Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pengerusi Syiah Ja’fari ditahan polis
- 27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung
- Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank
Pengerusi Syiah Ja’fari ditahan polis Posted: Pengerusi Syiah Ja'fari ditahan polis21/04/2014 10:08pm KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja'fari), Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz ditahan polis hari ini untuk disiasat berhubung pertubuhan itu yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penahanan itu dibuat di Taman Sri Gombak selepas ROS membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja'fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan. "Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan laporan akan dimaklumkan sejurus selesai soal siasat dijalankan. "Segala dokumen berkaitan ada dengan pihak ROS, polis hanya membantu," katanya ketika dihubungi hari ini. Jurucakap ROS ketika ditemui Bernama di IPD Gombak pula enggan mengulas mengenai perkara itu dan memberitahu ROS akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - Bernama |
27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung Posted: 27 permit bas ekspres syarikat Transnasional digantung21/04/2014 9:56pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengantung 27 permit bas ekspres syarikat Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara berkuatkuasa Rabu ini ekoran kes kemalangan membabitkan bas syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, keputusan itu dibuat hasil pengauditan yang mendapati syarikat berkenaan tidak memantau had kelajuan selain mendapati Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) tidak berfungsi. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat lain yang terbabit dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan, Pahang jika terdapat pelanggaran syarat pelesenan serta pekeliling berkaitan. "Setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi GPS sejak 2010, dan perkara ini telah termaktub dalam syarat pelesenan. Maka setiap pengendali harus memastikan GPS sentiasa berfungsi dan dipantau sepenuhnya. "Pekeliling mengenai Pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk pengendali bas yang dikeluarkan pada tahun lepas mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama |
Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank Posted: Anak lelaki fail permohonan jadi pentadbir harta pusaka pengasas AmBank21/04/2014 9:11pm KUALA LUMPUR - Anak lelaki tunggal pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (AmBank) yang maut ditembak tahun lepas, memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah agar dilantik menjadi pentadbir harta pusaka bapanya. Pascal Ahmad Najadi, 47, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat penasihat kewangan, memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan dokumen itu hari ini ketika kes disebut di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera dengan dihadiri peguam Dharmesh Singh Penesar, yang mewakili Pascal. Mahkamah menetapkan 23 Mei untuk mendengar permohonan itu. Pascal memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah agar beliau dilantik menjadi pentadbir bagi harta pusaka bapanya, Hussain Ahmad Najadi, dengan alasan tiada sebarang hak terdahulu dan juga hak minoriti yang timbul dalam kematian tidak berwasiat itu. Pada 9 Oktober tahun lepas, Pascal memperoleh harta milik bapanya bernilai RM1.8 juta selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan tuntutan faraid beliau. Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Pascal mengikut Seksyen 50 Akta Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998. Jumlah harta RM1.8 juta yang diperoleh Pascal termasuk wang tunai RM321,195.70 dalam satu akaun bank serta harta dan saham sebuah syarikat di Labuan sebanyak 540,000 unit bernilai RM1.5 juta. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |