{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Penumpang wanita hilang ketika feri berlabuh di Singapura

Posted:

Penumpang wanita hilang ketika feri berlabuh di Singapura

Penumpang wanita hilang ketika feri berlabuh di Singapura

19/04/2014 9:57pm

SINGAPURA - Seorang penumpang wanita warga Singapura dilaporkan hilang ketika sebuah feri yang didaftar di Singapura, 'Sindo Empress' berlabuh di Terminal Feri Tanah Merah di sini pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, MPA menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Feri itu berlepas dari Tanjong Pengelih, Malaysia, pada pukul 7.30 pagi.

MPA segera memaklumkan kehilangan wanita itu kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

MPA dan Maritim Malaysia ketika ini mengadakan operasi mencari dan menyelamat dalam lingkungan perairan masing-masing di sepanjang laluan yang diikuti feri itu dengan dibantu Polis Pengawal Pantai Singapura.

Lima bot masing-masing tiga daripada MPA dan dua daripada PCG turut digerakkan dalam operasi itu. - Bernama

TKKMM diagih kepada dua negeri - Ahmad Shabery

Posted:

TKKMM diagih kepada dua negeri - Ahmad Shabery

TKKMM diagih kepada dua negeri - Ahmad Shabery

19/04/2014 8:10pm

KEMAMAN - Sebanyak RM352,258 hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) akan dibahagikan kepada dua negeri yang dilanda banjir teruk, awal Disember tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah kutipan TKKMM akan dibahagikan sama rata kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dan Pahang dengan setiap negeri akan memperoleh sebanyak RM176,129.

Menurutnya, penerimaan orang ramai terhadap kaedah derma menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kini membuahkan hasil positif dan mendapat sambutan mengalakkan.

"Kita sedar ada orang nak beri sumbangan tetapi tidak tahu saluran manakah yang sesuai dan memudahkan mereka. Justeru, kita telah lancar dan perkenalkan kaedah kutipan derma menerusi SMS ini bermula dengan bantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina November tahun lalu dan ia dilihat memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kutipan wang TKKMM berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan wakil negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri dalam majlis ringkas di sini hari ini. - Bernama

Nancy selar kontraktor tidak bertanggungjawab

Posted:

Nancy selar kontraktor tidak bertanggungjawab

Nancy selar kontraktor tidak bertanggungjawab

19/04/2014 7:59pm

KUCHING - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri hari ini menyelar kontraktor yang gagal menyiapkan beberapa projek kerajaan.

"Akibat masalah yang dihadapi kontraktor ini, sesetengah projek kerajaan, sama ada lambat atau tidak dapat disiapkan.

"Ini menyusahkan rakyat dan memberi masalah kepada kerajaan," katanya selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepada pasukan wushu Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak yang akan mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Dunia Wushu Zhooghwa pertama dari 24 hingga 29 April di Taichung City, Taiwan.

"Kalau tak mampu, jangan melobi untuk mendapatkannya. Anda tentu tahu kemampuan anda sendiri," katanya. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat