Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Wakil rakyat pembangkang ditempelak Posted: 10 Apr 2014 11:27 AM PDT Oleh Muhamad Aimy Ahmad Tee Siew Kiong (dua dari kanan) melawat ladang organik Zenxin selepas menghadiri taklimat produk pelancongan daerah Kluang bersama pengusaha di Kluang, Johor, semalam. KLUANG 10 April - MCA Johor menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan beberapa wakil rakyat DAP lain yang membawa anak mereka ke Parlimen, semalam sebagai budaya tidak sihat. Timbalan Pengerusinya, Datuk Tee Siew Kiong berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya menggambarkan wakil rakyat pembangkang terbabit tidak mampu menjalankan tugas mereka. Menurutnya, wakil rakyat mempu- nyai peranan yang lebih besar untuk menyelesaikan isu masyarakat berbanding bermain 'wayang' dengan membawa kepentingan peribadi ke Parlimen. "Pengundi memberi mandat kepada mereka untuk membuat kerja dan bukannya untuk kepentingan diri. Jika tidak mampu mengendalikan masalah keluarga apatah lagi anak sendiri, baik tidak payah jadi wakil rakyat. "Tanggungjawab terhadap anak sendiri pun tidak pandai urus bagaimana mahu selesaikan masalah rakyat," katanya selepas menghadiri taklimat tentang produk pelancongan di Pejabat Daerah Kluang, di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang membawa anak mereka ke Parlimen, kononnya mahu menuntut kerajaan menambah pusat jagaan anak di sektor awam dan swasta. Siew Kiong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri berkata, isu berkenaan seharusnya tidak perlu ditimbulkan sama sekali. "Yayasan Pembangunan Keluarga sudah mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak yang diuruskan kerajaan di setiap negeri bagi kemudahan masyarakat. Jadi, saya tidak nampak apa isunya seperti dakwaan pembangkang," katanya. |
Dua premis dikompaun, enam gerai disita Posted: 10 Apr 2014 11:27 AM PDT JOHOR BAHRU 10 April - Dua premis perniagaan, masing-masing dikompaun RM250 manakala enam gerai penjaja disita dalam operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Jalan Wong Ah Fook di sini semalam. Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul Hamid berkata, tindakan menyita dan kompaun itu dikeluarkan selepas pemilik premis perniagaan dan penjaja didapati melakukan kesalahan di bawah undang-undang berkaitan kebersihan dan menghalang laluan awam. Beliau berkata, kesemua premis perniagaan dan penjaja yang terlibat didapati me- langgar Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran MBJB 1981 Pindaan 2004. "Operasi bersepadu yang dijalankan hari ini dibuat berdasarkan maklumat yang di- terima daripada orang awam selain tinjauan yang dilakukan pihak MBJB. "Sebelum operasi dijalankan, kami sudah mengeluarkan notis berkaitan kesalahan yang dilakukan mereka dan setelah tinjauan dilakukan, ternyata mereka tidak mematuhi notis tersebut," katanya. Mohammad Firdaus menasihatkan para peniaga agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama itu. Katanya, operasi selama dua jam bermula pukul 10 pagi itu disertai seramai 30 anggota penguat kuasa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |