Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 26 Apr 2014 06:13 AM PDT CERMIN mata sejak kebelakangan ini amat sinonim dengan remaja. Ada remaja berkaca mata kerana masalah penglihatan dan ada juga yang sanggup menggunakan alat bantuan penglihatan itu demi gaya. Apa yang pasti jumlah golongan muda yang mengalami masalah penglihatan atau rabun semakin hari semakin meningkat. Antara faktor yang boleh dikaitkan kepada masalah tersebut adalah gaya hidup dan kurangnya kesedaran dalam penjagaan mata sejak dari kecil. Justeru bagi mendapat gambaran lebih jelas, .com menemui beberapa pengguna cermin mata yang menghadapi masalah penglihatan, Kebanyakan mereka menghadapai masalah rabun sama ada jauh atau pun dekat. Berdasarkan fakta saintifik, rabun jauh berlaku apabila bebola mata lebih besar dan panjang berbanding normal. Manakala, rabun dekat pula berpunca daripada proses pengerasan kapsul mata yang hilang keupayaan mengendur untuk menjadikan kanta mata lebih cembung, sekali gus mengurangkan kemampuan untuk melihat secara dekat. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa masalah rabun tidak ada kena mengena dengan penyakit katarak. Selain itu, .com turut mendapatkan pandangan beberapa remaja yang menggunakan cermin mata demi gaya. Biarpun terpaksa mengeluarkan sedikit wang, namun mereka gembira kerana imej yang diinginkan berjaya dibentuk hanya dengan memakai cermin mata. - DHIYA'ZULHILMI DAUD/WAHIDAH ZAINAL |
Posted: 26 Apr 2014 06:13 AM PDT BIBIR merupakan pancaindera yang memainkan peranan sangat besar dalam menyerlahkan kecantikan seseorang perempuan. Sekiranya bibir berada dalam keadaan kering, gelap dan pucat, ia secara tidak langsung akan mencacatkan penampilan individu tersebut. Minggu ini .com kongsikan beberapa maklumat berkaitan tip mencantikkan bibir. Sebelum itu, mari kita kenali lebih mendalam lagi maklumat berkaitan bibir kita!. Lapisan kulit di bibir adalah yang paling nipis iaitu berbeza kira-kira tiga hingga lima lapisan berbanding dengan bahagian tekstur kulit lain yang mempunyai sehingga 16 lapisan. Malah, bibir juga tidak mempunyai kelenjar peluh yang menghasilkan sebum untuk melembabkan kulit. Disebabkan itulah, bibir menjadi bahagian yang paling cepat kering dan begitu sensitif berbanding dengan pancaindera lain pada wajah. - DHIYA ZULHILMI DAUD Lakukan 1. Madu: MADU didapati sangat bermanfaat untuk melembabkan bibir. Khasiat yang terdapat padanya boleh menghindarkan bibir daripada kering dan pecah-pecah. Setiap malam, kamu hanya perlu sapukan madu di atas bibir sebelum tidur, mudah bukan? 2. Vitamin C: FUNGSI yang terdapat pada Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna menjadi gelap. Ingat, bukan semua bibir yang gelap itu bermakna pemiliknya merokok!. Vitamin C berfungsi untuk mengatasi pigmen kulit yang menyebabkan pigmentasi dan mengurangkan masalah hyperpigmentation yang disebabkan matahari. 3. Mentega dan berus gigi: SEKIRANYA bibir kamu merekah dan berasa sakit, sapukan mentega atau produk tenusu untuk mengatasi rekahan sebelum tidur. Kemudian, ketika memberus gigi pada waktu pagi, beruskan juga permukaan bibir dengan menggunakan berus gigi secara lembut. Tip ini dapat membantu menyembuhkan bibir yang merekah dengan segera. Jangan lakukan 1. Menjilat bibir: KEGEMARAN seseorang menjilat bibir dengan alasan untuk melembabkan permukaan bibir sebenarnya adalah tindakan yang silap! Tindakan ini akan menambahkan kekeringan permukaan bibir, sekali gus menyebabkan rekahan yang lebih teruk. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |