dapat beraksi pada aksi menentang Terengganu, Jumaat ini (malam esok) kerana mengumpul tiga kad kuning dan digantung satu perlawanan.

"Ia tidak begitu membimbangkan kerana saya percaya Mohd. Hairol mampu menggalas tugas tersebut bersama-sama Ronny (Harun)," katanya.

Alberts berkata, kecederaan Mohd. Rashid Aya (penyerang) dan Mafry Balang (pertahanan) ketika bertemu Johor Darul Takzim (Johor DT), Sabtu lalu juga tidak membimbangkan dan mereka akan beraksi pada perlawanan menentang Terengganu.

Kini, Sarawak menghuni tangga ketujuh Liga Super dan akan turun dalam perlawanan ke-11 bertemu Terengganu di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

Sarawak sekadar mengutip satu mata sepanjang tiga aksi terakhir liga selepas tewas 1-3 kepada Pahang, 0-2 kepada Selangor dan terikat 1-1 dengan Johor DT.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat