{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Jalan rosak, debu ‘angkara’ lori

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi menunjukkan keadaan jalan rosak teruk akibat lori yang bebas keluar masuk menggunakan laluan di kawasan PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 13 April - Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Bukit Jalil dekat sini merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka selama ini.

Mereka mendakwa berdepan pelbagai masalah berikutan aktiviti-aktiviti projek pembinaan yang rancak dijalankan berhampiran PPR berkenaan.

Keadaan tersebut bertambah teruk apabila lori yang melebihi tiga tan menjadikan jalan di situ sebagai laluan utama untuk keluar masuk setiap hari.

Selain pencemaran habuk, debu tanah dan bunyi, masalah kerosakan jalan yang teruk dan sistem perparitan tersumbat turut mengghantui penduduk.

Penduduk mendakwa, aduan telah dikemukakan kepada pihak berwajib, namun masalah tersebut masih berterusan dan bertambah teruk sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia ke PPR berkenaan baru-baru ini mendapati permukaan bahu jalan sepanjang 100 meter di kawasan itu yang menjadi laluan utama penduduk dipenuhi tanah merah dan debu.

Tidak cukup dengan itu keadaan jalan di situ rosak teruk angkara kenderaan berat yang keluar masuk melalui jalan di situ.

Jika pihak bertanggungjawab tidak segera bertindak, penduduk bakal berdepan masalah pencemaran debu yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan dan kesihatan mereka.

Berdasarkan pemerhatian, keselamatan penduduk turut terancam ekoran tindakan segelintir pemandu lori yang memandu laju di kawasan perumahan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua, Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi berkata, kegagalan DBKL melakukan pemantauan berterusan dan tindakan penguatkuasaan menyebabkan pemandu lori bebas keluar masuk menggunakan jalan di situ.

Menurutnya, kehadiran puluhan lori yang melalui jalan tersebut amat membimbangkan.

Keadaan itu juga menyebabkan debu berterbangan sehingga penduduk terpaksa menutup tingkap bagi mengelaknya ke dalam rumah.

Kami tidak menentang sebarang pembangunan dilakukan di sini, apa yang diharapkan pihak berkenaan perlu mematuhi peraturan yang ditetap pihak berkuasa tempatan.

Ini termasuk mengutamakan keselamatan dan keselesaan penduduk," katanya.

Menyentuh mengenai beberapa tuntutan yang dikemukakan di kawasan itu, Mohd. Zairi berkata ia lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur di situ demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk.

Selain meminta bonggol jalan di sekitar jalan blok E, F, G, H dan J dibina, kami juga berharap agar pagar di sekeliling kawasan PPR ini dipasang.

Ini bagi mengelakkan kemasukan haiwan liar seperti lembu dan kambing selain mengurangkan aktiviti jenayah termasuk kes kecurian, ragut dan pecah rumah," katanya.

Tambah Mohd. Zairi, pihak kerajaan juga diharap dapat membina pelbagai kemudahan seperti tadika, sekolah rendah dan menengah, selain Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)di kawasan perumahan di situ.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Azmie, 41, pula berkata, tindakan segera pihak bertanggungjawab menyelenggarakan sistem peparitan di jalan utama berhampiran PPR berkenaan amat diharapkan.

Katanya, ini kerana keadaan longkang tersumbat sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk semakin membimbangkan.

Jumlah pesakit yang menghidap denggi kini semakin bertambah khususnya di Lembah Klang. Saya berharap pihak berwajib menyegerakan kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan ini," katanya.

Catuan air: Rakyat Selangor mula ‘panik’

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Catuan air yang dilanjutkan sehingga Julai ini membimbangkan penduduk kawasan terlibat terutama menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

SHAH ALAM 13 April - Jangkaan catuan air di Lembah Klang akan dilanjutkan sehingga Julai ini, menyebabkan orang ramai khususnya penduduk negeri ini mulai panik dengan keadaan yang bakal mereka hadapi nanti.

Rata-rata yang ditemui terutama orang Islam bimbang memandangkan hujung Jun ini mereka akan menyambut Ramadan diikuti Hari Raya Aidilfitri Julai nanti.

Surirumah, Zabedah Sirat, 45, dari Klang berkata, catuan air sehingga Julai sememangnya memeritkan kerana dia mempunyai keluarga besar yang memerlukan bekalan air dalam kuantiti banyak.

Menurutnya, walaupun dapat menampung air untuk disimpan, kuantitinya masih tidak mencukupi berikutan catuan selang dua hari menyebabkan penggunaannya turut meningkat.

Banyak pakaian perlu dibasuh dan keluarga saya seramai tujuh orang perlu mandi untuk membersihkan diri.

Sepatutnya kita beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis tetapi dalam situasi air tiada sekarang, berjimat pun tiada faedahnya kerana akan digunakan juga setiap masa,"katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan penduduk di Lembah Klang mungkin terpaksa berdepan dengan catuan bekalan air sehingga Julai ini bagi membolehkan takungan empangan di negeri ini mencapai paras 55 peratus.

Pengarahnya, Md. Khairi Selamat berkata, kemungkinan tersebut adalah berdasarkan perkiraan jumlah taburan hujan semasa sebanyak 50 milimeter (mm) sebulan.

Bagaimanapun jelasnya, tempoh tersebut mungkin dapat dipendekkan jika hujan lebih kerap dan taburan hujan melebihi 200 mm sebulan.

Pekerja swasta di sini, Azura Mustafa, 26, memberitahu, tempoh catuan air yang berpanjangan menyebabkan pelbagai masalah dari segi kebersihan dan kesihatan kerana air merupakan asas kehidupan manusia.

Katanya, catuan air sepatutnya dilakukan sehari sekali kerana tanpa air segala urusan kehidupan menjadi canggung dan serba tidak kena.

Kalau boleh pihak berkuasa carilah kaedah berkesan membantu rakyat mendapat bekalan air mencukupi.

Janganlah dilengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA 2) kerana perkara itu mengundang resah dalam kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga dari Bukit Changgang, Banting, Zamidah Bujang, 48, menjelaskan, catuan air yang bermula sejak awal tahun ini sepatutnya sudah berakhir memandangkan sejak kebelakangan ini hujan turun dengan lebat.

Ingatkan catuan akan berakhir rupanya dilanjutkan sehingga Julai, keadaan itu memang menyusahkan peniaga makanan seperti saya," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat