Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Pemaju disyaratkan hantar sisa pepejal ke Sungai Kertas
- Tiada kes baharu MERS-CoV
- Pasukan keselamatan Filipina hampiri lokasi mangsa culik disembunyi
Pemaju disyaratkan hantar sisa pepejal ke Sungai Kertas Posted: 28 Apr 2014 03:15 AM PDT KUALA LUMPUR 28 April - Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan di bandar raya ini akan diwajibkan menghantar semua sisa pepejal pembinaan ke Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas, Gombak sebagai syarat untuk mendapat Arahan Pembangunan (DO). Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, syarat itu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah lambakan pembuangan sisa pepejal pembinaan haram. "Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas seluas 5.7 hektar menyediakan kemudahan pemprosesan semula sisa bahan binaan untuk dijadikan agregat yang boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan bangunan. "Ini penting memandangkan pelbagai projek pembangunan semula yang melibatkan perobohan bangunan akan dijalankan seperti Flat Pekeliling, sekitar Pudu dan Chow Kit serta Menara Tradewinds di Jalan Raja Laut," katanya semasa lawatan ke tapak itu di sini hari ini. - BERNAMA |
Posted: 28 Apr 2014 03:12 AM PDT PUTRAJAYA 28 April - Tiada kes baharu dan tiada kluster jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) dilaporkan dari seluruh negara menjadikan jumlah kumulatif kes itu kekal sebagai satu kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh pengawasan kesihatan selama 14 hari dari tarikh akhir dalam kalangan mereka atau kontak yang terdedah kepada satu kes kematian yang disahkan dijangkiti MERS-CoV di Johor tamat semalam. "Secara kumulatif seramai 222 kontak telah berjaya dikesan dari seluruh negara dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat. "Tiada sampel yang dikesan positif jangkitan MERS-CoV daripada 79 sampel yang telah diambil daripada kontak rapat yang bergejala dan tidak bergejala," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kes kematian pertama negara akibat MERS-CoV melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail selepas mengadu demam, batuk dan kesukaran bernafas, kira-kira 10 hari selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu. Dr. Noor Hisham berkata, sehingga Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima laporan sejumlah 261 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal yang meliputi 93 kematian dari seluruh dunia. - BERNAMA |
Pasukan keselamatan Filipina hampiri lokasi mangsa culik disembunyi Posted: 28 Apr 2014 03:02 AM PDT LAHAD DATU 28 April - Pihak berkuasa keselamatan Filipina kini menghampiri lokasi dua wanita yang diculik di Singamata Reef Resort disembunyikan dan berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan mereka. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat. "Pihak keselamatan Filipina sedang menghampiri kawasan di mana mangsa culik disembunyikan dan sedang berusaha menyelamatkan mereka tanpa dicederakan. "Pegawai Esscom juga pergi ke sana hingga ke kepulauan Jolo dan pegawai kita telah berbincang dengan bahagian risikian Filipina untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas risikan, warga China itu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dibenarkan hampir setiap hari membuat panggilan telefon kepada anggota keluarganya. Pelancong China itu dan pekerja resort tersebut warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas dan meminta wang tebusan. - BERNAMA -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |