Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Spa Bamburanta janji ketenangan Posted: 07 Apr 2014 11:30 PM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR RAWATAN tangan dan kaki disediakan di Spa Bamburanta. SEMUA sedia maklum, Bangsar sebuah kawasan yang sangat sibuk tidak kira masa, baik pagi, siang, petang atau malam. Hendak mencari tempat letak kereta di sini memang susah. Saya pasti ramai yang berasa tertekan apabila masuk ke kawasan ini. Sebab itu saya buka spa di Bangsar kerana saya mahu pelanggan yang datang ke sini berasa tenang dan melupakan masalah serta tekanan yang dihadapi dan apabila mereka masuk ke spa ini mereka berasa seolah-olah berada di tempat percutian dan bukannya di Bangsar," demikian kata Pengarah dan Pemilik Spa Bamburanta, Dayang Atiqah Husin semasa bertemu dengannya di spa tersebut, baru-baru ini. Beliau memilih konsep semula jadi bagi spa yang baharu dibuka pada tahun 2012 itu. Contohnya, buluh yang digunakan sebagai pemisah dinding ditebang terus daripada hutan dan dipasang di beberapa bahagian spa. Begitu juga dengan kerusi yang berkakikan buluh dan tempat duduknya dibuat daripada jerami. Menurut Dayang Atiqah, untuk memilih nama spa juga mengambil masa selama dua bulan kerana beliau mahukan nama yang ada kaitan dengan semula jadi. Setelah lama berfikir akhirnya beliau mendapat ilham untuk menamakan bamburanta, sejenis pokok hiasan berwana hijau dan putih. Walaupun menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman, namun konsep dekorasi adalah idea beliau sendiri yang mahukan suasana yang santai seperti di rumah dan tidak nampak seperti di sebuah pusat rawatan. Berhadapan dengan pintu masuk ke spa ini, pelanggan dapat melihat sebuah kotak kaca besar yang di dalamnya terdapat beberapa jenis pokok hiasan berdaun hijau. Ini bagi menambahkan lagi suasana kehijauan di sini. Terdapat beberapa jenis rawatan yang disediakan di spa ini seperti rawatan badan, urutan, rawatan muka, rawatan mata, kaki serta tangan dan mencabut bulu roma atau waxing. Namun kebanyakan pelanggan yang datang adalah untuk mendapatkan rawatan urutan badan, refleksologi, skrub badan dan rawatan muka. Harga rawatan yang dikenakan amat berpatutan dan saya tidak mengenakan harga yang tinggi walaupun menggunakan produk yang diimport dan dijamin keberkesanannya. Bagaimanapun rawatan yang paling popular di sini ialah mencabut bulu roma (Brazilian wax). Sepuluh tahun dahulu tidak ramai wanita tempatan yang mahu mencuba rawatan ini mungkin kerana malu namun kini mereka sudah bersikap terbuka dan ramai yang melakukannya," kata Dayang Atiqah yang telah 11 tahun berpengalaman dalam bidang kecantikan dan spa. Mempunyai lima katil rawatan, jenis-jenis rawatan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian kering adalah untuk rawatan muka, kuku tangan dan kaki serta refleksologi manakala bahagian basah adalah untuk rawatan skrub badan, pelangsingan dan jakuzi. Spa unisex ini turut menerima pelanggan lelaki namun mestilah datang bersama pasangan dan perlu dibuat temu janji terlebih dahulu. Pun begitu, hanya pelanggan lelaki tetap sahaja yang diterima untuk mendapatkan rawatan di sini. Tambah Dayang yang berkelulusan Diploma dalam bidang Cibtac (Confederation of InternationalBeauty Therapy and Cosmeotology) daripada Domeilee Beauty serta mempunyai sijil kecantikandaripada MLVK, beliau hanya mengambil terapis yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuanmengenai anatomi manusia supaya mereka tahu bagaimana hendak memberikan tahap rawatan yang sesuai bagi pelanggan itu. Ada yang berpengalaman selama 15 tahun dalam rawatan spa dan terdapat juga yang pernah bekerja di spa hotel bertaraf lima bintang. Bagi pelanggan yang pernah datang ke spa ini pasti akan datang lagi dan terus menjadi pelanggan tetap. Kebanyakannya terdiri daripada pelanggan berkulit putih, Cina, India dan Melayu. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Jumaat dan hari Ahad, dari 10 pagi hingga 6 petang. Kata Dayang Atiqah, bagi setiap orang, perlu ke spa sebulan sekali bagi kecantikan dan penjagaan badan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |