{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


JAIJ tawar dalami ilmu taranum di Selangor

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Abd. Mutalip Abd. Rahim (kanan) menyampaikan cenderamata penceramah kepada Datuk Ahmad Faizul Al- Hafiz (tengah) sambil diperhatikan oleh Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Qurra Negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Johor Bahru, semalam. - Mingguan/Bazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 26 April - Jabatan Agama Johor (JAIJ) memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan qari dan qariah di negeri ini mendalami ilmu taranum al-Quran bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, qari dan qariah yang berminat akan mempelajari ilmu taranum di peringkat sijil itu di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor.

"Inisiatif ini diambil bagi membolehkan qari dan qariah dari negeri ini mendalami serta meningkatkan ilmu taranum al-Quran mereka daripada tenaga pengajar berpengalaman.

"Justeru, adalah diharap agar qari dan qariah dapat merebut peluang yang disediakan ini agar mereka dapat pergi lebih jauh termasuklah mewakili negara pada pertandingan tilawah al-Quran," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Qurra' negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Qurra negeri, Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus.

Dalam pada itu, Abd. Mutalip berkata, lepasan sekolah menengah yang pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran digesa agar tidak mensia-siakan bakat mereka meskipun telah menyambung pengajian dan bekerja.

"Kita mahu mereka ini terus mendalami ilmu taranum al-Quran selepas tamat persekolahan kerana adalah satu kerugian jika bakat yang ada itu dibiarkan begitu sahaja.

"Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan menerapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi," katanya.

Pemuda UMNO Tebrau tubuh SRCC

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Iruan Zulkifli (dua dari kiri) melancarkan penubuhan SRCC Parlimen Tebrau di Kompleks Rohaizat Corporation, Taman Daya, Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Syahrin Md. Jamaludin (kiri).- Mingguan/NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 26 April - Dalam usaha menyemarakkan aktiviti sukan tempatan tanpa mengira fahaman politik Pemuda UMNO Bahagian Tebrau menubuhkan Kelab Sukan dan Rekreasi (SRCC) di sini hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Iruan Zulkifli di Kompleks Rohaizat Corporation di Taman Daya di sini, sekali gus menyasarkan penyertaan 2,000 ahli dalam tempoh tiga tahun.

Bersempena pelancaran kelab berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Syahrin Md. Jamaludin, satu pertandingan futsal disertai 30 pasukan masing-masing 23 lelaki dan tujuh wanita turut diadakan.

Setiausaha SRCC, Mohd. Rizal Rahmat berkata, usaha penubuhan kelab itu bertujuan untuk menggiatkan lagi pelbagai aktiviti riadah dan kesukanan dalam kalangan penduduk dan belia di kawasan berkenaan.

"Penubuhan kelab ini merupakan antara cara kita untuk mendekatkan diri dengan golongan muda tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bagi bersama-sama bergiat aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Pada masa sama, kita juga boleh mengetengahkan bakat baharu yang mempunyai potensi untuk berkembang di peringkat lebih tinggi," katanya ketika ditemui di Kompleks Rohaizat Corporation di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran pertandingan futsal itu merupakan aktiviti pertama dijalankan kelab tersebut dan lebih banyak program sedang dirancang dalam masa terdekat ini iaitu Fun Ride Bicycle.

Perhilitan pasang tanda amaran buaya

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

JOHOR BAHRU 26 April - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memasang papan tanda amaran di kawasan sungai yang dikenal pasti menjadi habitat buaya di negeri ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Hasnan Yusop berkata, setakat ini, 10 lokasi yang dikenal pasti adalah Sungai Sarang Buaya dan Sungai Muar di Muar; Kampung Air Papan, Kuala Sungai Jemaluang, Sungai Tenglu, Sungai Mersing dan Kuala Sungai Sekakap (Mersing); Sungai Rengit (Pengerang); Sungai Batu Pahat (Batu Pahat) dan Sungai Danga di sini.

"Perbincangan untuk memasang papan tanda amaran itu akan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam masa terdekat. Saya menasihatkan orang ramai, khusus mereka yang menggemari aktiviti memancing agar lebih berhati-hati ketika berada di lokasi yang dikenal pasti wujud kehadiran buaya ini.

"Ibu bapa juga diminta untuk sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku,'' katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan penduduk di 12 buah kampung sekitar Parit Bugis, Sungai Balang, Muar bimbang dengan keselamatan mereka berikutan penemuan seekor buaya sepanjang hampir tiga meter di Sungai Sarang Buaya, Muar pada bulan lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat