{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Pandang ke hadapan dalam usaha mencari MH370, usah salahkan Malaysia - Hishammuddin

Posted:

Pandang ke hadapan dalam usaha mencari MH370, usah salahkan Malaysia - Hishammuddin

Pandang ke hadapan dalam usaha mencari MH370, usah salahkan Malaysia - Hishammuddin

15/04/2014 9:58pm



DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sewaktu Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) kali ke 14 hari ini. - KOSMO!/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata, menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya.

Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac.

"Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan.

"Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuaaa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. - Bernama

Singapura sokong cara Kerajaan Malaysia tangani kehilangan MH370

Posted:

Singapura sokong cara Kerajaan Malaysia tangani kehilangan MH370

Singapura sokong cara Kerajaan Malaysia tangani kehilangan MH370

15/04/2014 9:12pm

SINGAPURA - Menteri Pertahanan Singapura Dr. Ng Eng Hen berkata republik ini menyokong cara Kerajaan Malaysia menangani kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau juga mengulangi kenyataan bersama Menteri Pertahanan Asean baru-baru ini yang memperaku bahawa Malaysia "telah melakukan dengan sebaik mungkin dalam responsnya terhadap kejadian yang belum pernah berlaku itu dan melibatkan operasi mencari dan menyelamat terbesar serta yang paling rumit pernah kita lihat."

Dr. Ng, yang berada di Kuala Lumpur pada Isnin untuk menghadiri Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-14 dan Forum Putrajaya ketiga, juga menyampaikan ucapan simpati mendalam beliau kepada kerajaan Malaysia dan keluarga penumpang pesawat MH370.

Katanya, seperti rakyat Malaysia, rakyat Singapura juga berdoa dan mengharapkan tragedi dalam sejarah penerbangan ini akan segera sampai ke penghujungnya.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini oleh Kementerian Pertahanan. - Bernama

Tempoh catuan air ditentukan selewat-lewatnya minggu depan

Posted:

Tempoh catuan air ditentukan selewat-lewatnya minggu depan

Tempoh catuan air ditentukan selewat-lewatnya minggu depan

15/04/2014 9:10pm

SHAH ALAM - Keputusan mengenai pelan catuan air di Lembah Klang dijangka dibuat selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak yang terlibat termasuk syarikat konsesi air sama ada mahu meneruskan pelan itu atau menghentikannya.

"Setakat ini air hanya naik satu peratus sahaja di empangan, namun kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini dan perkara berkaitannya akan saya umumkan selepas perbincangan itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi mana-mana pihak yang mahu menyaman kerana tidak berpuas hati dengan masalah bekalan air yang dihadapi sekarang.

"Keputusan (mencatu air) dibuat berasaskan jumlah air yang ada sekarang.

"Malah ia dibuat di bawah satu jawatankuasa yang dianggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta pihak berkuasa tempatan dan kita bersedia menerangkan tentang perkara ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan ada pihak yang ingin mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri kerana gagal menyediakan bekalan air berterusan untuk pengguna di negeri itu dan telah mengenakan catuan air sejak Mac lepas.

Catuan peringkat pertama bermula 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dan kini meliputi peringkat keempat melibatkan 6.7 juta pengguna. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat