Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Bas dua tingat dihentikan sementara di laluan berbahaya
- Kadar dividen SSPN-i 4.25 peratus
- MH370: Pencarian udara ditangguh kerana taufan Tropika Jack
Bas dua tingat dihentikan sementara di laluan berbahaya Posted: 22 Apr 2014 03:14 AM PDT Oleh NAZMIL NASIRUDDIN PUTRAJAYA 22 April - Penggunaan bas dua tingat akan dihentikan buat sementara waktu di laluan tinggi dan berbahaya bermula bulan depan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, laluan terlibat adalah Bukit Fraser, Gunung Jerai, Bukit Tinggi, Cameron Highland, Genting Highland, dan Bukit Larut. Beliau berkata, penangguhan ini akan dibuat sehingga kajian mengenai perkhidmatan bas dua tingkat itu selesai. "Pada masa sama, semua pemandu bas ekspres dikehendaki menjalani ujian air kencing di setiap terminal bas seluruh negara berkuatkuasa hari ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Kadar dividen SSPN-i 4.25 peratus Posted: 22 Apr 2014 01:49 AM PDT KUALA LUMPUR 22 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun lalu adalah sebanyak 4.25 peratus. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM36.15 juta. "Kadar yang diberikan ini adalah lebih tinggi daripada kadar faedah atau keuntungan untuk akaun simpanan yang diberikan oleh kebanyakan institusi kewangan. "Pemberian kadar dividen yang tinggi ini diharap menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pembukaan akaun serta penambahan deposit SSPN-i," katanya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Majlis Pelancaran Sahabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Peringkat Nasional dan Penyampaian Hadiah Simpanan Perdana SSPN-i di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE |
MH370: Pencarian udara ditangguh kerana taufan Tropika Jack Posted: 22 Apr 2014 12:27 AM PDT PERTH 22 April - Aktiviti pencarian udara bagi mengesan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang terpaksa ditangguhkan pada Selasa berikutan keadaan laut bergelora dan jarak penglihatan yang terhad ekoran angin kencang Taufan Tropika Jack. Keadaan cuaca itu akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara tidak berkesan dan berbahaya, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian berkenaan. Operai mencari pesawat malang itu memasuki hari ke-46, hari ini. Menurut laporan Biro Meteorologi Australia, kelajuan tertinggi angin taufan itu dicatat ialah pada 130 kilometer sejam, pada 20 Feb lepas. Ia merupakan taufan ketiga musim ini dan boleh berubah menjadi ribut yang sangat ganas. Bagaimanapun, JACC memaklumkan sepuluh kapal yang terlibat dalam pencarian pada Selasa akan meneruskan aktiviti sebagaimana dirancang. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |