{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Polis Muar rampas dadah RM3 juta

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

AZMAN Ayob menunjukkan antara dadah yang dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Muar, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad

MUAR 11 April - Polis daerah ini merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM3 juta sejak awal tahun ini hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, heroin merupakan dadah terbanyak yang dirampas setakat ini iaitu melebihi 30 kilogram (kg) dan diikuti syabu seberat 1.5 gram (g).

Selain itu, pelbagai jenis dadah lain turut dirampas yang membabitkan jumlah kurang sekilogram. Bagi tempoh itu juga, seramai 52 pengedar dadah termasuk beberapa wanita ditahan dan telah dituduh di mahkamah.

Hingga kini sebanyak 13 kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 16 kes di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952 dan 23 kes lagi Seksyen 12(2) ADB 1952 telah dituduh di mahkamah," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan operasi dan serbuan untuk menahan individu yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah bagi membanteras kegiatan tersebut.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai bekerjasama dengan pihaknya dalam menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku aktiviti pengedaran dadah di kawasan kediaman mereka.

Dalam kes terbaharu, seorang penganggur berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 5, Bakri kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM1,400, pada Ahad lalu.

Difahamkan, dadah itu terdiri daripada heroin seberat 18.8g, syabu (2.7g) serta Eramin 5 (lima biji).

Suspek yang juga penagih dan pengedar secara kecil-kecilan didapati positif syabu dan kini direman hingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Pelancong ke Johor melonjak

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

Tee Siew Kiong

KLUANG 11 April - Usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri ini akan sentiasa dipergiatkan termasuk menggalakkan penggunaan kereta api untuk ke beberapa destinasi yang menawarkan pelbagai produk pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, kedatangan pelancong asing terutamanya menerusi Stesen Woodlands di Singapura ke beberapa stesen di negeri itu juga menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Menurutnya, seramai 12,181 penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut pada bulan lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan 2,698 orang berbanding Februari untuk ke destinasi pelancongan termasuk daerah ini.

Tren baharu menggunakan perkhidmatan kereta api itu secara tidak langsung membantu promosi pelancongan Johor. Malah penggunaannya lebih menjimatkan masa berbanding memandu sendiri melalui Tambak Johor atau pintu masuk lain," katanya selepas menghadiri taklimat produk pelancongan daerah ini di Pejabat Tanah dan Daerah Kluang di sini semalam.

Siew Kiong berkata, kebanyakan pelancong Singapura yang menaiki kereta api turut singgah di Kluang untuk ke beberapa tempat menarik sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain di negara ini.

Kita akan sentiasa menggalakkan para pelancong menggunakan kereta api ke daerah ini kerana Kluang memiliki pelbagai tempat menarik, antaranya ladang agro pelancongan UK Farm, ladang organik Zenxin, Taman Rekreasi Gunung Lambak dan Hutan Lipur Gunung Belumut, selain menikmati menu popular kopi Stesen Keretapi Kluang," katanya.

Mengenai taklimat bersama para pengusaha produk pelancongan di daerah ini, beliau mengakui program itu mencapai matlamat kerana pelbagai idea dan saranan positif dikemukakan untuk bersama-sama memajukan sektor pelancongan di Kluang.

Saya berharap semua pemain industri di Kluang bersatu untuk mempromosikan produk atau destinasi menarik yang ada kerana jumlah kedatangan pelancong ke daerah ini seramai 200,000 orang tahun lalu mampu dilipatgandakan sekiranya semua pihak memainkan peranan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat