Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Hubungan erat media, Tentera Darat Posted: Hubungan erat media, Tentera DaratOleh ZAKI SALLEH
DALAM kalangan warga Tentera Darat (TD), Lapang Sasar Sungai Menyala Port Dickson, Negeri Sembilan meninggalkan kenangan pahit mahupun manis terutama semasa bergelar rekrut. Di sinilah buat pertama kali kemahiran asas para rekrut iaitu menembak diuji dan diasah sepanjang enam bulan mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Perajurit (Pusasda) sehingga mahir. Justeru, pemilihan lapang sasar tersebut sebagai lokasi program Hari Media Bersama Tentera Darat baru-baru ini mempunyai singnifikan tersendiri. Program berkenaan dikelolakan oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (Tradoc) dengan kerjasama Sel Perhubungan Raya TD melibatkan seramai 81 petugas media cetak dan elektronik. Selaku tuan rumah, Panglima Latihan TD, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki menyambut ketibaan para media kira-kira pukul 9 pagi diikuti penerangan ringkas aktiviti program sehari itu. Acara pertama bermula selepas sarapan iaitu menembak menggunakan raifal M4 Carbine. Terlebih dulu, para media yang dibahagikan kepada 20 kumpulan ditunjukkan cara-cara pengendaliannya. Bagi pengamal media yang pertama kali berpeluang menembak senjata api perasaan teruja sukar disembunyikan. Program yang berlangsung dalam suasana santai itu diselangselikan dengan beberapa demonstrasi kemahiran pasukan di bawah pemerintahan Tradoc. Antaranya, Institut Kejuruteraan TD (Ijed), Institut Kejuruteraan Komunikasi dan Elektronik TD (Iked), Pusat Latihan Artileri (Pusarti), Pusat Latihan Kor Polis Tentera (Pulapot) serta Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (Pulmat). Pengamal media dipertontonkan dengan kepakaran Tim Pembaikan Hadapan (FRT) dari Ijed membaik pulih kenderaan di medan tempur, manakala Iked pula mempamerkan tatacara perhubungan radio TD. PENGAMAL media menguji kemahiran menembak menggunakan raifal M4 Carbine. Tangkas Kecekapan anggota membuka dan memasang meriam Pack Howitzer L5/105 untuk diatur gerak melepasi halangan pula ditunjukkan oleh para pelatih dari Pusarti. Meriam kompak buatan Itali yang boleh menembak ke sasaran sejauh 10 kilometer (km) digunakan TD sejak tahun 1960-an ini merupakan tulang belakang bagi memberikan tembakan bantuan termasuk semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah tahun lalu. Tidak kurang hebatnya ialah demontrasi menumpaskan enam penjenayah menerusi seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata (TTS) oleh anggota Polis Tentera Tentera Diraja (KPTD) dari Pulapot yang cukup mendebarkan. TTS adalah kemahiran wajib pegawai dan anggota KPTD yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan disiplin dalam kalangan TD. Kemuncak program ini ialah acara menembak jatuh piring novelti yang menggabungkan pegawai-pegawai kanan TD bersama pengamal media. Selain Panglima TD, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, acara disertai Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. Gelaran juara milik kumpulan Rejimen Sarjan Mejar TD diketuai Pegawai Waren I Musa Haron setelah menjatuhkan kesemua piring dalam tempoh masa paling singkat. Sepanjang program ini, para pengamal media dijamu masakan yang cukup membuka selera hasil air tangan penuntut-penuntut Kursus Pramusaji Pulmat menggunakan dapur medan selain dihiburkan persembahan akuistik Kugiran Pulmat. Kerjasama Sementara itu, Raja Mohamed Affandi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, program tersebut mencapai matlamatnya untuk mendedahkan petugas media terhadap fungsi dan peranan TD. Jelas beliau, media mempunyai peranan besar dalam memastikan ketepatan laporan mengenai TD. Katanya, media arus perdana harus memainkan peranan dalam memperbetulkan apa jua pemikiran negatif masyarakat yang cuba disemai menerusi maklumat mengelirukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Maklumat yang benar dan tepat perlu disebar luas kepada masyarakat umum dan kedua-duanya, hasil penulisan serta paparan berita ini dapat memberi suntikan semangat serta moral warga TD," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |