Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Pemandu bas ekspres positif dadah Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN Wan Khairul Efendi Wan Mustapa dibawa ke Mahkamah Majistret, Bentong, Pahang, semalam. - UTUSAN/Abdul Rashid Abdul Rahman BENTONG 16 April - Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub Sabtu lalu, dituduh di mahkamah di sini hari ini, atas kesalahan positif dadah jenis morfin. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 35, yang direman sejak empat hari lalu di lokap Balai Polis Bentong, dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurutnya, pemandu bas tersebut dituduh di hadapan Majistret Mohd. Isa Md. Nor yang turut dihadiri isteri, bapa serta sanak-saudara lain, kira-kira pukul 11 pagi. Wan Khairul Efendi bagaimanapun dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarganya tetapi akan ditangkap semula di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut di bawah seksyen itu," katanya di sini hari ini. Menurut Mohamad Mansor, berdasarkan ujian air kencing yang diambil selepas kemalangan itu, pemandu bas terlibat yang berasal dari Kelantan, positif dadah. Tambahnya, polis juga melakukan ujian darah terhadap pemandu tersebut yang keputusannya akan diketahui dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, peguam Wan Khairul Efendi, Azizzul Shariman Mat Yusoff berkata, anak guamnya itu yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan, dibebaskan setelah diikat jamin sebanyak RM2,000 oleh keluarganya. Beliau yang turut dibantu Mohd. Shukri Ibrahim bagi pihak pembelaan memberitahu, mahkamah menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan kes tersebut. Sabtu lalu, seramai tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub di sini. Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 (warga Somalia), dan isterinya Zarifah Alias, 26. |
Posted: 16 Apr 2014 12:53 AM PDT SHAH ALAM 16 April - Dua buruh warga Indonesia parah selepas rumah teres yang sedang dalam proses pengubahsuaian tiba-tiba runtuh di Jalan Sulam Satu, Seksyen 19, di sini. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.29 pagi yang memberitahu tentang dua mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu.-UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |