Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Putin mahu Ukraine lunas hutang sumber tenaga Posted: 10 Apr 2014 09:49 AM PDT MOSCOW 11 April - Presiden Vladimir Putin mengutus surat kepada 18 ketua negara-negara Eropah, untuk memberi amaran bahawa beliau akan menghentikan bekalan gas kepada Ukraine sekiranya negara itu gagal melunaskan hutang sumber tenaganya kepada Rusia yang berjumlah 1.6 bilion euro (RM7.15 bilion). "Syarikat gergasi gas, Gazprom mahukan bayaran pendahuluan untuk penghantaran gas dan sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat pembayaran, penghantaran gas akan dihentikan," jelas Putin dalam surat itu. Bagaimanapun, katanya, Rusia bersedia untuk mengambil bahagian dalam usaha mengembalikan semula kestabilan ekonomi Ukraine, dengan mengikut syarat Kesatuan Eropah. - AFP |
Majlis Keselamatan PBB hantar tentera pengaman ke Republik Afrika Tengah Posted: 10 Apr 2014 09:47 AM PDT NEW YORK 11 April - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, sebulat suara mengundi untuk menghantar 12,000 tentera pengaman PBB ke Republik Afrika Tengah. Resolusi yang dikemukakan oleh Perancis itu, bakal menyaksikan lebih daripada 10,000 orang tentera dan 1,800 anggota polis akan dikerahkan ke negara tersebut. Misi bantuan tentera pengaman PBB dijadualkan mengambil alih tugasan daripada tentera Perancis dan Kesatuan Afrika yang sudah pun berada di sana pada 15 September depan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |