{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Ceburi perniagaan pakaian muslimah

Posted: 31 Mar 2014 11:55 PM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOF
Gambar Fairuz Izyana Ayub

Suhaini Aris (kanan) sentiasa pastikan produk dan pakaian jualannya adalah rekaan yang terkini.

PERCUBAANNYA menjual kain pasang yang dibeli oleh suami dari luar negara semasa dalam lawatan kerja di sana suatu ketika dahulu merupakan titik permulaan kepada Suhaini Aris, 40, memiliki perniagaan Butik Sanera sejak enam tahun lalu.

Walaupun pada asalnya, dia mengakui sedikit malu dan kekok untuk menjual kain-kain pasang yang antaranya dibeli dari Dubai itu, tetapi lama-kelamaan telah menjadi biasa kepada wanita ini.

Pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Pegawai Bahagian Pinjaman dan Perumahan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di Kuala Lumpur, keputusan anak kelahiran Johor ini untuk berhenti kerja lapan tahun lepas untuk mengasuh dan mendidik sendiri ketiga-tiga orang cahaya matanya memungkinkan dia untuk berjinak-jinak dalam jualan kain dan kosmetik.

Semasa berhenti kerja saya tidak duduk diam, atas dorongan dan cadangan suami saya banyak menghabiskan masa terluang dengan berniaga kain pasang kepada sanak-saudara dan kenalan-kenalan dekat.

Bermula dari situ saya cuba berniaga dan mendapat pulangan serta sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Bagi menceburi bidang ini secara serius, saya menghadiri program keusahawanan untuk lepasan ijazah. Selepas menghadiri program tersebut saya telah mendapat suntikan semangat dan dorongan daripada rakan-rakan untuk mencuba perniagaan pakaian siap yang nyata lebih mudah dan mendapat pulangan yang lumayan," katanya.

Tambah Suhaini lagi, pada 2009 Butik Sanera telah dibuka buat pertama kalinya secara kecil-kecilan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Butik yang beroperasi di bawah Syarikat Arenas Corporation Sdn. Bhd. merupakan butik khusus yang menjual pakaian muslimah secara siap dan tempahan. Muslimah yang inginkan pakaian menutup aurat dan mengikut syariah kami membekalkan semuanya kepada mereka di sini.

Produk terlaris ketika ini adalah t-shirt muslimah dan juga baju renang muslimah untuk dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai tiga rekaan iaitu baby doll, semi baby doll dan muslimah pisah. Produk lain juga termasuk jubah lycra dengan gred A," katanya.

Suhaini menambah, melihat kepada sambutan menggalakkan daripada pelanggan sekitar Bangi dan kawasan Lembah Klang, dia mengambil keputusan berpindah ke Bangi Gateway yang terletak di Seksyen 14 yang nyata lebih strategik dan mempunyai peluang perniagaan yang lebih luas.

Niat asal kami ingin membuka cawangan baharu di sini, tetapi apabila memikirkan kawasannya yang masih dalam kawasan Bangi dan pusingan pelanggan yang masih sama, akhirnya pada bulan Disember, Butik Sanera telah berpindah dan menjalankan operasinya di sini. Kami juga ada cawangan di Giant Nilai, Negeri Sembilan.

Memilih memulakan perniagaan baharu di sini, saya melihat peluangnya lebih cerah memandangkan kawasan ini merupakan salah satu pusat sehenti pakaian muslimah yang menawarkan pelbagai rekaan dan jenama daripada peniaga-peniaga," jelasnya.

Kata Suhaini, satu kelebihan juga kepada pelanggan apabila membeli- belah di sini kerana selain banyak pilihan, mereka juga berpeluang membandingkan harga dan rekaan berdasarkan pelbagai jenis koleksi pakaian muslimah yang ditonjolkan di pusat sehenti ini.

Kebanyakan pelanggan yang berkunjung di sini kata Suhaini terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur yang sentiasa mengikuti perkembangan koleksi pakaian yang dikeluarkan oleh Butik Sanera.

Selain produk dan pakaian yang dijual berkualiti dan sentiasa mengikut perkembangan fesyen muslimah terkini, produk dari Butik Sanera memenuhi keinginan dan cita rasa muslimah yang inginkan rekaan pakaian yang ringkas tidak padat dengan hiasan dan dalam masa yang sama nampak anggun, sopan dan bergaya.

Pelanggan yang meminati pakaian Butik Sanera boleh mendapatkan produk kami secara tempahan dalam talian di butiksanera.com.my mahupun membeli terus dari butik .

Kepada pelanggan yang membuat tempahan dalam talian, kami memberi jaminan produk tersebut akan mengambil masa tiga hari untuk sampai dan tidak dikenakan caj tambahan untuk proses penghantaran hanya di sekitar Semenanjung Malaysia," katanya.

Cabaran

Ketika ditanya cabaran yang dihadapi sepanjang bergelar usahawan, Ruhaini akui sedikit terkesan dengan kerenah tukang jahit yang tidak konsisten.

Kita tiada masalah dari segi bahan asas seperti fabrik yang kebanyakkannya diimport dari Korea, Indonesia, dan Vietnam. Namun, kita perlu berdepan dengan tempahan yang tidak siap.

Apabila sampai waktu untuk mengambil tempahan tersebut, sebahagian pakaian tidak dapat disiapkan oleh tukang jahit. Kesannya kita tidak dapat keluarkan produk dan rekaan terbaharu yang sedikit sebanyak akan menjejaskan jualan dalam masa beberapa minggu," katanya.

Jelasnya lagi, bergelar seorang usahawan bukanlah mudah dan kejayaan bukan hanya boleh dicapai dalam masa yang singkat, sebaliknya untuk berjaya seseorang itu perlu menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang datang bagi memperbaiki perniagaan agar lebih maju.

Sebaik bergelar seorang usahawan, seseorang itu perlu memiliki pemikiran yang kuat dan sentiasa positif. Mereka juga perlu yakin pada kemampuan dan kebolehan diri dalam meguruskan perniagaan tersebut.

Sebaiknya elakkan diri daripada mempunyai sifat ingin menjatuhkan orang lain. Adalah lebih baik sekiranya berdoa untuk kemajuan diri dan juga orang lain," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat