{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


4 kilang simen haram diarah tutup

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

SIKAP sesetengah pemandu lori yang membawa muatan simen secara berlebihan turut mencemar dan merosakkan jalan raya. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

KUALA LUMPUR 11 April - Empat kilang simen yang beroperasi secara haram di Jalan Chan Sow Lin di sini, diarah tutup hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan gagal mengemukakan dokumen Perintah Pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Difahamkan, kilang-kilang terbabit telah beroperasi selama puluhan tahun di kawasan tersebut secara haram.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, tempoh yang sewajarnya telah diberikan kepada pemilik kilang untuk mendapatkan Perintah Pembangunan namun sehingga kini tiada permohonan dibuat kepada DBKL.

Kilang tersebut akan ditutup sehingga semua pemilik bangunan mengemukakan permohonan dan selepas itu barulah kita akan pertimbangkan sama ada hendak meluluskan permohonan itu atau tidak.

DBKL juga akan memastikan lori-lori yang mengangkut simen dari kilang-kilang terbabit mengikut peraturan yang ditetapkan agar masalah jalan rosak di kawasan ini dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memeriksa dan menyita kilang-kilang tersebut di sini.

Menurut Ahmad Phesal, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama kepada mana-mana pengusaha kilang simen yang berdegil dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh DBKL.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya akan membuat pemantauan dan pengawasan berterusan terhadap kegiatan lori pengangkut simen yang melalui Jalan Chan Sow Lin .

Kesalahan yang sering dilakukan pemandu lori adalah tidak menutup bahagian belakang ketika membawa muatan bagi mengelak tumpahan sisa konkrit.

Selain itu, kebanyakan lori didapati membawa muatan berlebihan sehingga merosakkan keadaan jalan raya di kawasan ini," ujarnya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan rungutan penduduk ekoran keadaan Jalan Chan Sow Lin yang rosak akibat kualiti turapan selain dicemari sisa konkrit yang tumpah dari lori yang membawa simen dari kilang berhampiran kawasan itu.

PKB bantu waris urus pemilikan tanah Kampung Baru

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) sedia membantu waris pemilik tanah di kawasan petempatan di tengah-tengah ibu kota ini untuk menyelesaikan urusan pemilikan tanah.

Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, antara tugas PKB adalah mengurus hal berkaitan hak milik tanah supaya pembangunan Kampung Baru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kos mengenai penukaran nama dan syarat juga kerajaan telah beri insentif yang agak menarik berbanding jika mereka menggunakan saluran lain untuk tujuan urusan tanah pusaka milik mereka di Kampung Baru ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Astaman berkata, setakat ini hanya 60 orang wakil pemilik lot daripada jumlah keseluruhan 1,355 lot terlibat telah mendaftar di pameran PKB.

Beliau merujuk kepada pameran projek pembangunan Kampung Baru yang bermula Isnin lepas hingga 6 Mei bertujuan memberi ruang kepada semua pemilik dan pewaris tanah berkenaan mengemukakan pandangan dan ulasan kepada PKB mengenai Draf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020.

Selalunya orang tidak setuju apabila tidak tahu apa yang mahu dirancangkan.

Melalui pameran PKB itu, sekurang-kurangnya sudah ada pelan induk terperinci untuk mereka lihat apa yang dirancangkan supaya dapat meyakinkan mereka untuk bersama PKB membangunkan Kampung Baru," katanya. - BERNAMA

Peniaga mampu raih RM800 dalam masa tiga jam pada hari Jumaat

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

APAM balik yang dijual oleh Nor Hayati Rasid (kanan) menjadi tumpuan orang ramai selepas selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 11 April - Berbanding hari-hari lain, mereka yang berniaga di kawasan masjid pada waktu solat Jumaat mampu mendapat rezeki dan pendapatan lebih lumayan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini mendapati, peluang berniaga pada hari Jumaat merupakan rahmat buat peniaga di kawasan itu apabila meraih sehingga RM800 dalam tempoh tiga jam iaitu antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Bagi seorang peniaga, Nor Suzana Ramli, 23, dia gembira kerana laksa yang dijualnya di hadapan masjid tersebut mendapat sambutan daripada jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Saya menjual laksa Kedah di masjid ini hanya pada hari Jumaat. Dengan harga RM4 semangkuk, pelanggan berpuas hati dengan rasa asli dan keenakan laksa yang merupakan resipi warisan daripada ibu saya dari Kedah.

Sebelum ini, ibu berniaga di sini. Sekarang saya yang ambil alih tetapi perisa makanan itu masih mengekalkan resipi air tangan ibu," katanya yang turut menjual mi sup.

Alhamdulillah, dengan berniaga dari pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang di sini, saya mampu memperoleh jualan bersih antara RM700 hingga RM800," katanya yang turut berniaga di pasar malam di sekitar Ampang.

Bagi Mohd. Roslan Abdul Jalil, 44, walaupun berniaga, dia tidak mengabaikan suruhan agama agar menutup perniagaan apabila azan solat Jumaat berkumandang dari masjid tersebut.

Apabila azan dilaungkan, kami wajib hentikan perniagaan dan sambung semula berniaga selepas solat," katanya yang menjual madu, cuka buah-buahan dan buah-buahan kering di masjid itu sejak tiga tahun lalu.

Yang paling menarik, katanya, barang-barang jualan yang dibiarkan begitu sahaja di gerai semasa dia menunaikan solat tidak pernah dicuri atau hilang.

Hari Jumaat juga memberi rezeki lumayan buat peniaga apam balik, Nor hayati Rasid, 32, yang tidak menang tangan untuk menyediakan juadah itu apabila diserbu oleh para jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Saya sudah berniaga hampir empat tahun di sini dan mampu meraih pendapatan bersih sehingga RM800 setiap kali hari Jumaat.

Bagaimanapun, apabila masuk waktu solat Jumaat, saya menghentikan perniagaan bagi menghormati ibadat tersebut. Jika orang bukan Islam hendak membeli apam balik ketika itu, saya minta mereka tunggu sehingga selepas solat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat