{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


7,108 individu ditahan di Johor

Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 25 April - Polis menahan sebanyak 7,108 individu di seluruh negeri ini menerusi Op Cantas Khas bermula awal tahun ini sehingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 410,588 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

"Daripada jumlah yang ditahan 6,532 orang adalah lelaki manakala perempuan seramai 576 orang. Seramai 1,522 orang daripada mereka terlibat dalam jenayah kekerasan, 1,315 orang jenayah harta benda, 4,271 orang lain-lain jenayah manakala 82 lagi dikehendaki polis.

"Sebanyak 2,664 orang telah dituduh di mahkamah dengan 1,654 orang menghadapi pertuduhan jenayah manakala 1,010 lagi berkaitan narkotik," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, turut dirampas menerusi Op Cantas Khas adalah 21 senjata api tiruan, tiga senapang angin, lapan pucuk pistol, 3,965 peluru serta 179 senjata lain.

Katanya, polis turut memeriksa 228,366 kenderaan pelbagai jenis dalam tempoh operasi terbabit dan hasilnya sebanyak 389 kenderaan termasuk bersabit laporan kehilangan telah dirampas.

Op Cantas Khas yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 17 Ogos tahun lalu bertujuan membanteras kegiatan kongsi gelap, senjata api, pembunuhan, rompakan dan jenayah lain sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat kepada masyarakat.

JBS, Nusajaya bakal dapat IPD baharu

Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT

Zulkifli Abdullah (dua dari kiri) berbincang dengan Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ( dua dari kanan) diperhatikan Sulaiman Salleh (kanan) semasa membuat lawatan ke Balai Polis Larkin di Johor Bahru, kelmarin. Utusan/Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 25 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membina bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) dan Nusajaya yang baharu menggantikan infrastruktur sedia ada.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pembinaan IPD baharu itu perlu memandangkan IPD JBS sedia ada sudah berusia hampir 100 tahun.

"IPD JBS sedia ada sudah berusia hampir 100 tahun dan keluasannya juga agak terhad. Oleh itu, kami bercadang untuk membina sebuah IPD baharu dengan kos berjumlah RM85 juta di tapak Balai Polis Larkin.

"Projek pembinaan yang bakal bermula tahun ini turut mengambil kira pembinaan Balai Polis Larkin yang baharu bagi menggantikan balai polis sedia ada," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff; Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zubaidah Md. Ismail dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh.

Selain itu, PDRM juga bakal meningkatkan keupayaannya di negeri ini dengan pembinaan IPD Nusajaya yang baharu dengan kos RM109 juta dan sebuah lagi balai polis baharu di Pengerang.

Zulkifli berkata, kemudahan infrastruktur penting bagi memastikan pihak polis dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif membantu usaha kerajaan mencapai taraf negara maju.

"Jika negara hendak mencapai status maju, pihak keselamatan iaitu polis juga perlu dimajukan dalam segala aspek untuk mencapai taraf antarabangsa," katanya.

Mangsa ribut,kebakaran terima bantuan JKM

Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT

BATU PAHAT 25 April - Sebanyak RM37,400 diperuntukkan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) Batu Pahat untuk bantuan kepada mangsa bencana yang terlibat dalam kejadian ribut dan kebakaran di Rengit, awal tahun ini.

Pegawai JKM Batu Pahat, Adnan Md. Yassin berkata, seramai 14 penerima mendapat bantuan masing-masing setelah dinilai tahap kerosakan yang dialami kediaman mereka dalam kedua-dua bencana itu.

"Tiga mangsa ribut menerima bantuan masing-masing yang bermula RM1,300 mengikut tahap kerosakan, manakala 11 lagi penerima adalah mangsa kebakaran yang mendapat wang bantuan bermula RM3,500 hingga RM4,720," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Majlis penyampaian cek bantuan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan turut dihadiri Pegawai JKM Batu Pahat, Adnan Md. Yassin

Sementara itu, Adnan meminta orang ramai yang berdepan dengan bencana seumpama itu dapat membuat laporan polis secepat mungkin bagi membolehkan pihaknya menilai tahap kerosakan kediaman mereka.

"Namun, kita memahami situasi yang mereka hadapi, ada yang masih tidak dapat menerima kenyataan tetapi kita berharap selepas mereka kembali tenang, diminta segera melaporkan kejadian kepada polis untuk kami membuat tindakan susulan.

"Tidak semua kerosakan yang dialami akibat bencana itu mendapat bantuan JKM, namun kami akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan ada saluran yang boleh diberikan untuk meringankan beban mangsa sekiranya terlibat dalam bencana," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat