Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang
- Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah
- Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan
Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang Posted: Empat termasuk seorang warga Singapura lemas di Pahang20/04/2014 10:45pm KUANTAN - Empat, termasuk seorang warga Singapura, mati lemas dalam tempoh 30 jam dalam insiden berasingan di Pahang. Insiden pertama membabit seorang wanita warga Singapura yang lemas di perairan berhampiran Taman Laut di Pulau Tioman ketika melakukan aktiviti menyelam pagi semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata mangsa, Sim Qiu Yan, 30, dilaporkan lemas pada kira-kira 11.55 pagi. "Mangsa memasuki perairan Tioman bersama-sama lapan lagi rakan senegaranya yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita pada 17 April lepas. "Mereka kemudian dikatakan menyewa sebuah bot milik syarikat dari Mersing untuk melakukan aktiviti menyelam itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata mayat mangsa ditemui pukul 10 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Dalam kejadian terbaru petang tadi, keseronokan tiga sekawan menghabiskan cuti hujung minggu mandi-manda di Pantai Balok berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas. Mangsa ialah Aman Ahmad, 24, dari Felda Bukit Kuantan dan Wan Mohd. Akram Wan Yusof, 25, dari Bukit Goh di sini manakala rakan mereka, Muis Md. Nor, 21, dari Bukit Kuantan sempat diselamatkan pengawal pantai dan kini menerima rawatan di HTAA. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.40 petang. "Kejadian dipercayai berlaku pukul 4.20 petang dan mangsa pertama, Aman Ahmad berjaya ditemui pada 4.21 petang oleh orang awam. "Mangsa kedua pula, Wan Mohd. Akram Wan Yusof, ditemui pada 6.25 petang berhampiran lokasi mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita hari ini. Beberapa minit sebelum itu, di Pantai Teluk Chempedak, seorang pelajar tingkatan dua Tan Chong Kit dari Taman Tas, lemas ketika mandi bersama-sama beberapa rakannya berhampiran kawasan berbatu. Anuar berkata mayat mangsa ditemui pada 7.10 petang oleh pasukan penyelamat. "Kesemua mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat," katanya. - Bernama |
Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah Posted: Pesara kerajaan temui bayi atas bumbung rumah20/04/2014 9:58pm SANDAKAN - Lagi kes buang bayi. Kali ini ada individu sanggup memanjat bumbung rumah seorang pesara kerajaan melalui tangki air yang terletak di bahagian belakang kediamannya semata-mata untuk tujuan itu. Bagaimanapun, bayi lelaki itu, yang cukup sifat dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan dan diletak dalam bungkusan plastik, bernasib baik apabila tangisannya didengar pesara berkenaan. Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, pesara kerajaan berusia 59 tahun itu, yang tinggal di Taman Merpati Batu 7 dekat sini, membuka tingkap selepas mendengar bunyi tangisan bayi dari atas bumbung dan melihat satu bungkusan berada di situ. Ketika itu, tangisan bayi berkenaan sudah berhenti. Rowell berkata, pesara itu kemudian ke rumah iparnya di kawasan berhampiran dan pemeriksaan ke atas bungkusan terbabit mendapati ada bayi di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis pada 11.15 malam, semalam. Beliau berkata bayi malang itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent dan kini dalam keadaan sihat. Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Bernama |
Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan Posted: Tiada kes baharu MERS-CoV dikesan - Ketua Pengarah Kesihatan20/04/2014 9:08pm KUALA LUMPUR - Tiada kes baharu jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dilapor sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, 79 sampel yang diambil daripada kontak rapat yang bergejala dan tidak bergejala juga negatif jangkitan MERS-CoV. Sampel 17 anggota kumpulan dalam pakej umrah yang sama juga disahkan negatif jangkitan virus itu, katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya dengan laporan terkini itu jumlah kumulatif kekal sebagai satu kes kematian. Semalam dilaporkan pemeriksaan ke atas 15 jemaah umrah yang pulang dari tanah suci bersama-sama seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat MERS-CoV, menunjukkan mereka negatif daripada jangkitan itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |