{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kopris sasar 1,000 tan ayam

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Yusof Hassan (kanan) memberi penerangan kepada Mohammad Sahlan Mahnoon berkaitan projek ternakan ayam daging di Pusat Agro Makanan Kopris di Mersing, kelmarin.

MERSING 7 April - Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan (Kopris) menyasarkan pengeluaran sebanyak 1,000 tan ayam daging dengan nilai pendapatan kira-kira RM2 juta setahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pengerusinya, Mohd. Yusof Hassan berkata, setakat ini koperasi itu hanya mengeluarkan kira-kira 740 tan daging ayam dengan nilai RM1.7 juta setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi.

Beliau berkata, sejak projek ternakan ayam itu bermula dua tahun lalu, pihaknya telah memasarkan lebih 734,934 tan daging ayam dengan nilai pendapatan melebihi RM1.7 juta.

"Kopris mengambil langkah proaktif dengan menjadi pengeluar ayam daging memandangkan pengeluaran bahan itu kini dikuasai oleh pihak swasta.

"Justeru, untuk terus bersaing dengan pengeluar lain, kita akan terus meningkatkan pengeluaran ayam daging ini dengan menyasarkan sebanyak 1,000 tan setahun pada masa akan datang," katanya dalam Program Bersama Media di Pusat Agro Makanan Kopris di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Mohammad Sahlan Mahnoon.

Mohd. Yusof berkata, pusat agro makanan itu turut menternak sebanyak 250 ekor lembu daging yang mampu memenuhi keperluan pengguna terutamanya pada musim perayaan dan ibadah korban.

Katanya, pusat berkenaan juga menyediakan kemudahan inap desa di atas tanah berkeluasan kira-kira 40 hektar di mukim Pengkalan Batu di sini, selain bercadang memberikan khidmat latihan kepada pekebun kecil dalam bidang penternakan dan agro makanan.

Sementara itu, Mohammad Sahlan berkata, pihaknya akan terus membantu Kopris dalam mengembangkan lagi perniagaan tersebut dengan memberikan khidmat latihan termasuk kemudahan prasarana.

Katanya, pekebun kecil lain disaran mengikuti jejak Kopris dalam mempelopori bidang lain dan tidak hanya tertumpu kepada penanam getah dan kelapa sawit semata-mata.

Ahli Majlis MBJB perlu tunai amanah dengan baik

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Ismail Karim (lima dari kanan) bergambar bersama ahli majlis MBJB yang baharu di lantik bersama ahli MCA dan Zon Penjaja di Majlis Bandaraya Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 7 April - Barisan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang baharu diingatkan supaya menjalankan amanah yang diberi dengan baik terutama dalam mendengar masalah dilaporkan rakyat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, Ahli Majlis yang dilantik itu diibaratkan sebagai jambatan antara kerajaan dengan rakyat dalam memastikan segala aduan diajukan mereka diberi perhatian.

Justeru, beliau percaya barisan Ahli Majlis yang baharu itu akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kawasan diwakili, sekali gus memperjuangkan nasib penduduk setempat dalam pelbagai masalah.

"Peranan Ahli Majlis juga penting dan saya berharap mereka dapat memainkan peranan diberi bagi memastikan kesejahteraan rakyat," katanya selepas majlis angkat sumpah 10 Ahli Majlis MBJB di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 10 Ahli Majlis MBJB masing-masing terdiri daripada sembilan Ahli MCA dan seorang wakil penjaja mengangkat sumpah di hadapan Ismail, sekali gus melengkapkan kuota 24 Ahli Majlis MBJB.

Mereka ialah Ang Boon Heng, 50, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Whip; Ng Puay Wah, 45; Kua Song Tuck, 44; Kuan Poh Huat, 45; Chia Song Cheng, 61; Teoh Huat Seng, 49; Leow Kam Choy, 44; Lim Yak Chong, 57; Yong Kok Leong, 45, dan Zaini Atan, 54.

Dalam pada itu Ismail berkata, barisan Ahli Majlis yang dilantik kali ini merupakan gandingan muka lama dan baharu yang diyakini mampu memantapkan lagi segala urusan pengurusan dan pentadbiran MBJB.

"Yang penting mereka ini perlu selalu turun padang dan memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya yang turut memberitahu semua Ahli Majlis itu dilantik bagi tempoh 2014 hingga Disember 2015.

Pertanian jamin masa depan generasi muda

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Hamimah Mansor (bertudung merah) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang Kampung Air Tawar 5 di Dewan Semai Bakti Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 7 April - Generasi muda digalakkan bergiat aktif dalam bidang pertanian sekali gus menjadikan bidang itu sebagai kerjaya yang mampu menjamin masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mansor berkata, langkah itu penting memandangkan generasi muda merupakan golongan pelapis yang mampu menjayakan pembangunan pertanian di negeri itu dengan lebih berkesan.

"Dengan menggalakkan penglibatan secara langsung generasi muda dalam sektor ini, kita yakin ia mampu menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi. Ini sekali gus menangkis tanggapan bahawa sektor pertanian hanya sesuai untuk golongan berusia.

"Pendedahan dan bimbingan berterusan kepada generasi muda masa kini sekali gus menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam pertanian," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Unit Peladang Kampung Air Tawar 5 di Dewan Semai Bakti Felda Air Tawar 5, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang, Fairulnizam Maskon; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Pengerang, Abdul Kadir Ahmad; Ketua Unit Peladang Kampung Air Tawar 5, Moslim Yassin dan Ketua Kampung Felda Air Tawar 5, Rohani Abd. Manan.

Dalam pada itu, Hamimah berkata, ramai dalam kalangan generasi muda yang masih tidak menerima maklumat tepat berhubung cara mengembangkan perusahaan mereka terutamanya dalam mendapatkan khidmat bimbingan termasuk bantuan kewangan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat