Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT Soalan Saya berusia 20 tahun dan menghadapi masalah haid tidak teratur. Haid saya datang tiga bulan sekali dan kadang-kadang setahun sekali. Adakah masalah ini dikenali sebagai amenorea sekunder? Kebiasaannya haid saya tidak lebih daripada tiga kali setahun. Berat saya kini 67 kilogram dan ketinggian 152 sentimeter. Adakah saya overweight? Pertama kali saya didatangi haid pada usia 14 tahun dan saya juga tidak mengalami sebarang kesakitan atau senggugut semasa haid. Saya mengalami masalah ini sejak usia 14 tahun dan kini runsing memikirkan perkara ini. Adakah ini menyebabkan masalah kesuburan dan kehamilan satu hari nanti? - Zuri, Kuantan Jawapan Ya, saudari mengalami amenorea sekunder. Amenorea sekunder didefinisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama enam bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder berlaku kepada kurang daripada lima peratus dalam kalangan remaja perempuan dan lebih 50 peratus berlaku dalam kalangan orang yang aktif bersukan. Terdapat pelbagai penyebab amenorea sekunder iaitu senaman yang melampau biasanya kalangan ahli sukan atau atlet, kekurangan atau berlebihan berat badan (tidak mempunyai berat badan yang ideal), mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi, pengambilan pelbagai jenis ubatan, kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga, mengalami sindrom ovari polisistik dan gangguan hormon lain seperti tiroid dan juga prolaktin. Seperti mana yang saudari nyatakan bahawa saudari ialah seorang yang overweight kerana mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak ideal. Indeks jisim badan saudari ialah 29.1 kg/m2. Kemungkinan besar inilah penyebab kepada masalah yang saudari hadapi. Elok berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan awal. Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lalu. Namun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan, pelbagai ujian juga perlu dilakukan seperti ujian darah, ujian fungsi tiroid dan prolaktin juga perlu diambil. Di samping pengambilan ubat norethisterone yang berkala bagi mendatangkan haid, ada baiknya jika saudari mengamalkan pemakanan sihat untuk berat badan ideal. Selepas berkahwin nanti jumpalah doktor pakar sakit puan untuk mendapat nasihat serta rawatan ubat subur jika diperlukan. |
Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT INTAN Sulyana hilang tiga kilogram dan hilang empat inci selepas seminggu menggunakan LAROME Apple Stem Cell Slimming Serum. MEMANG mustahil jika hendak kurus sekelip mata. Ini kerana lemak yang terkumpul pada bahagian-bahagian tubuh sudah wujud sejak bertahun tetapi apabila hendak kurus dan langsing , mahukan sekelip mata. Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kegemukan atau perut buncit inginkan semula tubuh yang langsing demi keyakinan diri dan kesihatan. Bagi Intan Sulyana Mohd Yusof, 34, dirinya bukanlah terlalu gemuk. Namun, kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya sama sepert wanita lain. Walaupun berat badannya hanya 53 kilogram, dia tetap berhasrat untuk kelihatan langsing. Pelbagai cara yang Intan gunakan untuk langsing termasuk senaman tetapi bentuk badannya tidak berubah. Pun begitu, Intan takut untuk mengambil pil-pil pelangsing yang begitu banyak diiklankan. Dia sangat berhati-hati dalam hal ini. Walaupun dia mahu kelihatan cantik, dia tidak mahu mengambil risiko kerana harga kesihatan bukannya murah. "Maksud saya, makan atau minum ubat-ubat yang kononnya boleh menguruskan badan, seperti banyak diiklankan. Maaf, saya takkan lakukan,"ujarnya. Melalui pembacaannya, kebanyakan doktor, pakar kecantikan dan mereka yang pakar dalam bidang pemakanan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pil pelangsing. Intan cukup takut dengan kesan sampingan pil pelangsing. Setelah sekian lama mencari produk yang sesuai, akhirnya dia diperkenalkan dengan LAROME Apple Stem Cell Slimming Serum, keluaran Bob2e.com yang berasaskan stem sel epal. Menariknya, produk ini berbeza dengan produk sedia ada kerana LAROME bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar. Itu yang membuatkan tertarik Intan untuk menggunakannya. "Saya ikut aturan menggunakan produk ini. Ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan, sapu pada bahagian perut beberapa minit. "Lakukan dua kali sehari selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Produk ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Intan lagi. Menurutnya, dia terkejut apabila berat badannya menurun lima kilogram kepada 48 kilogram. Intan terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu. Kemudian, dia memberitahu rakan-rakannya. Rakan-rakannya turut menggunakan produk LAROME dan mendapat reaksi positif. Jika dahulu Intan hanya sebagai pengguna tetapi dia kini merupakan pengedar. "Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," kata Intan yang gembira kerana dapat menambah pendapat keluarganya. Intan juga sibuk mempromosikan LAROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi dan dia tidak takut atau berasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain. Stem sel epal Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukan diperolehi daripada epal biasa yang banyak dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya. Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh, selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walau lama terbiar. Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk LAROME. "Kerana itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah Intan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |