{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Ceroboh tanah: 14 rumah diroboh

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my

Penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi merobohkan sebuah bangunan kekal yang dibina di atas tanah milik kerajaan di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun di Kota Tinggi, semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 2 April - Sebanyak 14 rumah termasuk dua separuh kekal yang dibina di atas tanah seluas 17.81 hektar di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun di sini dirobohkan kelmarin.

Operasi merobohkan kediaman itu membabitkan kira-kira 100 orang terdiri daripada penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Pejabat Daerah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A. Hamid berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemilik rumah terbabit gagal mematuhi arahan notis pencerobohan tanah kerajaan yang dikeluarkan pada November 2013 dan Februari lalu.

Menurutnya, tindakan tersebut mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 bagi mengekang penerokaan tanah secara berleluasa. Mengikut kanun tersebut, mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sama ada melakukan penerokaan tanah atau membina bangunan secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kita telah mengeluarkan notis pertama pada 20 November tahun lalu meminta penceroboh terbabit meninggalkan kawasan itu dan melarang membina sebarang bangunan kekal. Bagaimanapun kami mendapati notis tersebut tidak diendahkan, malah pemilik masih menjalankan aktiviti seperti biasa selain terdapat penambahan dua bangunan kekal yang baharu dibina di situ.

Susulan itu kita menghantar notis kedua pada 26 Februari lalu kepada penceroboh terbabit dan sebahagiannya kita tampal di rumah mereka sebelum tindakan merobohkan bangunan tersebut dilaksanakan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Jamaludin memberitahu, pihak pejabat daerah mempunyai perancangan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya membuat rujukan dan permohonan rasmi kepada pihak pejabat tanah terlebih dahulu sebelum membina rumah atau meneroka tanah kerajaan agar tidak menimbulkan sebarang risiko pada masa depan.

Kita tidak mahu berlakunya kes seperti ini yang bukan sahaja melibatkan kerugian dari segi wang ringgit malah turut menimbulkan rasa tidak puas hati meskipun pada hakikatnya mereka telah melakukan kesalahan," katanya.

Road to MAHA di Dataran Penggaram hari ini

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

JOHOR BAHRU 2 April - Kerajaan negeri akan menganjurkan Program Road To Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 selama empat hari bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, pameran diadakan di Dataran Penggaram, Batu Pahat dan akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Jumaat ini.

Ismail berkata, Road To MAHA adalah bagi mempromosikan MAHA 2014 yang akan diadakan pada November depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Beliau berkata, berdasarkan pengamatan, beberapa negeri telah dipilih untuk mengadakan program tersebut termasuk Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka dan Johor.

Menurutnya, Pahang telah menganjurkan program tersebut pada 29 November hingga 1 Disember tahun lalu, Pulau Pinang pada 14 hingga 16 Februari lalu dan Perak pada 21 hingga 23 Mac lalu.

Dalam Road to MAHA 2014 peringkat negeri ini, kita mengguna pakai konsep gerak usahawan dan antara pengisiannya termasuk pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan khususnya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ismail berkata, pameran kali ini memberi penekanan tentang teknologi dan inovasi terkini dalam bidang pertanian, pendidikan dan klon terbaharu melibatkan tanaman dan ternakan.

Kita turut menjual dan mempromosikan produk pertanian dan industri asas tani oleh golongan usahawan, antaranya benih tanaman dan bunga-bungaan, produk herba, kerepek, kek dan roti serta baja pertanian," katanya.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pertandingan penghasilan inovasi di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi bagi menyuntik minat mereka terhadap bidang pertanian.

Menurutnya, seminar keusahawanan tani juga dianjurkan untuk meningkatkan ilmu keusahawanan dan menyuntik motivasi kepada peserta supaya lebih berjaya pada masa akan datang.

JKDM berkas penjaja jual rokok seludup dengan beca

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

MUAR 2 April - Taktik seorang penjaja yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjual rokok seludup di samping minuman menggunakan beca, terbongkar apabila dia ditahan semasa berniaga di depan hentian bas Jalan Maharani, di sini semalam.

Penjaja berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Muar, pukul 10.20 malam dan pemeriksaan menemukan enam karton rokok kretek dan rokok putih bernilai kira-kira RM120 dengan cukai bernilai kira-kira RM700.

Menurut jurucakap JKDM, pihaknya diberitahu rokok putih dijual dengan harga RM3 hingga RM4 manakala rokok kretek kira-kira RM4 hingga RM6 kepada pelanggan terutamanya pengguna bas ekspres.

Penjaja ini juga menggunakan beca bagi memudahkannya menjual di sekitar bandar ini, sekali gus mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki ini dipercayai mula menjual rokok seludup sejak beberapa minggu lalu dengan menggunakan beca selepas mendapati kebanyakan kedai yang menjual rokok berkenaan diserbu pihak berkuasa," katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, bagi mengelak disyaki atau modus operandinya dikesan pihak berkuasa, penjaja tersebut turut menjual minuman kepada orang ramai.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai rampasan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, sejak awal tahun ini hingga 31 Mac lalu, sebanyak 50 serbuan dilakukan ke atas kedai yang menjual rokok seludup di sekitar daerah ini dengan jumlah rampasan bernilai lebih RM10,000.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat