Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Kegiatan kuari haram terbongkar Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT Oleh SITI AINIZA KAMSARI KEADAAN bongkah batu yang diletupkan oleh pengusaha kuari haram sebelum dijual bagi mengaut keuntungan lumayan di Selayang, Selangor. - UTUSAN/ Nasirruddin Yazid GOMBAK 25 April - Sebuah kuari haram yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pejabat Tanah dan Daerah Gombak di sini, hari ini diserbu pihak berkuasa selepas didapati menjalankan operasi meletupkan bongkah batu sejak Sabtu lalu. Kegiatan di atas tanah seluas 89 hektar di Selayang itu dipercayai menyebabkan gegaran kuat dirasakan oleh penduduk di kawasan sekitar. Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memberitahu, kuari tersebut telah dihentikan operasinya pada tahun 2011 kerana dibuka secara haram, namun pengusahanya cuba mengaktifkan semula aktiviti kuari terbabit. "Kita dapati mereka menanam bahan letupan baharu ke dalam 10 buah lubang yang boleh menghasilkan sebanyak 35,000 ribu tan batu bernilai sehingga RM650,000. "Bagaimanapun, ketika serbuan tidak ada sebarang tangkapan dibuat kerana tiada dalang kegiatan itu atau pekerja di kawasan tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas serbuan itu di sini, hari ini. Antara agensi yang terlibat dalam serbuan itu ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Selayang dan polis. Nor Hisham berkata, pengusaha kuari tersebut cuba mengaut untung yang tinggi dengan meletupkan batu sebelum dijual dan ia mampu membawa pulangan sehingga RM1 juta sebulan. "Buat masa ini kita masih menyiasat identiti pengusaha kuari dan dalang sebenar di sebalik kegiatan ini. "Sebelum ini mereka hanya mengeluarkan simpanan batu kuari tetapi apabila ia telah habis, mereka mula meletupkan bongkah-bongkah sejak Sabtu lalu," katanya. Menurutnya, kuari tersebut didapati beroperasi secara haram di atas tanah kerajaan yang diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju perumahan untuk tujuan pembangunan. "Sepatutnya pihak pemaju perlu bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang dijalankan di atas tanah tersebut. "Kita telah mengambil tindakan menyita kawasan kuari berkenaan. Kita juga akan mengumpulkan semua maklumat dan laporan siasatan akan diserahkan kepada pemaju dan kerajaan negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya," katanya. Jelasnya, terdapat kira-kira 11 syarikat pengusaha kuari yang kebanyakannya beroperasi di tanah milik persendirian di sekitar Gombak. "Mereka biasanya akan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuk polis berhubung penggunaan bahan letupan di kuari. "Bagaimanapun, pihak yang melakukan letupan Sabtu lalu tidak mendapat lesen bahan letupan serta surat kebenaran daripada Jabatan Mineral dan Geosains Selangor," katanya. |
DBKL beku permohonan iklan paparan luar Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR 25 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membekukan permohonan baharu bagi pemasangan paparan iklan luar di sekitar ibu negara selama enam bulan berkuat kuasa 11 Mac lalu. Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, sehingga kini terdapat 458 buah paparan iklan luar jenis free standing dan jumlah itu agak besar. Jelasnya, adalah sukar bagi DBKL untuk mempertimbangkan permohonan baharu memandangkan lokasi tapak cadangan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan khususnya Garis Panduan Papan Iklan Luar, 2012 Wilayah Persekutuan (Garis Panduan 2012). "Berdasarkan statistik tahun lalu, daripada 256 permohonan tapak paparan iklan luar, hanya enam yang diluluskan setelah mematuhi garis panduan. "Selain itu, ada permohonan yang ditolak kerana kerana papan iklan yang dicadangkan terletak di laluan utama seperti Jalan Duta, Lebuhraya Mahameru, Jalan Parlimen, Jalan Istana dan sebahagian Jalan Syed Putra selain terlalu hampir dengan paparan iklan sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Menurut Ismail, pihaknya juga tidak meluluskan permohonan papan iklan yang menghalang struktur isyarat lalu lintas dan papan tanda arah serta terletak berhampiran persimpangan jalan atau bulatan. "Selain itu, ada papan iklan yang melindung bangunan warisan, bangunan kerajaan dan premis awam serta menyukarkan kerja menebang dan mencantas pokok-pokok di sekitar ibu negara," katanya. Beliau menjelaskan, pembekuan permohonan itu melibatkan paparan iklan yang dicadangkan untuk didirikan di atas tanah kerajaan dan tanah persendirian. "Dalam tempoh pembekuan ini, DBKL akan menjalankan proses pemutihan bagi memastikan iklan sedia ada mematuhi peraturan" katanya. Tambahnya, bagaimanapun, ia tidak melibatkan pemasangan paparan iklan di kawasan konsesi sama ada lebuh raya yang mempunyai tol atau rel yang telah memiliki komitmen perjanjian dengan kerajaan Pusat. |
Posted: 25 Apr 2014 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR 25 April - Beberapa bangunan di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas ekoran kejadian tanah mendap di kawasan itu kelmarin. Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dalam satu kenyataan memberitahu, pemeriksaan oleh Kontraktor Kerja Projek MRT Bawah Tanah KVMRT (T) Sdn. Bhd. mendapati, tidak berlaku sebarang pergerakan tanah di Bangunan LTAT. "Pihak pengurusan bangunan itu juga akan memaklumkan kepada penyewa dan penghuni bahawa bangunan terbabit tidak berdepan sebarang masalah," katanya di sini, hari ini. Menurut kenyataan itu, pemeriksaan di Menara Worldwide dan Chulan Square turut mendapati tidak berlaku sebarang masalah yang menjejaskan kedua-dua bangunan itu. Semalam, sebahagian Jalan Bukit Bintang ditutup bagi kerja-kerja pengukuhan tanah ekoran kejadian tanah mendap sedalam empat meter di bawah laluan pejalan kaki di kawasan itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |