Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Pelarian Syria di Turki mencecah satu juta orang Posted: 22 Apr 2014 10:46 AM PDT ANKARA 23 April - Perdana Menteri Tukri memberitahu, jumlah pelarian Syria yang berada di negara ini sudah hampir mencecah satu juta orang, sambil berikrar akan sentiasa menerima kehadiran mereka ke negara ini. "Perlukah saya memberitahu saudara-saudara kita ini supaya tidak datang ke negara ini dan sebaliknya mereka harus mati di Syria," jelas Recep Tayyip Erdogan di Dewan Rakyat. Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih satu juta pelarian Syria yang berdaftar berada di Lebanon dan jumlah mereka semakin bertambah setiap hari. - AFP |
AS sokong tindakan Ukraine tangani kemelut politik Posted: 22 Apr 2014 10:45 AM PDT KIEV 23 April - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu pemimpin Ukraine bahawa, pihaknya akan sentiasa menyokong mereka khususnya dalam menentang 'ancaman yang memalukan', selain mengalakkan Ukraine membasmi gejala rasuah bagi membina semula kerajaan baharu. Biden berkata, beliau membawa mesej dari Presiden Barack Obama yang akan sentiasa menyokong perjuangan mereka untuk melakukan perubahan. "Ini merupakan peluang untuk menyatukan semula Ukraine, menuju ke jalan yang benar. Kami mahu menjadi rakan dan sahabat dalam projek ini. Kami sudah bersedia untuk membantu," ujar Biden ketika mengadakan lawatan ke ibu negara ini, hari ini. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |