Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Ilmu sains dalam Islam dibukukan Posted: Ilmu sains dalam Islam dibukukanOleh NIZHA PERIASWAMY
KEMAJUAN sains dan teknologi dalam dunia pada abad ke-21 tidak boleh dipertikai. Namun, apa yang menarik, bagi setiap logik di sebalik sains, kitab al-Quran, tokoh-tokoh Islam dan pendidik Islam telah memainkan peranan penting. Ini kerana, kebangkitan Islam bukan hanya terhad dalam elemen keagamaan tetapi meliputi bidang sains yang mungkin kurang didedahkan kerana dibayangi kemajuan sains dan teknologi dunia barat. Nama-nama seperti Ibn Sina, Al-Farabi, Al-Razi, Al-Ghazali, Al-Jazari, Al-Biruni, Al-Haytham, Al-Kindi dan Ibnu Khaldun antara tokoh tersohor dalam kebangkitan ilmu sains seperti perubatan, matematik, astronomi, biologi dan sebagainya. Buku-buku rujukan mengenai ilmuwan Islam dan sains dalam Islam yang masih kurang dan sangat terhad menjadi penyebab ketiadaan penghargaan terhadap sains Islam khususnya dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Sebagai penghargaan kepada kekayaan sains Islam dan menghayati intipati hal ehwal sains keIslaman, satu kerjasama penerbitan buku bertajuk, Natural Science From The World View Of The Qou'an: An Introduction dimeterai antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBN) dengan pengarang tersebut, Tan Sri Profesor Dr. Muhamad Kamal Hassan. Ilmuwan tersohor yang pernah dinobatkan sebagai Profesor Ulung ini tampil dengan usaha agar ia dapat menjadi medium bagi mengetengah kajian sains secara menyeluruh dari perspektif Islam berasaskan al-Quran sebagai rujukan. "Ia akan menumpu kepada hal-hal sains meliputi biologi, kimia dan fizik tanpa merujuk mana-mana pandangan barat atau sekular, tetapi hanya al-Quran," kata Muhamad Kamal. METERAI. Mohd. Khairi (kiri) bertukar dokumen dengan Muhamad Kamal sambil disaksikan Mahmood Zuhdi (dua kanan) pada majlis menandatanganani perjanjian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rujukan Muhamad Kamal memberitahu, buku tersebut akan mempraktis konsep Ulul Albab, satu istilah yang dipetik melalui kitab suci al-Quran dan dipelopori pengkajiannya oleh ramai para cendekiawan Islam termasuk para sarjana barat seluruh dunia. Pemeteraian buku ini diadakan bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBN, Mohd. Khair Ngadiron selaku penerbit buku itu dan disaksikan oleh Dekan Intitut Kefahaman dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid selain dihadiri semua penulis yang terlibat dalam penghasilan buku itu. Muhamad Kamal yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan masih lagi berkhidmat sebagai profesor telah menerima geran bagi melaksanakan penyelidikan itu. Geran tersebut dimanfaatkan bagi menghasilkan buku yang menghimpun penulis dalam kalangan ahli akademik Islam yang berdedikasi selain bertanggungjawab penuh menjaga ketepatan fakta yang terkandung dalam buku tersebut. Buku Natural Science From The World View Of The Qou'an: An Introduction akan diterbitkan dalam tiga jilid merangkumi tema dengan pecahan mengenai Sains dan Premis Falsafahnya dalam jilid pertama, Tenaga serta Kuasa dan Gerakan dalam jilid kedua serta Alam Sekitar: Pengurusan, Keseimbangan, Kemapanan dan Kesinambungan Hidup; Teknologi dan Pembangunan serta Astronomi dan Penerokaan Angkasa. "Saya percaya buku ini akan menjadi rujukan yang baik untuk golongan pelajar menengah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam. Buku ini dijangka dipasarkan ke seluruh negara termasuk Singapura, Filipina, Brunei, Kanada dan United Kingdom," katanya sambil memberitahu ia bakal disusuli dengan versi dalam bahasa Melayu pada tahun hadapan. | |
Posted: Kelab Caring UIAM kutip danaKarnival Caring 2014 dianjurkan bertujuan mengutip dana dan sumbangan bagi program bersama anak-anak yatim di samping melahirkan kesedaran membantu golongan yang kurang berkemampuan. KARNIVAL Caring 2014 melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan serta golongan anak-anak yatim. SEJAK 12 April lalu hingga 26 April 2014, Kelab Caring Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan satu karnival dalam usaha untuk mengumpul dana tabung kelab tersebut. Dinamakan sebagai Karnival Caring 2014, program ini melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan dan golongan anak-anak yatim yang dijemput khas. Selain mengutip dana, karnival ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga universiti dan masyarakat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. KELAB Caring UIAM menganjurkan Karnival Caring 2014 dalam usaha mengumpul dana tabung kelab tersebut. Pengarah Program Karnival Caring 2014, Mohammad Ikmal Hisham Ashari berkata, pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjayakan karnival ini. Antaranya pertandingan Golden Talent Show 2.0, Caring Jaguh Kampung, Spiritual Talk on Bicara Iman, Caring Theatre Night dan Caring Charity Dinner. "Bagi Golden Talent Show 2.0, ia berlangsung pada 12 April lalu di Auditorium Mini UIAM. Acara ini menyaksikan beberapa pertandingan seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah Nabi yang akan disertai oleh anak-anak yatim dari rumah kebajikan berbeza. "Ia diikuti pertandingan permainan tradisional seperti teng-teng, galah panjang dan batu seremban melalui acara Caring Jaguh Kampung di Kompleks Sukan Wanita UIAM," ujar Mohammad Ikmal Hisham. PERTANDINGAN seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah Nabi turut disertai oleh anak-anak yatim. Turut dianjurkan ialah majlis ilmu yang dinamakan Spiritual Talk on Bicara Iman di Dewan Eksperimental, UIAM. Program bual bicara tentang percintaan, pelajaran serta pengurusan kehidupan melalui cara yang dibenarkan Islam ini akan menampilkan Ustaz Abah Mkhairi dan Ustazah Dr. Raudlotul Firdaus sebagai penceramah. Acara Caring Theatre Night di Auditorium Utama UIAM pula mempersembahkan lapan buah teater daripada produksi universiti tersebut. Acara Caring Charity Dinner akan menjadi penutup bagi penganjuran Karnival Caring tahun ini. Ia akan diadakan pada 26 April bertempat di Restoran Hadramawt, Ampang, Kuala Lumpur. "Mereka yang menyertai acara makan malam akan dihiburkan dengan persembahan khas kumpulan nasyid UNIC, pemenang pertandingan Golden Talent Show 2.0 dan persembahan terbaik dari Caring Theatre Night. "Sehubungan itu, kami berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada pelbagai agensi sama ada kerajaan mahu pun swasta bagi memeriahkan karnival ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |