Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Bantuan kewangan kepada waris MH370 diumum Khamis ini
- MH192: MAS guna pesawat lain, terbang semula ke Bangalore
- TMJ ulangi gesaan FAM baiki mutu pengadilan Liga Malaysia
Bantuan kewangan kepada waris MH370 diumum Khamis ini Posted: 21 Apr 2014 02:24 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan akan mengumumkan bantuan kewangan kepada waris penumpang MH370 selepas Jawatankuasa Waris Penumpang yang dipengerusikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin pulang... |
MH192: MAS guna pesawat lain, terbang semula ke Bangalore Posted: 21 Apr 2014 01:20 AM PDT SEPANG 21 April - Penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur awal pagi tadi kerana masalah teknikal telah berlepas semula ke Bangalore, India pada pukul 3.30 petang tadi. Penumpang kelihatan ceria dan tidak nampak ketakutan untuk menaiki pesawat tersebut. Beberapa orang penumpang yang ditemui turut menyuarakan keyakinan terhadap juruterbang dan krew penerbangan MAS. - UTUSAN ONLINE |
TMJ ulangi gesaan FAM baiki mutu pengadilan Liga Malaysia Posted: 21 Apr 2014 12:55 AM PDT KUALA LUMPUR 21 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi gesaan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperbaiki mutu pengadilan Liga Malaysia yang dikatakan semakin merosot. Baginda yang kecewa dengan kelemahan mutu pengadilan aksi Liga Perdana antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan UiTM FC pada Sabtu lalu, bagaimanapun menyelar tindakan pengurus pasukan JDT II, On Jabbar yang dikatakan bertindak menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas perlawanan berkenaan. "Bagaimanapun, saya tetap menyebelahi beliau (On) dan mengakui akan sumbangan beliau kepada negeri dan PBNJ serta saya amat memahami akan kekecewaannya. "Dari ini, seluruh negara dapat melihat betapa lemahnya mutu pengadilan yang berada di bawah pengurusan FAM. Pengadil ini merupakan pengadil yang sama yang terlibat dalam kontroversi (aksi Liga Super antara JDT) dengan pasukan Sarawak). "Saya berharap bahawa kita dapat melihat peningkatan dalam mutu pengadilan untuk semua perlawanan pada masa akan datang supaya insiden seperti ini tidak berulang lagi," kata baginda sebagai dipetik daripada laman Facebook rasmi JDT, hari ini. Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor turut mencadangkan supaya FAM menubuhkan struktur pengadilan profesional sambil menawarkan kesediaan baginda sekiranya badan induk bola sepak kebangsaan itu kekurangan sumber untuk melaksanakan perkara berkenaan. Pada perlawanan berkenaan, On dikatakan telah menumbuk muka Sukri selepas berang dengan beberapa keputusan yang disifatkan berat sebelah oleh Sukri selain menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong tuan rumah. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |