Utusan Online - Agrobiz
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Agrobiz |
Posted: 21 Apr 2014 12:05 AM PDT Inovasi kelapa telur antara yang dijangka muncul pada Riuh Sakan. Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan Fiesta Riuh Sakan selama tiga hari bermula Jumaat ini. Menurut kenyataan Unit Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, fiesta tersebut merupakan rentetan dari kejayaan penganjurannya pada tahun lepas sebagai menghargai sokongan pembaca. Fiesta ini yang menjanjikan pelbagai program riadah santai boleh disertai oleh semua golongan masyarakat. Malah ia juga sebagai menyokong aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara berbilang kaum yang harmoni dan turut mendukung aspirasi kerajaan dalam penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2014," kata kenyataan tersebut. Pelbagai acara dan program telah dirancang sepanjang tiga hari itu yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat dalam usaha merapatkan hubungan antara penganjur dan pengunjung. Yang menariknya, selain beberapa rakan strategik yang akan turut memeriahkan fiesta tersebut, seperti 100 Plus, Nescafe, ADABI, Prosboc, A Famosa, Lipton, Fair n Lovely, penyertaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dijangka mencuri tumpuan. Menurut penganjur, penyertaan MARDI kali ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung yang berminat kepada aktiviti berkaitan pertanian. Penglibatan MARDI 1 Pameran Teknologi Mempamerkan bagi teknologi MARDI yg telah dikomersialkan untuk makluman umum. 2 Jualan Buku Teknologi MARDI Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI akan membuka gerai jualan buku-buku ilmiah mengenai teknologi dan kajian MARDI sepanjang lebih 40 tahun MARDI ditubuhkan. 3 Jualan Biji Benih Pokok Buah-Unit Biji Benih dan bahan tanaman MARDI akan membuat jualan anak pokok dan biji benih,, 4 Makan Sakan Bersama MARDI MARDI akan membuat program Makan Sakan buah buahan untuk pengunjung. 5 Penglibatan MARDI dalam Rentap Xplorace Ruang pameran MARDI akan menjadi checkpoint bagi peserta Xplorace Riuh Sakan yang memerlukan peserta menjawab soalan beberapa soalan berkaitan MARDI. 6 Usahawan Bimbingan MARDI MARDI juga akan membawa usahawan bimbingan MARDI ke program Riuh Sakan. Selain dari berkongsi pengalaman dan tip, pengunjung juga berpeluang melihat produk keluaran usahawan bimbingan. Dalam pada itu, Utusan turut menawarkan harga istimewa kepada pengunjung untuk pembelian semua produk terbitan syarikat berkenaan. Setiap pembelian yang bernilai RM5 dan ke atas juga berpeluang untuk mendapat kupon cabutan bertuah yang sekali gus berpeluang memenangi produk eksklusif Kumpulan Utusan, barangan elektrik dan produk penaja. Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti penebusan kupon dengan hanya membawa sekurang-kurangnya dua keratan akhbar Utusan dan berpeluang mendapat produk eksklusif daripada Utusan. Penebusan boleh dibuat sepanjang fiesta berlangsung. Best FM yang merupakan radio rasmi fiesta akan membawa khas DJ Best FM untuk turut sama beramah mesra bersama pengunjung sepanjang fiesta. Lintas langsung di tapak fiesta juga diadakan bagi menambahkan warna-warni kepada fiesta yang dijangka akan dikunjungi lebih 10,000 orang. Antara program - Klik-klik Pose - Studio Utusan - Pemeriksaan Kesihatan Percuma - Kaunter JPJ - Lukisan karikatur - Paintball - Bestnyer! - Aktiviti sampingan - Lelong / Harga runtuh produk utusan - Jom Karaoke! (Saringan) - Pameran auto - Penebusan kupon Kosmo / Utusan - Permainan Supa Dupa/ Rumah Hantu - Rentap Xtreme Xplorace - Suka Suki Telematch - Syok Abis! Jumpa Selebriti - Norman Hakim dan Memey - Konsert Riuh Sakan! - Cabutan Utama Menang Sakan UOLS - Lelong/ Harga Runtuh produk Utusan - Pemeriksaan Kesihatan Percuma - Lukisan Karikatur Sebarang pertanyaan tentang aktiviti dan pertandingan, pengunjung boleh menghubungi 03-9232 4428 (Dino) / 4430 (Masz) / 4432 (Lieya) / 4426 (Mart) Untuk keterangan Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Hazura Ahmad HalilPenolong pengurus, Pengurusan Jenama Unit Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Tel: 03-9232 4439 / 019-312 6094 Faksimile: 03-9221 0204 E-mel: hazura.halil@utusan.com.my |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Agrobiz To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |