{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


DSA2014: Kontrak bernilai RM1.86 billion ditandatangani

Posted: 16 Apr 2014 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April - Hari ketiga Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 menyaksikan kontrak bernilai RM1.86 billion ditandatangani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain kontrak, turut ditandatangani surat terima setuju (SST), Surat Niat dan memorandum persefahaman (MOU) antara 17 syarikat industri pertahanan dan organisasi tempatan serta empat syarikat luar negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kini banyak syarikat tempatan yang bergiat didalam industri pertahanan dan ini merupakan satu perkara yang positif.

"Syarikat tempatan harus juga ada hubungan dengan institusi pendidikan tinggi dan akan kongsi luar. Ini penting kerana mereka dapat menyumbang pengalaman dan berkongsi maklumat penyelidikan, kata Hishammuddin selepas menyaksikan majlis menandatangani tersebut.

Beliau turut berkata, industri pertahanan negara perlu mempunyai satu pelan jangka masa panjang yang menyeluruh untuk menjadikan ia sebagai salah satu kepada penyumbang sumber ekonomi negara. - UTUSAN ONLINE

Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei

Posted: 16 Apr 2014 12:59 AM PDT

MELAKA 16 April - Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 Mei, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, melalui sistem itu, pembeli kenderaan boleh mendapatkan nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki tanpa perlu pergi ke negeri terbabit.

Sebagai contoh, katanya pembeli kenderaan di negeri Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor boleh memohon di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka tanpa dikenakan sebarang bayaran.

``Sistem ini bagi menampung kehendak pelanggan kerana ada pengguna jalan raya yang meminati nombor pendaftaran tertentu, jadi bagi memudahkan pelanggan maka kerajaan memudahkan pendaftaran di mana-mana negeri,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan kursus asas pegawai penguatkuasa gred N41 dan pembantu penguatkuasa gred N17 di Akademi Pengangkutan Jalan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.

Ditanya sama ada perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP JPJ mampu menampung sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan, Ab Aziz berkata sistem mySIKAP kini semakin lancar.

Sistem mySIKAP diperkenal November tahun lepas sebelum ini mengalami beberapa gangguan menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan menunggu lama ketika berurusan di pejabat-pejabat JPJ.

Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi syarikat akan dilaksanakan pada 1 Jun.

Katanya, pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu telah bermula pada 1 April lepas bertujuan mengelak kes pemalsuan dokumen.

Melalui sistem biometrik berkenaan, pemilik asal dan bakal pemilik harus hadir sendiri ke kaunter JPJ berhampiran untuk mendaftarkan cap jari masing-masing sebelum memulakan transaksi jual beli. - BERNAMA

Lapan penyokong Perak ditahan polis

Posted: 16 Apr 2014 12:47 AM PDT

IPOH 16 April - Lapan penyokong bola sepak Perak ditahan polis selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mereka yang ditahan di luar stadium itu termasuk tiga remaja bawah umur berusia 16 hingga 25 tahun. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat